Naskhah Epilog 3 Naga menjadi taruhan terbaharu stesen televisyen swasta percuma (free-to-air) Awesome TV, yang bakal bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 7.00 malam mulai 3 Ogos 2022 menerusi slot Dramatix secara eksklusif di platform Astro (Saluran 123) dan MyTV (Saluran 112).

Karya yang diadaptasi daripada novel dengan judul yang sama nukilan Kaz Ishak ini mengangkat genre aksi dunia gengsterism dan diarahkan oleh sutradara Razif Ajiboy.

Diterbitkan oleh Betty Benafe, drama 24 episod, Epilog 3 Naga mengisahkan perjalanan tiga sahabat karib yang hanyut dalam memilih jalan hidup sehingga terjerumus dengan kancah jenayah kongsi gelap.

Tampilkan Hazama, Che Puan Juliana Evans; Selami Dunia Gelap Gengsterism Yang Jarang Dikongsi Tampilkan Hazama, Che Puan Juliana Evans; Selami Dunia Gelap Gengsterism Yang Jarang Dikongsi Tampilkan Hazama, Che Puan Juliana Evans; Selami Dunia Gelap Gengsterism Yang Jarang Dikongsi

Meskipun sarat dengan aksi lasak, ia turut menggabungkan elemen drama cinta, persahabatan dan pengorbanan untuk memberikan naratif penceritaan yang lebih menghiburkan.

Epilog 3 Naga diterajui oleh Hazama Azmi yang memegang watak sebagai Khalid, Syarul Ezani (Fazarul), Shafiq ‘Stu’ Rosli (Sean Abdullah), Che Puan Juliana Evans (Natasha), Atyka Jalil (Sazlina), Faizal Hussien (Azroy) dan ramai lagi.

IKLAN

Mengulas lanjut, Pengarah Unit Kandungan Awesome TV, Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli tidak menafikan selain kisah cinta dan komedi, tema aksi juga merupakan genre yang sering mendapat perhatian audiens.

“Walaupun kami jarang mengetengahkan kisah tentang sedemikian, namun kini tiba masanya kami ‘lari’ daripada kebiasaan dan mengambil langkah berani untuk menyelami dunia gelap gengsterism sebagai nadi penting dalam drama Epilog 3 Naga.

“Drama berkenaan sebenarnya sebuah naskhah yang sarat dengan elemen emosi. Namun, ia bukanlah tertumpu kepada elemen pergolakan semata-mata, tetapi turut mengandungi mesej dan nilai positif sebagai pengajaran bersama.

IKLAN

“Saya percaya penceritaan kisah kali ini pastinya bakal membawa kelainan yang menyeronokkan kerana kekuatan jalan ceritanya yang luar biasa dan menghiburkan.

“Syabas saya ucapkan kepada pihak produksi kerana berjaya menggarap drama ini dengan baik. Semoga drama ini diterima baik sekaligus mencipta fenomena yang tersendiri apabila ditayangkan kelak. Selamat menonton,” katanya.

Tampilkan Hazama, Che Puan Juliana Evans; Selami Dunia Gelap Gengsterism Yang Jarang Dikongsi Tampilkan Hazama, Che Puan Juliana Evans; Selami Dunia Gelap Gengsterism Yang Jarang Dikongsi Tampilkan Hazama, Che Puan Juliana Evans; Selami Dunia Gelap Gengsterism Yang Jarang Dikongsi

IKLAN

Sementara itu, Razif Ajiboy selaku Sutradara Epilog 3 Naga di dalam satu kenyataan menjelaskan, seorang pengarah, drama ini berupaya menyingkap kehidupan segelintir remaja daripada sisi gelap.

“Punca utama yang mempengaruhi mereka untuk terlibat dengan aktiviti yang tidak bermoral adalah kerana dibesarkan dalam persekitaran yang tidak sepatutnya.

“Justeru, drama ini dilihat akan memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang pentingnya peranan mereka sepanjang proses pembesaran anak-anak.

“Langkah pihak Awesome TV yang berani menerbitkan karya ini harus dipuji kerana genre dan penceritaan seumpama ini jarang diketengahkan oleh mana- mana stesen televisyen yang lain,” katanya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI