Ads

Tun Dr. Mahathir Iringi Buat Kali Terakhir… Jenazah Tun Dr. Siti Hasmah Selamat Dikebumikan, Ribuan Rakyat Hadir Beri Penghormatan Terakhir

Jenazah isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali selamat dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya, pada kira-kira jam 6.10 petang Isnin.

Majlis pengebumian berlangsung dalam suasana tenang dan penuh hiba dengan kehadiran kira-kira ribuan orang terdiri daripada ahli keluarga, tokoh politik, saudara-mara serta rakyat Malaysia yang hadir memberikan penghormatan terakhir.

Suami kepada Allahyarhamah yang juga Mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir turut mengiringi jenazah buat kali terakhir.

Turut kelihatan hadir ialah beberapa pemimpin politik, delegasi luar negara, selebriti serta orang ramai yang hadir memberikan penghormatan terakhir.

Ads

Antara selebriti yang turut memberikan penghormatan terakhir termasuklah pengrah, Datuk Afdlin Shauki, penyanyi Haiza Hanafi dan Ziela Jalil.

Jenazah Disolatkan Selepas Solat Asar

Sebelum itu, jenazah Allahyarhamah dibawa ke Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan untuk urusan pengurusan jenazah serta penghormatan terakhir.

Jenazah Allahyarhamah kemudiannya disolatkan selepas solat Asar sebelum dibawa ke Pusara Negara untuk urusan pengebumian.

Ads

Pergi Pada Usia 100 Tahun

Terdahulu, Tun Dr Hasmah dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada jam 9.20 pagi Isnin.

Berita duka itu disahkan sendiri anak kepada Allahyarhamah iaitu Tan Sri Mokhzani Mahathir.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Dr Siti Hasmah meninggalkan tujuh orang anak serta ahli keluarga yang lain.

Allahyarham merupakan antara tokoh wanita paling disegani di negara ini dan dikenali atas sumbangannya dalam bidang perubatan serta khidmat kemasyarakatan.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Penampilan Berhijab Jadi Perhatian, Misha Omar Terharu Ramai Doa Yang Baik-Baik...

Penyanyi Misha Omar meluahkan rasa syukur atas segala reaksi positif yang diterima susulan penampilannya yang mengenakan bertudung ketika membuat persembahan di Perlis, baru-baru ini.