Ads

“Ada Kata Saya Tak Mampu Bertahan Jadi Anak Seni,” – Mimifly Pernah Sengsara, Hilang Diri Sebelum Bangkit Cipta Sensasi & Raih 5 Trofi Di AIM25!

Penyanyi Mimifly menyifatkan kejayaan meraih lima trofi di Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) baru-baru ini sebagai pembakar semangat untuk terus menghasilkan karya berkualiti selepas ini.

Menurut Mimifly atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham, dia bersyukur kerana karya-karyanya kini semakin mendapat perhatian bukan sahaja daripada peminat, malah turut dihargai panel penilai.

“Ada Kata Saya Tak Mampu Bertahan Jadi Anak Seni,” – Mimifly Pernah Sengsara, Hilang Diri Sebelum Bangkit Cipta Sensasi & Raih 5 Trofi Di AIM25!

“Saya sangat bersyukur. Saya sebenarnya tidak mahu kejayaan atau kegagalan buat saya berhenti berkarya. Saya nak berkarya kerana saya sendiri memang nak berkarya.

“Menang atau tidak, saya masih punyai banyak lagi karya yang ingin disusunkan. Namun, saya bersyukur kerana AIM telah menghargai hasil kerja saya. Dengan itu, saya dapat lebih banyak peluang untuk berkarya,” katanya kepada MH.

Penyanyi lagu Angkat itu berkata demikian ketika ditemui pada acara AIM25, baru-baru ini.

“Ada Kata Saya Tak Mampu Bertahan Jadi Anak Seni,” – Mimifly Pernah Sengsara, Hilang Diri Sebelum Bangkit Cipta Sensasi & Raih 5 Trofi Di AIM25!

Pernah Sengsara & Hilang Diri

Jelas Mimifly lagi, dia sebenarnya pernah melalui fasa yang sangat sengsara dan kehilangan diri sebelum memutuskan untuk kembali bangkit berkarya pada tahun 2024.

“Ada Kata Saya Tak Mampu Bertahan Jadi Anak Seni,” – Mimifly Pernah Sengsara, Hilang Diri Sebelum Bangkit Cipta Sensasi & Raih 5 Trofi Di AIM25!

Ads

“Saya dapat merasakan perubahan yang sangat mendadak. Tahun ini merupakan tahun ke-18 saya berada di dalam industri.

“Saya buat comeback pada hujung tahun 2024 selepas empat tahun saya diam dan tidak berkarya langsung. Dalam tempoh itu, saya berada dalam keadaan yang amat sengsara.

“Saya hilang diri apabila tidak berkarya. Bila saya mula semula dengan lagu Angkat dan menang di AIM24, sekarang menang pula untuk Temberang, saya ingin berterima kasih.

“Inilah jalan yang saya pilih. Saya ingin berterima kasih dengan team yang percayakan saya. Saya artis independent. Team saya tidak besar tapi mereka ‘solid’,” ujarnya lagi.

Dalam masa sama, bekas anggota kumpulan One Nation Emcee ini enggan terlalu terbuai dengan kejayaan yang diraih. Sebaliknya, dia mahu pencapaiannya menjadi inspirasi buat pengkarya-pengkarya muda.

Ads

“Ada Kata Saya Tak Mampu Bertahan Jadi Anak Seni,” – Mimifly Pernah Sengsara, Hilang Diri Sebelum Bangkit Cipta Sensasi & Raih 5 Trofi Di AIM25!

“Saya masih Mimifly yang sama. Saya tak nak jadi yang terbaik. Saya nak menjadi yang satu-satunya dan lain daripada yang lain. Saya rasa semangat seperti ini boleh buka mata para anak-anak seni muda.

“Kalau kita percaya dengan karya yang kita bawakan, kita tak perlu kesah dengan apa yang orang kata,” kongsinya lagi.

18 Tahun Bertahan Dalam Industri

Sementara itu, Mimifly mengakui sepanjang 18 tahun bergelar anak seni, ramai pihak yang pernah meragui bakatnya dan merasakan dirinya tidak layak untuk berada dalam industri seni.

Namun, tekad yang dimiliki membuatkan Mimifly mampu bangkit dan membuktikan bahawa tanggapan tersebut sebenarnya salah.

Ads

“Ada Kata Saya Tak Mampu Bertahan Jadi Anak Seni,” – Mimifly Pernah Sengsara, Hilang Diri Sebelum Bangkit Cipta Sensasi & Raih 5 Trofi Di AIM25!

Anda mungkin berminat dengan

“Sepanjang 18 tahun ini, ramai yang berkata saya tidak mampu dan tidak boleh bertahan jadi anak seni.

“Perkara itu sampai kepada saya dan buat saya percaya yang saya benar-benar tidak layak dan tak mampu. Bertahun-tahun saya rasa seperti itu.

“Ia memberikan kesan kepada hidup saya sehinggalah saya sedar dan cari semula peluang untuk terus mencuba. Saya bersyukur kerana saya tidak mengalah dan ada sistem sokongan yang baik.

“Saya percaya doa mama banyak bantu saya. Dia tahu bagaimana saya bekerja keras. Berkat doa itulah yang buat saya berada di sini,” akhirinya.

Terdahulu, Mimifly muncul sebagai antara artis paling cemerlang di AIM25 selepas berjaya meraih lima trofi pada malam kemuncak anugerah berkenaan.

“Ada Kata Saya Tak Mampu Bertahan Jadi Anak Seni,” – Mimifly Pernah Sengsara, Hilang Diri Sebelum Bangkit Cipta Sensasi & Raih 5 Trofi Di AIM25!

Lagu Temberang, Serumpun dan Nara nyata membawa tuah buat Mimifly apabila dia merangkul lima trofi menerusi kategori Video Muzik Terbaik, Lagu Pop Elektronik/Dance Terbaik, Lagu Perayaan Terbaik, Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu dan Lagu Dengan Hasil Tertinggi Di TikTok.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Misha Omar Dedah Pernah Bawa Watak Tun Hasmah Waktu Muda, Kongsi...

Penyanyi Misha Omar mengakui dirinya turut terkesan dengan berita duka pemergian Almarhumah Tun Dr. Hasmah Mohd Ali yang telah menghembuskan nafas terakhirnya, kelmarin.