
Penyanyi Noryn Aziz menitipkan ucapan penuh bermakna buat suaminya, Rizal Shaik Sulaiman, bersempena ulang tahun perkahwinan mereka yang keenam.
Menerusi hantaran terkini di Instagram, Noryn menyifatkan perkahwinan mereka sebagai sebuah perjalanan indah yang dipenuhi cinta, selain sarat dengan pelbagai pengajaran hidup.


“Alhamdulillah, satu lagi tahun buat kita bersama.
“Perkahwinan adalah perjalanan indah yang penuh dengan cinta, keimanan, kesabaran, kemaafan dan pengajaran yang tidak berkesudahan.
“Tidak semua fasa kehidupan sempurna, namun setiap satunya pasti mempunyai hikmah tersendiri.
“Dalam setiap nikmat dan ujian yang mendatang, semoga kita tidak pernah lupa bahawa cinta adalah amanah daripada Allah yang perlu dijaga dengan keikhlasan, kesetiaan, kebaikan hati dan sikap saling memahami,” tulisnya.
Titip Doa Agar Perkahwinan Terus Diberkati
Menerusi hantaran sama, penyanyi lagu Kaki Kiriku itu turut menitipkan doa agar ikatan perkahwinan mereka sentiasa dipelihara Allah SWT, khususnya ketika berdepan pelbagai cabaran dalam kehidupan berumah tangga.
“Ya Allah, lembutkanlah hati kami ketika kehidupan menjadi sukar, kuatkanlah ikatan kami saat berdepan cabaran.
View this post on Instagram
“Dan ingatkanlah kami agar sentiasa memilih cinta berbanding ego, kesabaran berbanding kemarahan serta kemaafan berbanding keangkuhan.
“Semoga perkahwinan kami terus diberkati dengan sakinah (ketenangan), mawaddah (kasih sayang) dan rahmah (rahmat).
“Semoga kami bukan sahaja semakin berusia bersama, tetapi juga semakin matang, menjadi insan yang lebih baik dan semakin dekat denganMu. Amin ya rabbal alamin,” titipnya lagi.
Harap Cinta Berkekalan Hingga Ke Syurga
Mengakhiri perkongsian, Noryn berharap agar hubungan mereka terus berkekalan, bukan sahaja di dunia, malah hingga ke syurga.

Anda mungkin berminat dengan

“Daripada kehidupan dunia ini hingga ke syurga, Insya-Allah.
“Selamat ulang tahun perkahwinan buat kita. Alhamdulillah atas segala-galanya,” kongsinya.
Untuk rekod, Noryn mendirikan rumah tangga bersama Rizal pada 13 Oktober 2020. Perkahwinan itu merupakan perkahwinan keduanya.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Bagaimanapun, Noryn mempunyai seorang anak lelaki daripada perkahwinan terdahulu, iaitu Raja Bariq Umar Shah.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

