Ads

Fazley Yaakob Ulas Kejutan Mega 1,200 Dron Buat Vida, Umum Bakal Naik Pelamin 2027 – “Saya Gelarkannya Lamaran Daripada Kayangan.”

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob bersyukur apabila impiannya untuk mencipta momen luar biasa ketika melamar cinta hatinya yang juga usahawan sensasi, Datuk Seri Vida akhirnya menjadi kenyataan.

Menurut Fazley, Vida layak menerima lamaran istimewa yang dirancang dengan penuh teliti memandangkan dia menyifatkan bakal isterinya itu sebagai seorang wanita luar biasa yang wajar diraikan dengan cara tersendiri.

“Apa yang selalu saya bayangkan, Vida ialah bidadari daripada syurga. Saya gelarkannya lamaran daripada kayangan. Setahu saya di kalangan artis dan selebriti tempatan, ini adalah kali pertama ada orang buat sebegini.

“Jadi, saya berani untuk buat sesuatu yang luar biasa. Saya dapat sokongan daripada ramai pihak. Vida memang layak untuk terima semua ini. Bagi seorang DSV, segalanya harus luar biasa.

“Lamaran yang saya aturkan juga luar biasa,” katanya kepada MH.

Penyanyi lagu Asmara Ini itu berkata demikian ketika ditemui selepas berakhirnya acara pertunjukan dron istimewa buat Vida yang berlangsung di KLCC, Kuala Lumpur pada Selasa.

Simbol Penyatuan Dua Keluarga

Dalam pada itu, Fazley menjelaskan, kejutan lamaran tersebut bukan sekadar mahu mencipta kenangan manis buat Vida, sebaliknya turut didedikasikan kepada anak-anak mereka sebagai satu memori indah yang akan dikenang sepanjang hayat.

Menurutnya, momen istimewa itu juga membawa makna lebih besar apabila ia menjadi simbol penyatuan dua keluarga yang bakal disatukan menerusi ikatan perkahwinan.

“Pada saya, ini adalah kenangan untuk anak-anak juga. Momen ini adalah penyatuan dua keluarga. Saya sudah bercakap dengan semua anak-anak saya dan Vida. Mereka adalah gen Z.

“Kalau kita buat lamaran yang biasa, ia tidak akan ada kenangan. Saya mahu mereka ada kenangan yang boleh dibawa sehingga ke anak cucu.

Ads

“Jadi, kalau saya gabungkan apa yang saya mahu untuk DSV dan apa yang anak-anak boleh hargai, lahirkan idea drone ini,” kongsinya lagi.

Fazley turut menjelaskan, meskipun Vida sudah menerima lamarannya, mereka tetap akan melalui setiap proses perkahwinan mengikut adat dan tradisi masyarakat Melayu.

Malah, Fazley menegaskan hubungan istimewa yang terjalin antara mereka bukan sekadar strategi pemasaran atau konten media sosial, sebaliknya serius untuk dibawa ke jenjang pelamin.

Fazley Yaakob Ulas Kejutan Mega 1,200 Dron Buat Vida, Umum Bakal Naik Pelamin 2027 - “Saya Gelarkannya Lamaran Daripada Kayangan.” Fazley Yaakob Ulas Kejutan Mega 1,200 Dron Buat Vida, Umum Bakal Naik Pelamin 2027 - “Saya Gelarkannya Lamaran Daripada Kayangan.”

Baca Artikel Lain;

https://www.mediahiburan.my/vida-kongsi-pengalaman-hadir-majlis-bass-saya-pun-lambat-sampai-tak-terfikir-cari-seat-atau-makanan-purposely-untuk-ucapkan-congratulation/

Ads

https://www.mediahiburan.my/fazley-cedera-waktu-main-badminton-vida-sanggup-pulang-awal-dari-china-demi-dirinya-dia-siap-menyuapkan-makanan-membasuhkan-tangan-saya/

Bakal Lalui Proses Merisik, Bertunang & Bernikah

“Perancangan saya, pada penghujung tahun yang bakal kita lalui ini, saya nak semua orang tahu bahawa hubungan saya bersama Vida bukanlah marketing atau konten. Ramai yang bertanya, betul ke kami bercinta dan sudah berkahwin?

“Ini jawapan saya kepada semua masyarakat, saya masih lagi memegang adat. Kita akan melalui proses merisik, bertunang dan bernikah. Langkah pertamnya adalah melamar.

“Saya telah pun menghantar cincin tanda mengikut ‘adat gen-z’. Jadi, kami belum bertunang dan merisik. Ini bermakna akan ada bayangan majlis-majlis pada masa akan datang sehinggalah majlis persandingan.

“Doakan semuanya berjalan lancar,” ujarnya lagi.

Mengulas lanjut mengenai perancangan majlis-majlis berkenaan, Fazley memaklumkan segala persiapan itu dijangka direalisasikan pada tahun hadapan.

Ads

“Sudah tentulah ia bakal berlangsung pada 2027. Jika saya lafazkan sekarang waktunya, tiadalah hal yang seronok nanti,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

Terdahulu, Vida menerima lamaran Fazley yang diadakan ketika acara TikTok Shop 11.11 Mega Syok Live Concert, malam tadi.

Vida turut menerima sebentuk cincin pemberian Fazley sebagai tanda kesungguhan penyanyi itu untuk membawa hubungan mereka ke fasa yang lebih serius.

Tidak terhenti setakat itu, Fazley turut menghadiahkan kejutan istimewa dengan menerbangkan sebanyak 1,200 dron yang membentuk persembahan cahaya di ruang udara sebagai simbolik meluahkan rasa cinta buat wanita pilihan hatinya itu.

Untuk rekod, hubungan Fazley dan Vida mula menjadi perhatian selepas kedua-duanya terbabit dalam program realiti Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) pada Mei lalu.

Terdahulu, Fazley pernah mendirikan rumah tangga bersama Azrene Soraya Abdul Aziz selama 18 tahun sebelum mereka mengambil keputusan untuk berpisah pada Oktober 2024.

Sementara itu, Vida pula pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali. Perkahwinan ketiganya bersama bekas suami, Fairuz Ahmad Zainuddin, berakhir pada 7 April 2017 selepas tiga tahun bersama.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Syida Melvin

“Kalau Korang Tengok Video Hari Ini Yang Viral Tu, Ya Allah...

Pelakon dan usahawan, Syida Melvin tampil menjelaskan mengenai tindakannya yang hadir ke kediaman yang pernah didiami bersama bekas suaminya, Syafiq Azim seperti yang tular di media sosial, hari ini.