Pernah tampil dengan single berjudul Hujan pada penghujung tahun lalu, usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli berpendapat industri hiburan bebas disertai semua orang tanpa perlu mendapat ‘keizinan’ daripada mana-mana pihak.

Iqbal menyatakan dalam realiti dunia sekarang, tidak seharusnya perkara ini menjadi pertikaian kerana industri muzik tempatan tidak dimiliki oleh mana-mana individu tertentu.

Sebaliknya, Iqbal berharap penyanyi profesional agar sentiasa bersikap terbuka menerima kedatangan penghibur baharu selain terus memanfaatkan teknologi masa kini agar mereka lebih dikenali dan kekal relevan kepada peminat hiburan tempatan.

“Industri Seni Tiada Siapa Yang Punya Sebenarnya.” – Iqbal Zulkefli Tepis Dakwaan ‘Founder’ Produk Perosak Lagu

“Sekarang ini, industri seni tiada siapa yang punya sebenarnya. Kita tak boleh menghakimi orang, selagi benda itu ada dan mereka hendak ke hadapan, jalan sahaja.

“Sebenarnya, saya bersetuju juga dengan pendapat penyanyi profesional yang mengatakan penyanyi-penyanyi sekarang susah nak naik.

IKLAN

“Tapi zaman sekarang kita tak boleh terima dengan redha sahaja (kena lakukan sesuatu untuk dikenali).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

“Kita tengok Datuk Seri Siti Nurhaliza, walaupun dia penyanyi profesional tapi dia tetap buat lagu dan muzik video ikut trend, malah dia pun dah ada akaun TikTok.

“Kalau kita tak ikut (perkembangan semasa teknologi media sosial), kita akan ketinggalan,” katanya kepada MH.

IKLAN

Terdahulu, menerusi laporan sebuah portal berita, penyanyi yang juga vokalis kumpulan Wings, Datuk Awie menyifatkan kehadiran pengusaha produk yang tampil dengan lagu sendiri telah merosakkan industri muzik tanah air.

“Industri Seni Tiada Siapa Yang Punya Sebenarnya.” – Iqbal Zulkefli Tepis Dakwaan ‘Founder’ Produk Perosak Lagu

Menambah hujahnya, Iqbal menyatakan dia bersetuju dengan pendapat usahawan Datuk Seri Aliff Syukri yang mengatakan seperti mana artis menceburi bidang perniagaan, founder seperti mereka juga berhak untuk menyertai bidang nyanyian tanpa mendapat tentangan daripada penyanyi senior lain.

IKLAN

“Macam Datuk Alif cakapkan dulu, artis-artis buat produk pun kita tiada kacau apa-apa.

“Sekarang dunia kita dah bebas, tiada hak siapa-siapa untuk menghalang,” katanya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Iqbal Zulkefli

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI