Ads

“Ayah Okay Kami Berkawan…,” – Jamal Abdillah Pun Tahu Tentang Gosip Bersama Azeva, Nasihat Zaki Yamani Fokus Kerjaya

Penyanyi Zaki Yamani mendedahkan bapanya yang juga Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah, turut mengikuti perkembangan mengenai gosip yang mengaitkannya dengan rakan artis, Azeva Natassha.

Menurut Zaki, dia sendiri tidak menyangka bapanya turut mengetahui mengenai cerita berkenaan, malah sempat bertanyakan perkara itu kepadanya selepas melihat momen mereka bersama yang tular di media sosial.

Bagaimanapun, Zaki memaklumkan bapanya tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya dia berkawan dengan Azeva, namun Jamal tetap berpesan agar dirinya mengutamakan kerjaya terlebih dahulu.

“Ayah Okay Kami Berkawan…,” - Jamal Abdillah Pun Tahu Tentang Gosip Bersama Azeva, Nasihat Zaki Yamani Fokus Kerjaya “Ayah Okay Kami Berkawan…,” - Jamal Abdillah Pun Tahu Tentang Gosip Bersama Azeva, Nasihat Zaki Yamani Fokus Kerjaya

“Ketika itu, kami ada konsert bersama. Momen itu juga viral di media sosial.

“Ayah ada juga bertanya tentang gosip saya bersama Azeva. Ayah tanya ‘kamu dengan Azeva berkawan ke?’. Setakat itu sahajalah. Ayah saya ini seorang yang ‘random’.

“Dia suka bertanya hal-hal yang kita tak jangka. Dia okay sahaja kalau kami berkawan cuma ayah minta saya fokus pada kerjaya dahulu,” katanya kepada MH.

Penyanyi lagu Akur itu berkata sedemikian ketika ditemui di Majlis Eksklusif bersama Zaki Yamani di St. Giles Boulevard Hotel, Kuala Lumpur pada Ahad.

Ads

Dalam majlis sama, Zaki turut diumumkan sebagai artis baharu di bawah naungan syarikat rakaman, Sony Music Malaysia.

“Ayah Okay Kami Berkawan…,” - Jamal Abdillah Pun Tahu Tentang Gosip Bersama Azeva, Nasihat Zaki Yamani Fokus Kerjaya “Ayah Okay Kami Berkawan…,” - Jamal Abdillah Pun Tahu Tentang Gosip Bersama Azeva, Nasihat Zaki Yamani Fokus Kerjaya

Jamal Kini Aktif Ikuti Perkembangan Di TikTok

Sementara itu, Zaki turut mengakui dirinya baru sahaja mengetahui bapanya kini aktif mengikuti perkembangan semasa menerusi TikTok.

“Ayah Okay Kami Berkawan…,” - Jamal Abdillah Pun Tahu Tentang Gosip Bersama Azeva, Nasihat Zaki Yamani Fokus Kerjaya

“Saya pun pelik bagaimana dia tahu tentang berita-berita ini. Bila saya bertanya kepada abang, rupanya di rumah sekarang, ayah kerap menonton video Tik Tok.

Ads

“Sebelum ini, dia hanya tahu buka Whatsapp dan muat naik status sahaja. Dia juga ada menonton video-video saya di gimnasium. Dia beri nasihat agar saya tidak terlalu membesarkan badan.

“Katanya penyanyi tidak sesuai dengan tubuh badan yang besar. Kalau pelakon, tak mengapalah,” kongsinya lagi.

Mengulas mengenai gosip yang mengaitkan dirinya dengan Azeva, Zaki memaklumkan mereka tidak mengambil serius perkara tersebut.

“Ayah Okay Kami Berkawan…,” - Jamal Abdillah Pun Tahu Tentang Gosip Bersama Azeva, Nasihat Zaki Yamani Fokus Kerjaya

“Kami okay sahaja. Jika lihat klip-klip viral kami, kami pun ikut sama gelak. Saya dengan Azeva memang berkawan. Untuk rasa tidak selesa itu, memang tidak ada.

Ads

“Buat masa ini, memang Azevalah kawan perempuan yang paling saya rapat. Kami berkenalan sebelum Azeva mula menyanyi lagi,” kongsinya.

Anda mungkin berminat dengan

“Dalam Diam, Dia Banyak Menyokong”

Berkongsi mengenai keperibadian Azeva, Zaki memaklumkan anak kepada penerbit Datuk A. Aida itu merupakan seorang sahabat yang sentiasa menyokong perjalanan seninya selama ini.

“Ayah Okay Kami Berkawan…,” - Jamal Abdillah Pun Tahu Tentang Gosip Bersama Azeva, Nasihat Zaki Yamani Fokus Kerjaya

“Azeva seorang rakan yang sentiasa menyokong rakan artis. Bila saya keluarkan lagu baharu, tiba-tiba saya dapat mesej daripada peminat yang Azeva ada menyanyikan dan mendengar lagu saya ketika dia bersiaran langsung.

“Dalam diam, dia banyak menyokong. Saya juga buat perkara sama. Mungkin peminat sering nampak kami bersama terutamanya ketika live, sebab itu mereka berikan perhatian.

“Lagipun, saya tak ramai rakan artis perempuan,” akhirinya.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Biarlah Saya Seorang Tanggung Kesedihan Itu…” – Maria Tunku Sabri Akui...

Personaliti televisyen, Maria Tunku Sabri mendedahkan dia lebih selesa memendam perasaan sendiri apabila menerima sebarang kritikan sepanjang bersaing program Kilauan Emas Selebriti (KES).