Ads

GVF: Akim Tertinggi Undian 25%, Sah Jadi Peserta GVF, Bakal Bersaing Dengan Isteri Sendiri… Ara, Felix & Farah Lengkapkan Senarai Peserta

Teka-teki mengenai empat peserta ‘hot seats’ yang bakal menyertai sembilan lagi bintang Gegar Vaganza Fantasia (GVF) akhirnya terjawab apabila nama-nama mereka diumumkan berdasarkan keputusan undian peminat, malam tadi.

Menerusi undian yang berlangsung sejak minggu lalu, bintang Akademi Fantasia 2016 (AF2016), Ara menjadi peserta pertama yang berjaya diserap masuk ke pertandingan berkenaan.

Penyanyi lagu Menjaga Jodoh Orang Lain itu berjaya meraih undian sebanyak 9%, sekali gus menduduki tangga keempat dalam senarai ‘hot seats’.

Sementara itu, peserta kelahiran Sabah, Felix Agus bakal mengikut jejak langkah sahabat baiknya yang juga penyanyi, Mawi untuk kembali bersaing di pentas berskala besar.

Bintang kelahiran AF3 itu membuktikan dirinya masih mempunyai aura tersendiri apabila berjaya meraih undian sebanyak 13%.

Farah dari AF2 turut menambah kemeriahan GVF apabila berjaya memperoleh undian untuk menyertai pertandingan tersebut bersama sembilan peserta lain dengan meraih undian sebanyak 16%.

Ads

GVF: Akim Tertinggi Undian 25%, Sah Jadi Peserta GVF, Bakal Bersaing Dengan Isteri Sendiri… Ara, Felix & Farah Lengkapkan Senarai Peserta

Akim Bakal Berentap Dengan Stacy

Sementara itu, bagai menepati ramalan ramai, penyanyi yang juga komposer, Akim Ahmad turut diumumkan sebagai peserta ke-13 yang bakal berentap di GVF.

Penyertaan Akim pastinya mencuri perhatian apabila dia bakal bersaing sengit dengan isterinya yang juga penyanyi, Stacy.

Kemunculan Akim dan Stacy turut mencipta sejarah tersendiri apabila mereka menjadi pasangan suami isteri pertama yang bersaing di pentas Gegar Vaganza.

Ads

Vokalis kumpulan Akim & The Majistret itu berjaya meraih undian tertinggi sebanyak 25%.

Keempat-empat peserta berkenaan bakal memulakan perjuangan mereka di GVF menerusi konsert minggu ketiga, Ahad ini.

GVF: Akim Tertinggi Undian 25%, Sah Jadi Peserta GVF, Bakal Bersaing Dengan Isteri Sendiri… Ara, Felix & Farah Lengkapkan Senarai Peserta

Ads

Baca Artikel Lain;

Anda mungkin berminat dengan

https://www.mediahiburan.my/stacy-tak-sangka-raih-markah-tertinggi-akui-risau-jika-suami-bolos-hot-seat-saya-pun-teruja-bila-nampak-wajah-akim-di-skrin/

GVF Berlangsung Selama 11 Minggu

GVF berlangsung selama 11 minggu secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam bermula 9 November, setiap Sabtu pada pukul 9 malam menerusi Astro Ria (104).

Program berkenaan turut boleh distrim menerusi platform On Demand, Astro GO dan Sooka.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Ramli MS Dedah Markah 37% Terendah Sepanjang 13 Musim & Tak...

Juri tetap merangkap maestro muzik, Datuk Ramli MS mengakui kurang berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan barisan peserta pada saingan minggu kedua Gegar Vaganza...