
Pelakon dan model, Zahnita Wilson selamat melangsungkan majlis pernikahannya bersama cinta hati, Farouk Osman Yunus dengan hanya sekali lafaz.
Memetik laporan Utusan, kedua-dua mempelai disatukan dalam sebuah majlis ringkas tetapi meriah di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya pada pagi Sabtu.

Zahnita atau Zahnita Dorothy Hussein Wilson dinikahkan oleh abangnya, Mohd Julian Hussein, dengan disaksikan Pendaftar Perkahwinan Pejabat Agama Daerah Sepang, Mohammad Nazri Sobirin.
Dalam majlis berkenaan, pelakon filem Kuliah Cinta itu menerima mas kahwin sebanyak RM300 dengan hantaran berupa dua bentuk cincin dan kelengkapan solat.

Zahnita dan Farouk dilihat sama cantik sama padan mengenakan persalinan pernikahan serba putih hasil sentuhan Ruby Signature.
Hampir 300 tetamu hadir
Majlis berkenaan dihadiri hampir 300 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan saudara-mara terdekat.

Untuk rekod, Zahnita sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor pada 2005, namun bercerai pada Ogos 2025.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Zahrafeena, Zasharayna Ghouse, Zahlia Syawwal, dan Abd Zayden Ghouse.
Anda mungkin berminat dengan
Menerusi temu bual terdahulu, Zahnita mengesahkan dia sudah mengikat tali pertunangan dengan Farouk pada Ogos lalu.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber: Utusan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

