
Pelakon Anzalna Nasir mengakui terkesan susulan tular sebuah video yang memaparkan seorang warga emas yang dipercayai masih bekerja sebagai penghantar makanan demi menyara keluarga.
Menerusi satu hantaran di Threads, Anzalna memohon jasa baik warganet untuk membantu mencari individu berkenaan.


“I masih mencari pakcik ni. Ada sesiapa yang kenal pakcik ni tak?
“Tolong I carikan pakcik ni please I tak sampai hati tengok dia masih bekerja pada usia macam ni,” luahnya.
Bagaimanapun, Anzalna kemudian menerima nombor telefon individu tersebut untuk dihubungi, sekali gus mengucapkan terima kasih kepada seorang pengguna Threads yang membantu memberikan maklumat berkenaan.
Sebelum ini, seorang individu lain telah memuat naik satu video klip pendek melibatkan seorang warga emas berkenaan yang dilihat menghantar makanan di sebuah kawasan kejiranan.

Perkara itu dikongsikan menerusi aplikasi Threads.
“Tadi saya order shopee food. Pakcik ni yang hantar.
“Sumpah saya macam tersentak. Saya tanya kenapa buat kerja ni, dia cakap untuk barang-barang dapur je.
“Semoga pakcik sentiasa dlm lindungan Allah ye. Dekat sinilah nak suruh aku bersyukur dengan nikmat sihat. Nama pakcik ni Zakaria,” kongsinya.
Undang Simpati Warganet
Perkongsian tersebut nyata mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata bersimpati selain menitipkan komen yang baik-baik.
Malah, ada antara mereka yang turut mendoakan agar warga emas terbabit dipermudahkan segala urusan selain berharap ada pihak yang dapat membantu meringankan bebannya.


Berikut adalah komen netizen;
Anda mungkin berminat dengan
“Terima kasih sebab sudi bantu pakcik ni. Semoga Allah melipat gandakan rezeki Anzalna dunia akhirat. Aamin.
“Kalau ada duit lebih Ana contribute saham akhirat untuk pakcik ni belanja barang dapur tiap bulan, pesan dekat dia just spend masa dia untuk ibadah dan doakan Ana je tiap hari, suruh dia habiskan masa dekat masjid dengan kawan kawan dekat masjid atau surau. InsyaAllah rezeki akan melimpah ruah.
“Kadang lalu video macamni I sampai sedih berhari hari fikir nasib diorang. Sampai kemurungan kadang.
“Saya yang muda ni pun sakit kaki jalan naik turun tangga naik lift. Semoga pakcik ni dikelilingi orang baik.
“Ya Allah murahkanlah rezeki insan ni Aamin,” komen netizen.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

