Ads

Bella Astillah Kongsi Momen Sayu, Sidang Media Kahwin Dengan Syed Saddiq Ditangguhkan Semalam – “Dia Benar-Benar Tidak Mampu…”

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama tunangnya, Syed Saddiq menangguhkan sidang media berhubung majlis perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung pada semalam susulan berita duka pemergiaan ‘Ibu Negara’, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Menerusi satu hantaran di Instagram Story (IGS) semalam, Bella mendedahkan mereka sedang menjalani penggambaran ketika menerima berita duka mengenai pemergian Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah.

 

Menurut Bella, Ahli Parlimen Muar itu dilihat tidak mampu menumpukan perhatian terhadap perancangan yang telah diatur untuk hari berkenaan.

Bella Astillah Kongsi Momen Sayu, Sidang Media Kahwin Dengan Syed Saddiq Ditangguhkan Semalam - “Dia Benar-Benar Tidak Mampu…”

Bella Astillah Kongsi Momen Sayu, Sidang Media Kahwin Dengan Syed Saddiq Ditangguhkan Semalam - “Dia Benar-Benar Tidak Mampu…”

Ads

“Kita tengah shoot. Tetapi, saya tahu hati dan fikiran dia berada di tempat lain selepas mendengar berita menyayat hati mengenai pemergian Tun Hasmah, pagi ini.

Sidang Media Dibatalkan

Dalam hantaran sama, ibu kepada dua cahaya mata itu memaklumkan bahawa tunangnya meminta agar sidang media (PC) dibatalkan.

Malah, Bella mengakui masih terkejut dengan berita pemergian figura hebat negara itu.

Bella Astillah Kongsi Momen Sayu, Sidang Media Kahwin Dengan Syed Saddiq Ditangguhkan Semalam - “Dia Benar-Benar Tidak Mampu…”

Ads

Bella Astillah Kongsi Momen Sayu, Sidang Media Kahwin Dengan Syed Saddiq Ditangguhkan Semalam - “Dia Benar-Benar Tidak Mampu…”

“Dia benar-benar tidak mampu untuk meneruskan apa yang telah dirancang selepas ini.

“Dia meminta agar sidang media petang ini dibatalkan.

Ads

“Allahuakbar, kami berdua masih dalam keadaan terkejut,” luahnya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

Sebelum ini, Bella telah memuat naik satu hantaran di IGS memaparkan tunangnya, Syed Saddiq dari arah belakang yang sedang tertunduk.

Terdahulu, negara dikejutkan dengan pemergian Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali, isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Allahyarhamah dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 9.20 pagi semalam.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

“Bagi Pihak Keluarga, Saya Ingin Berterima Kasih,” – Mukhriz Hiba, Namun...

Meskipun hiba atas pemergian ibu tercinta, Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali, ahli politik, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyifatkan dirinya sebagai insan bertuah kerana berpeluang merasai kasih sayang seorang ibu sehingga usia 63 tahun.