
Pernah dikaitkan menjalin hubungan rapat dengan pengasas kosmetik, Datuk Seri Vida beberapa tahun lalu, usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli mengakui tidak berhasrat untuk menghadiri majlis perkahwinan bekas kekasihnya itu sekiranya menerima jemputan.
Menurut Iqbal, 32, keputusan tersebut dibuat bagi mengelakkan kehadirannya mengundang persepsi serta persoalan dalam kalangan tetamu, selain tidak mahu mengimbau kembali kisah silam.
Bagaimanapun, dia tiada masalah untuk bertemu dengan Datuk Fazley Yaakob sekiranya mereka terserempak di mana-mana acara atau majlis.
“Saya rasa saya tidak akan hadir ke majlis tersebut. Bagaimana saya hendak hadir sedangkan kehadiran saya mungkin menimbulkan pelbagai cerita dan persoalan?
“Apakah tujuan saya datang ke majlis itu? Namun, jika bertemu di luar, saya mungkin boleh berjumpa dengan Datuk Fazley.
“Mengenai Datuk Seri Vida pula, saya rasa saya sudah meletakkan batasan. Walaupun jika kami menghadiri majlis televisyen atau acara tertentu, sudah tentu kami akan bertemu.
“Sebenarnya, saya tidak mempunyai masalah dengan perkara itu,” katanya ketika ditemui pada majlis Sambutan Ulang Tahun Perkahwinan ke-18 Cheta Pot Pet dan suami yang berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.



Anggap Fazley Sebagai Idola
Mengulas lanjut mengenai berita lamaran bekas teman rapatnya yang menjadi sorotan di media sosial, penyanyi lagu Undur Diri itu berkatq, dia menerima perkhabaran Vida dilamar dengan hati terbuka.
Malah, dia turut menyifatkan Fazley sebagai individu yang baik dan dihormati, selain menyifatkan cef selebriti itu sebagai idolanya.
“Sebenarnya, saya menerima perkara ini dengan hati yang terbuka dan saya sudah lama meneruskan kehidupan seperti biasa.
“Saya juga mengenali Datuk Fazley. Beliau seorang yang sangat baik, yang saya fahami dan segani. Beliau juga merupakan idola saya.
“Sebagai seorang manusia, saya mendoakan kebahagiaan mereka dan berharap agar perkara yang pernah berlaku sebelum ini tidak berulang lagi.
“Semoga kali ini mereka benar-benar mengecapi kebahagiaan,” katanyq lagi.
Baca Artikel Lain;
Kini Selesa Jalani Kehidupan Sederhana
Iqbal pada masa sama mengakui kini lebih selesa menjalani kehidupan secara sederhana tanpa terlalu mendedahkan hal peribadi di media sosial.
Anda mungkin berminat dengan
Malah dia juga berlapang dada dalam menerima setiap perubahan dalam kehidupan, selain mengekalkan hubungan secara profesional dengan para kenalan.
“Apabila semakin dewasa, saya merasakan perubahan itu berlaku tanpa saya sedari. Saya semakin memikirkan orang di sekeliling dan bukan sekadar mahukan perhatian di media sosial atau mengambil kira apa yang diperkatakan netizen.
“Semakin kita berjaya, semakin banyak juga perkara lain yang perlu kita fikirkan. Saya juga perlu menjaga hati dan perasaan orang di sekeliling,” katanya.
Untuk rekod, Iqbal pernah dikaitkan menjalin hubungan cinta dengan penyanyi lagu I Am Me itu sekitar 2021.
Bagaimanapun, hubungan dipercayai mulai renggang tidak berapa lama kemudian.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!


