
Aktres dan pengarah, Liyana Jasmay mendakwa dia bersama barisan pelakon pernah berdepan gangguan mistik sepanjang menjalani penggambaran filem seram, Pemuja Syaitan di Pahang.
Menurut Liyana, beberapa kejadian tidak dijangka berlaku di lokasi penggambaran sehingga menyebabkan sebahagian kru dan pelakon dipercayai mengalami gangguan serta kerasukan.

“Memang benar ada kejadian rasuk di set penggambaran. Lokasi itu difahamkan sebagai kawasan tinggal dan tiada orang masuk pun. Kami yang datang dan jadikan tempat itu sebagai studio.
“Penduduk setempat pun ada bagitahu yang orang kampung pun tidak akan masuk ke kawasan itu. Bagaimanapun kita ada sediakan ustaz di set.
“Antara yang terkena gangguan ialah saya, kakak dan barisan pelakon lain. Lampu terpadam sendiri itu memang biasa,” katanya kepada MH.
Pelakon filem Castello itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pengenalan pelakon filem Pemuja Syaitan, baru-baru ini.

Lebih menyeramkan apabila Liyana mendedahkan dirinya telah diganggu lembaga berwarna hitam seakan hantu raya yang mengekorinya sehingga ke bilik hotel.

“Ada lembaga yang datang menghampiri saya. Ia kelihatan seperti hantu raya. Ia ikut saya sampai ke bilik hotel. Kebiasaannya akan ganggu di set sahaja. Makhluk ini memang ganas.
“Ia macam merangkah ke arah saya. Mahluk itu berwarna hitam. Jadi, saya banyak buat tak tahu sahaja. Itu juga nasihat daripada ustaz. Dia minta saya fokus kepada penggambaran sahaja,” kongsinya lagi.
“Terus Bangun, Tunaikan Solat Dan Mengaji”
Bagaimanapun, Liyana bersyukur apabila dirinya diberikan kekuatan untuk melawan rasa takut apabila berhadapan dengan makhluk tersebut.

“Saya pun tak sangka akan sekuat itu. Saya pun tak tahu kenapa. Saya terus bangun, tunaikan solat dan mengaji tanpa berhenti pada hari itu.
“Kami mungkin tak sempat nak mengaji setiap masa. Namun, selepas kejadian itu, saya kerap membaca Al-Quran. Saya kurangkan tidur.
“Sebelum itu, bila balik sahaja ke hotel, saya akan tidur. Penggambaran tetap diteruskan. Kalau ada yang kena gangguan, mereka akan duduk tepi dahulu,” ujarnya lagi.
Dalam masa sama, Liyana turut mendedahkan salah seorang pelakonnya seakan telah dirasuk ketika menjayakan salah sebuah babak di dalam filem berkenaan.
Anda mungkin berminat dengan

“Jika anda menonton filem itu nanti, anda akan nampak satu babak di mana pelakon itu macam benar-benar dirasuk. Ketika itu, dia sedang berlakon tapi dia dirasuk.
“Saya rasa anda juga boleh nampak babak itu nanti. Bila buat suntingan, saya dapat rasa sesuatu yang berbeza. Macam ada yang tak kena dengan pelakon itu,” akhirinya.
Terdahulu, filem Pemuja Syitan bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 15 Oktober depan.
Filem berkenaan menampilkan Zul Ariffin sebagai pelakon utama yang turut dibarisi pelakon utama lain seperti Nadhir Nasar dan Aila Azizul.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

