Ads

Cheta Pot Pet Dedah Realiti 18 Tahun Berumah Tangga, Pernah Hampir Berpisah Dengan Suami… Syukur Anjur Majlis Anniversary’ Cecah RM100,000

Usahawan selebriti, Cheta Pot Pet mengakui kehidupan rumah tangga yang dibina bersama suaminya, Aaron Lee sepanjang 18 tahun turut tidak terlepas daripada pelbagai ujian dan cabaran.

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Begitulah lumrah kehidupan berumah tangga yang turut dilalui pasangan berkenaan, malah mereka pernah hampir membawa haluan masing-masing.

Menurut Cheta atau nama sebenarnya Rozita Baharom, 39, setiap pasangan perlu bijak mengawal emosi ketika berdepan perselisihan faham bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih keruh.

“Kalau bergaduh, seorang daripada kita mesti kena bertenang. Kalau dua-dua sedang marah, boleh bercerai.

“Kami pun pernah hampir sampai ke tahap itu. Tetapi disebabkan suami seorang yang kuat dan banyak bersabar, alhamdulillah hubungan kami masih bertahan sehingga hari ini.

“Kadang-kadang duit juga menjadi punca masalah kita, betul tak? Jadi cinta itu pun perlukan duit,” katanya.

Penyanyi lagu ‘Aku Masih Mahu’ itu berkata demikian ditemui pada Sambutan Ulang Tahun ke-18 yang berlangsung di Kuala Lumpur, malam Jumaat.

Cheta turut menyambut ulang tahun kelahiran dan majlis serba indah itu turut dihadiri ahli keluarga serta rakan selebriti seperti Ayu Damit, Fazli Zainal, Anne Abdullah, Kak KM, Iqbal Zulkefli dan ramai lagi.

Ads

Cheta Pot Pet Dedah Realiti 18 Tahun Berumah Tangga, Pernah Hampir Berpisah Dengan Suami… Syukur Anjur Majlis Anniversary’ Cecah RM100,000 Cheta Pot Pet Dedah Realiti 18 Tahun Berumah Tangga, Pernah Hampir Berpisah Dengan Suami… Syukur Anjur Majlis Anniversary’ Cecah RM100,000 Cheta Pot Pet Dedah Realiti 18 Tahun Berumah Tangga, Pernah Hampir Berpisah Dengan Suami… Syukur Anjur Majlis Anniversary’ Cecah RM100,000 Cheta Pot Pet Dedah Realiti 18 Tahun Berumah Tangga, Pernah Hampir Berpisah Dengan Suami… Syukur Anjur Majlis Anniversary’ Cecah RM100,000 Cheta Pot Pet Dedah Realiti 18 Tahun Berumah Tangga, Pernah Hampir Berpisah Dengan Suami… Syukur Anjur Majlis Anniversary’ Cecah RM100,000

Baca Artikel Lain; 

https://www.mediahiburan.my/dah-hulurkan-tangan-tapi-belum-disambut-cheta-pot-pet-rindu-ifa-raziah-menangis-dedah-punca-sebenar-lama-tak-jumpa/

Akui Pernah Hampir Berpisah

Dalam pada itu, Cheta berpendapat pasangan suami isteri perlu meluangkan masa bersama, termasuk pergi bercuti bagi mengembalikan kemesraan serta mengeratkan hubungan.

Sehubungan itu, dia dan suami merancang untuk menganjurkan sebuah majlis sempena ulang tahun perkahwinan ke-18 mereka yang dianggarkan menelan belanja hampir RM100,000.

Ads

Jelas Cheta, majlis berkenaan bukan sekadar meraikan perjalanan rumah tangga mereka, malah menjadi simbol bahawa mereka masih mampu bertahan mengharungi pelbagai cabaran bersama.

“Sebenarnya kami sudah lama merancang (majlis), tetapi menunggu masa yang sesuai. Semua orang tahu kami pernah jatuh bangun dan melalui pelbagai kontroversi.

“Jadi, apa yang kami lakukan ini menunjukkan kami masih ada dan perniagaan juga masih berjalan lancar.

“Alhamdulillah, hari ini kami meraikan perjalanan suka duka sebagai suami isteri kerana masih mampu mengharungi bahtera perkahwinan sehingga sekarang,” katanyq lagi.

Ads

Sudah Lalui Pelbagai Fasa, Kini Lebih Memahami Pasangan

Mengulas mengenai fasa rumah tangga yang dilalui, Cheta menjelaskan, dia dan suami sudah melalui pelbagai pengalaman termasuk fasa manis ketika awal perkahwinan, perselisihan faham serta detik-detik sukar.

Anda mungkin berminat dengan

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana kini masing-masing sudah lebih memahami dan mengenali keperibadian pasangan selepas melalui pelbagai fasa kehidupan bersama.

“Fasa manis yang melampau manis baru kahwin, pertengahan, pergaduhan, pahit semua dah.

“Jadi pada fasa sekarang yang kami lalui sekarang ini, Alhamdulillah masing-masing dah mengenali satu sama lain sangat-sangat,” ujarnya.

Untuk rekod, Rozita mendirikan rumah tangga bersama Aaron pada September 2011 dan hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

“Bila Bercakap Hal Ini, Mungkin Ramai Yang Mengecam,” – Nur Nilam...

Usahawan, Nur Nilam Ortiz menjelaskan keputusan untuk membuka tudung buat sementara waktu bukanlah sesuatu yang mudah, namun ia dilakukan atas faktor kesihatan susulan masalah pendarahan beku yang dialaminya di bahagian kepala.