
Ahli politik, YB Syed Saddiq menegaskan dirinya mempunyai cara tersendiri untuk meratapi pemergian tokoh Negarawan, Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali yang menghembuskan nafas terakhir pada Isnin.
Menurut Syed Saddiq, apa yang lebih penting adalah niat kerana kisah berkenaan bukan mengenai diri sendiri, sebaliknya tentang kisah cinta luar biasa dua jiwa yang tidak pernah terpisah antara Tun Hasmah dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
View this post on Instagram
“Kita semua berduka dengan cara yang berbeza dan unik. Yang paling penting adalah niat. Kerana akhirnya, ibukan tentang kita. Ia tentang kisah cinta luar biasa dua jiwa yang tidak pernah terpisah.
“Dua insan yang saling melengkapi sepanjang
perjalanan hidup. Dan mungkin, apabila cinta itu sendiri tidak lagi cukup untuk menggambarkannya, ia berubah menjadi sesuatu yang lebih mendalam iaitu sebuah kebersamaan,” tulisnya.
Nukilan itu dikongsikan Syed Saddiq menerusi satu hantaran di Instagram pada Selasa.
“Bukan Hanya Dengan Air Mata”
Jelas Syed Saddiq lagi, Allahyarham Tun Hasmah bukan sahaja seorang isteri yang setia, malah merupakan insan berjiwa besar dan mementingkan khidmat kepada rakyat.

“Teman hidup. Teman seperjuangan. Teman sampai ke penghujung usia. Ini juga kisah seorang wanita yang menghabiskan hidupnya
membuatkan insan di sekelilingnya berasa dihargai, disayangi dan istimewa.
“Sambil terus berkhidmat kepada mereka yang memerlukan, tanpa mengira siapa mereka,” kongsinya lagi.
Dalam masa sama, Syed Saddiq menjelaskan bahawa meskipun agak berat untuk menerima kenyataan berkenaan, dia memilih untuk mengenang Allahyarham Tun Hasmah menerusi segala jasa yang sudah dicurahkan selama ini.

“Saya memilih untuk mengenang Tun bukan hanya dengan air mata, tetapi dengan meraikan kehidupan yang beliau jalani, kasih yang beliau berikan, dan dakwat kekal yang beliau tinggalkan dalam lembaran sejarah Malaysia dan dalam hati kita semua,” kongsinya.
Terdahulu, Tun Dr Hasmah dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada jam 9.20 pagi Isnin.
Anda mungkin berminat dengan
Berita duka itu disahkan sendiri oleh anak kepada Allahyarhamah, iaitu Tan Sri Mokhzani Mahathir.
Tun Dr Hasmah selamat dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya, kira-kira jam 6.10 petang Isnin.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Syed Saddiq
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

