Ads

“Dia Sejenis Macam ‘Ya Allah, Sudah Jatuh Ditimpa Tangga’…,” – Elliza Razak Kini Berani Bersuara Demi Mohon Bantuan, Enggan Lagi Pendam Perasaan

Penyanyi, Elliza Razak mengakui tidak menyangka kehidupannya bakal diuji dengan pelbagai dugaan sehingga terpaksa melalui detik sukar secara bersendirian.

Jelas Elliza dia sebelum ini memilih untuk memendam segala masalah yang dihadapi demi menjaga nama baik serta tidak mahu mengguris hati orang di sekelilingnya.

“Dia Sejenis Macam ‘Ya Allah, Sudah Jatuh Ditimpa Tangga’…,” - Elliza Razak Kini Berani Bersuara Demi Mohon Bantuan, Enggan Lagi Pendam Perasaan

“Masalahnya, saya sendiri pun tak pernah terpikir hidup saya bakal jadi begini. Dia sejenis macam ‘Ya Allah, sudah jatuh ditimpa tangga’. Gedebak-gedebuk dia tu memang tak relak.

“Tak kasi ruang nak bernafas langsung. Cuma dulu saya memang simpan rapi sebab banyak hati yang saya kena jaga dan banyak muka orang lain yang saya kena jaga sebab takut malu,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan oleh bekas bintang Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) itu menerusi satu hantaran di Instagram Stories.

Kini Lebih Terbuka Terima Bantuan, Utamakan Kesihatan Mental

Jelas Elliza, dia kini lebih terbuka untuk mendapatkan bantuan daripada insan yang ikhlas menghulurkan pertolongan. Malah, dia tidak mahu lagi memendam segala masalah seorang diri demi menjaga kesihatan mentalnya.

“Dia Sejenis Macam ‘Ya Allah, Sudah Jatuh Ditimpa Tangga’…,” - Elliza Razak Kini Berani Bersuara Demi Mohon Bantuan, Enggan Lagi Pendam Perasaan

Ads

“Namun hari ini, Allah ajar saya di mana bila jadi macam ni, memang orang-orang yang kita jaga tu semua hilang.

“Dan Allah akan hadirkan insan-insan yang baik hati tulus ikhlas nak bantu saya tanpa meminta balasan.

“Jadi, dari saya mati katak seorang, terpinga-pinga anak saya nanti mommy dah ‘gone’.

“Lebih baik saya mintak pertolongan dari orang-orang yang sudi bantu saya kerana Allah,” kongsinya lagi.

Dalam masa sama, Elliza turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah menghulurkan bantuan serta memberikan kata-kata semangat buat dirinya untuk terus tabah menempuh detik sukar ini.

Ads

“Dia Sejenis Macam ‘Ya Allah, Sudah Jatuh Ditimpa Tangga’…,” - Elliza Razak Kini Berani Bersuara Demi Mohon Bantuan, Enggan Lagi Pendam Perasaan

“Saya doakan kalian semua yang tulus ikhlas bantu saya, bagi sokongan, tunjuk ajar, motivasi, semangat dan kadang-kadang sedekah utk anak-anak saya suh beli ayam gepuk kesukaan mereka, saya doakan kalian semua masuk syurga.

“Sayang sangat dekat semua yang baik-baik ini. Terlalu lama menyimpan. Berbelas tahun,” luahnya lagi.

Mohon Ruang Luahkan Perasaan

Dalam pada itu, Elliza berharap orang ramai dapat memberikan ruang kepadanya untuk meluahkan segala yang terbuku di hati tanpa menghakimi atau mengeluarkan kata-kata yang boleh mengguris perasaannya.

“Dia Sejenis Macam ‘Ya Allah, Sudah Jatuh Ditimpa Tangga’…,” - Elliza Razak Kini Berani Bersuara Demi Mohon Bantuan, Enggan Lagi Pendam Perasaan

Ads

“Bila saya buka mulut, tolonglah bagi saya ruang. Kalau kalian tak boleh nak cakap elok-elok and bagi nasihat yang menyakitkan hati.

Anda mungkin berminat dengan

“Lebih baik hindarkan diri dari berkata apa-apa,” kongsinya lagi.

Terdahulu, Elliza menerusi satu hantaran di laman Facebook miliknya turut meminta bantuan orang ramai untuk mendapatkan tunjuk ajar berhubung proses permohonan bantuan bagi ibu tunggal.

Bantuan tersebut diharapkan dapat meringankan beban perbelanjaan keluarganya, termasuk kos persekolahan anak-anak.

Dakwa Elliza, dia kini terpaksa menanggung hutang yang didakwa ditinggalkan oleh bekas suaminya selepas mereka berpisah.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Elliza Razak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

“Bayangkan, Kawan-Kawan Saya Yang Hebat Menyanyi Pun Dikritik Dengan Teruk,” –...

Penyanyi, Ernie Zakri mengambil pendekatan untuk kekal tenang dalam berhadapan dengan pelbagai kritikan netizen selepas melancarkan album terbaharunya berjudul ATMA.