
Penerbit terkenal, Datuk A. Aida enggan mengambil peduli tanggapan segelintir pihak yang mendakwa anaknya yang juga pelakon dan penyanyi, Azeva Natassha mendapat laluan mudah untuk terjun ke dalam bidang seni.
Menurut A. Aida, sebagai penerbit, dia perlu melihat aspek komersial seseorang artis, selain percaya Azeva mempunyai pakej lengkap untuk terjun secara serius dalam industri seni.

“Pada saya, itu kenyataan yang agak bodoh. Sebagai penerbit, kita juga kena memikirkan aspek bisnes. Takkanlah kita nak melaburkan duit kepada mereka yang tidak punyai aura?
“Azeva punyai aura tersendiri dan disebabkan itu, saya sanggup melabur buat dia. Nak kata dia menggunakan ‘kabel’ pun tak mengapalah. Saya tak kisah,” katanya kepada MH.
A. Aida berkata sedemikian ketika ditemui di acara tayangan perdana filem Bisikan Nafsu, baru-baru ini.
Tetap Utamakan Kualiti
Sementara itu, bekas isteri kepada penyanyi Ameng Spring ini menegaskan dirinya tetap mengutamakan soal kualiti dalam setiap projek yang diterbitkan, meskipun membabitkan anak sendiri.

“Dahulu, saya pernah bawa kakak sulung Azeva untuk jalani sesi rakaman bersama Eddie Hamid untuk single berjudul Ku Tak Rela yang juga OST untuk drama saya.
“Bila buat sesi rakaman, saya merasakan suaranya kurang sampai dan seperti ada yang tidak kena. Jadi, kita tidak teruskan proses rakaman tersebut. Tiada isu kabel di sini.
“Kalau hasilnya okay, saya akan teruskan. Kalau tak okay, kıta tidak teruskan walaupun melibatkan anak sendiri.
“Pada saya, Azeva ada suara yang unik, cantik dan punyai aura sendiri. Saya tak kisah melabur untuk anak sendiri,” ujarnya.
Bangga Lihat Lakonan Azeva
Diminta mengulas mengenai penampilan pertama Azeva di layar perak, A. Aida akui berbangga melihat kemampuan anaknya menghidupkan watak, malah tidak menyangka lakonan Azeva mampu menyentuh emosinya sebagai penerbit.

“Sebagai seorang ibu, tiada kata yang mampu saya ucapkan. Hanya air mata yang menjadi saksi dan jawapannya. Saya kagum dengan kemampuan puteri saya.
“Saya tak sangka dia mampu berlakon sebaik itu. 20 kali saya previu, 20 kali juga air mata keguguran. Itu maknanya lakonannya sampai walaupun masih lagi budak baru.
Anda mungkin berminat dengan
“Kalau kita tidak beri peluang kepada bakat baharu, bagaimana kita nak lahirkan pelapis. Ada sedikit kekurangan itu, kita minta halal. Tiada siapa yang sempurna.
“Saya ada bagitahu dia, kalau nak jadi pelakon dan penyanyi yang bagus, kena banyakkan latihan dan masuk kelas. Artis yang profesional pun sampai sekarang masuk kelas,” akhirinya.
Terdahulu, filem Bisikan Nafsu merupakan karya pertama arahan Riza Baharudin dan terbitan bersama Hello Production, A. Aida Production dan Mache All Star United.
Selain Azeva, filem ini turut menampilkan barisan pelakon seperti Aniq Suhair, Zul Huzaimi, Aleza Shadan, Raja Azmi dan Ezzaty Abdullah.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

