Ads

Lana Nodin Utamakan Cari Rezeki, Ada Sebab Rancang Pulang Ke Amerika Syarikat – “Sekarang Ini, Saya Bukan Mahu Mencari Duit Saja, Tetapi…”

Pelakon, Lana Nodin mengakui terbuka sekiranya namanya tidak lagi diingati dalam industri seni memandangkan dia kini lebih memberikan tumpuan kepada komitmen lain.

Menurut Lana, dia tidak terlalu memikirkan perkara tersebut kerana fasa kehidupannya ketika ini lebih tertumpu kepada usaha mencari rezeki, selain mengimbangi tanggungjawab terhadap keluarga.

“Saya tak kisah mengenai perkara itu kerana bagi saya, fasa sekarang adalah untuk mencari rezeki.

“Kalau ada orang yang masih ingat, adalah. Kalau tiada pun tak mengapa. Saya berlakon pun kerana minat,” katanya kepada MH.

Lana berkata demikian ketika ditemui pada sidang media konsert Cuckootopia dan AMT2026 yang berlangsung di Hotel Hyatt Regency, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tolak Drama 60 Episod, Mahu Pulang Ke AS

Dalam pada itu, Lana menjelaskan dia masih menerima tawaran lakonan, namun perlu mempertimbangkan komitmen masa sebelum bersetuju untuk terlibat dalam sesebuah produksi.

Malah, pelakon drama Aku Yang Kau Tinggalkan itu memaklumkan dia terpaksa menolak tawaran drama yang memerlukan tempoh penggambaran panjang.

“Sebenarnya banyak tawaran yang saya terima. Ada dua atau tiga tawaran yang akan datang, cuma apabila melibatkan drama 60 episod, saya rasa tempohnya terlalu panjang.

“Saya bimbang tidak dapat memberikan komitmen sepenuhnya kerana saya juga merancang untuk pulang ke Amerika Syarikat.

Ads

“Sudah hampir dua tahun saya tidak pulang ke sana. Mak mentua saya pun sudah berusia 84 tahun, jadi saya memang mahu pulang untuk bertemu dengannya.

“Sebab itu saya perlu menyusun jadual dengan betul dan menolaknya dengan baik” jelasnya lagi.

 

Lana Nodin Utamakan Cari Rezeki, Ada Sebab Rancang Pulang Ke Amerika Syarikat - “Sekarang Ini, Saya Bukan Mahu Mencari Duit Saja, Tetapi…”
 
Lana Nodin Utamakan Cari Rezeki, Ada Sebab Rancang Pulang Ke Amerika Syarikat - “Sekarang Ini, Saya Bukan Mahu Mencari Duit Saja, Tetapi…”
 

Baca Artikel Lain;

https://www.mediahiburan.my/lana-nodin-tersentuh-suami-mualaf-ajak-ke-masjid-lepas-wayang-terima-kasih-allah-swtteruskan-istiqamah-hidayah-tu-mahal/

Ads

Lebih Selektif, Mahu Cabar Diri

Sementara itu, Lana turut mengakui dia tidak lagi boleh aktif dalam bidang lakonan seperti dahulu kerana kini lebih selektif dalam memilih watak.

“Saya memang sudah tidak boleh aktif seperti dahulu kerana sekarang saya perlu lebih memilih watak.

“Memandangkan saya juga baru berhijab, jadi perlu melihat karakter yang sesuai untuk dibawakan.

“Sejujurnya, kalau ditawarkan watak yang belum pernah saya lakonkan sebelum ini, saya akan terima,” ujarnya.

Mengulas lanjut, pelakon filem Chow Kit itu turut menambah, dia kini lebih berminat untuk meneroka karakter berbeza bagi mengasah kemampuan lakonannya.

Ads

“Sudah 20 tahun saya berada dalam industri. Kadang-kadang apabila menerima tawaran, saya rasa agak bosan kerana watak yang diberikan lebih kurang sama.

Anda mungkin berminat dengan

“Sekarang ini, saya bukan mahu mencari duit sahaja, tetapi lebih kepada mengasah bakat sendiri.

“Saya mahu mencuba watak yang mungkin orang lain tidak berani tawarkan kepada saya. Sebagai pelakon, saya mahu mencabar diri dengan sesuatu yang berbeza,” katanya.

Dalam masa sama, Lana turut berkongsi pengalaman terbaharunya membawakan watak seorang pesakit kronik yang memerlukan dirinya tampil tanpa sebarang solekan sepanjang penggambaran.

“Baru-baru ini saya melakonkan watak sebagai pesakit HIV dan langsung tidak memakai solekan.

“Watak itu sangat berbeza daripada karakter yang pernah saya bawakan sebelum ini. Untuk watak kali ini, memang banyak babak saya menangis.

“Insya-Allah, karya tersebut akan ditayangkan pada bulan Ramadan tahun depan,” akhirinya.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Ara Johari Kongsi Detik Cemas Tersekat Di Dalam Lif, 40 Minit...

Penyanyi Ara Johari berkongsi detik cemas apabila dia terperangkap di dalam lif ketika menghadiri sebuah acara di Sarawak, baru-baru ini.