
Terkandas pada konsert minggu kelima Kilauan Emas Selebriti (KES) Sabtu lalu, pelakon drama, Rashdan Baba mengakui dirinya sudah bersedia menerima apa jua keputusan daripada pihak juri.
Menurut Rashdan, dia meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap aturan rezeki sepanjang menyertai pertandingan realiti nyanyian itu.


“Alhamdulillah, rezeki saya sampai ke minggu kelima. Walau apa pun keputusan, saya memang husnuzon.
“Setiap minggu kami membuat persiapan sebaik mungkin. Namun kita juga faham, pertandingan ini melibatkan undian peminat dan juga penilaian juri.
“Kadang-kadang kita rasa persembahan sudah baik, tetapi mungkin undian tidak memihak.
“Apatah lagi markah digabungkan antara 20 peratus undian peminat dan 80 peratus daripada juri, katanya kepada MH.
Rashdan berkata demikian ketika ditemui selepas tamat konsert minggu keempat KES, pada Sabtu.
Dalam masa sama, Rashdan memaklumkan dia sudah ‘set’ dalam fikiran bahawa penyingkiran boleh berlaku pada bila-bila masa.
“Minggu sebelumnya kita sudah lihat penyingkiran Khaty Azian dan Mubarak Majid. Jadi saya memang sudah bersedia bila-bila sahaja saya boleh tersingkir.
“Sebelum konsert pun, saya sudah bersedia menerima apa sahaja keputusan. Ini adat pertandingan, pasti akan ada yang tersingkir,” ujarnya tenang.
Baca Artikel Lain;
Akui Cabaran Persiapan, Ada Hasrat Hasilkan Single
Mengulas lanjut, pelakon kelahiran Kelantan itu mengakui antara cabaran sepanjang menyertai program KES adalah kekangan masa untuk membuat persiapan pada setiap minggu.


“Bukan mudah sebenarnya. Dalam tempoh seminggu, kami hanya ada beberapa jam sahaja untuk berlatih.
“Setiap hari Isnin, kalau tak silap saya, kami diberikan sekitar setengah jam hingga sejam sahaja untuk mempelajari lagu baharu.
“Pada sebelah petang pula, kami akan belajar langkah tarian.
“Cuma minggu ini, masa yang diberikan untuk latihan tarian juga agak singkat, mungkin tidak sampai setengah jam. Jadi memang agak mencabar,” jelasnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Rashdan turut berkongsi hasrat untuk menghasilkan single sendiri sekiranya diberi peluang selepas ini.
Anda mungkin berminat dengan


“Sebelum ini memang pernah ada tawaran daripada Abang Eddie Hamid, dia kata saya boleh menyanyi.
“Cita-cita itu ada, tetapi saya kata nantilah. Jika Abang Eddie mahu panggil saya selepas ini, bolehlah. Kita buat lagu dalam dialek Kelantan insya-Allah.
“Selepas menyertai KES, memang ada keinginan untuk merakamkan single. Jika ada rezeki dan peluang, saya terbuka,” katanya.
Terdahulu, Rashdan Baba yang membawakan lagu Blues Terengganu Kita gagal menambat hati juri apabila hanya meraih markah 61.18% di kedudukan kedua terakhir.
Dalam masa sama, pengacara Maria Tunku Sabri turut diumumkan tersingkir selepas menduduki tangga tercorot dengan markah 57.78%.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

