
Sempena sambutan ulang tahun ke-30 Astro, peminat muzik tanah air bakal disajikan dengan malam penuh nostalgia dan kejutan luar biasa menerusi Konsert Vaganza yang akan menggegarkan Idea Live Arena, 3 Damansara pada 6 Disember ini.
Bukan sekadar konsert biasa, pentas mega ini bakal menyatukan bintang-bintang merentas generasi dalam persembahan solo, duet, dan kolaborasi eksklusif yang belum pernah disaksikan sebelum ini.
Antara momen paling dinantikan pastinya gandingan epik legenda vokal negara, Datuk Ziana Zain bersama juara Big Stage Rocketful, Hussain, selain segmen istimewa yang bakal menyaksikan kehebatan vokal Jaclyn Victor berpadu di bawah pimpinan maestro muzik tersohor, Datuk Ramli MS menerusi rangkaian hampir 20 buah lagu!
Kejutan tidak terhenti di situ apabila pentas ini turut menjadi saksi pertemuan julung kali sensasi Indonesia, Tenxi (dalam penampilan konsert sulungnya bersama barisan artis Malaysia) yang bakal berduet secara langsung bersama Nadeera.

Lebih mengujakan, bersempena jualan istimewa 11.11, Astro menawarkan diskaun berganda 11% + 11% untuk semua kategori tiket Konsert Vaganza. Tawaran eksklusif ini hanya berlangsung bermula 11 November (9.00 malam) hingga 22 November 2026 (10.00 malam) peluang keemasan untuk peminat merebut tiket pada harga paling berbaloi! Konsert Vaganza – Ticketmelon
Kolaborasi Istimewa Jadi Tarikan
Pastinya juga, sentuhan Datuk Ramli MS menjadi antara keistimewaan malam tersebut apabila beliau bakal menerajui susunan muzik bagi lagu-lagu popular, termasuk karya ALPHA serta lagu-lagu penyanyi puitis, Noh Salleh.

Dalam pada itu, elemen Girls Power dijangka bakal mewarnai pentas menerusi kolaborasi penyanyi pop popular, Mimifly bersama The Girls yang dianggotai Odda, Amarra dan Tengku Ratu.
Malah, Hussain dan ALPHA pun akan kembali bergabung di atas satu pentas, menghimpunkan dua nama yang mencuri perhatian sepanjang tahun ini.
Dengan lebih 30 buah lagu sepanjang tiga jam persembahan, Konsert Vaganza pastinya menjadi antara acara yang dinanti-nantikan menjelang penghujung tahun ini.
Menurut Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad, penganjuran kedua-dua konsert berkenaan merupakan sebahagian usaha Astro untuk terus meraikan bakat tempatan serta menghubungkan peminat daripada pelbagai generasi menerusi muzik.
“Sepanjang 30 tahun, Astro telah menjadi sebahagian daripada perjalanan industri hiburan tempatan, daripada mencungkil bakat baharu hingga meraikan nama-nama yang telah mencipta legasi tersendiri.
“Menerusi Konsert Sooka dan Konsert Vaganza, kami ingin memberikan pengalaman muzik yang berbeza kepada peminat, sambil menghimpunkan artis dan karya yang mencerminkan kepelbagaian landskap muzik Malaysia.
Anda mungkin berminat dengan
“Kedua-dua konsert ini juga merupakan sebahagian daripada usaha kami untuk terus meraikan bakat tempatan serta menghubungkan peminat daripada pelbagai generasi menerusi muzik,” katanya.
Layari Konsert Vaganza | Gempak untuk info lanjut.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Mimifly, Noh Salleh & Hussain
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!



