Ads

‘Light Up Astro’ Raikan 30 Tahun Astro Bersama Lebih 40,000 Pengunjung

Bersempena sambutan Bulan Kemerdekaan dan ulang tahun ke-30, Astro mencetuskan sebuah malam yang penuh magis menerusi Light Up Astro, sebuah pengalaman hiburan imersif yang mengubah sekitar Bangunan Sultan Abdul Samad dan Dataran Merdeka menjadi pentas perayaan terbesar di tengah ibu kota yang turut dikuasakan oleh U-Mobile.

Dihadiri lebih 40,000 pengunjung, acara ini bukan sekadar sambutan Merdeka, tetapi juga simbol tiga dekad komitmen Astro dalam mengangkat penceritaan tempatan, menyatukan rakyat menerusi kandungan yang dekat di hati serta membentuk landskap hiburan Malaysia.

‘Light Up Astro’ Raikan 30 Tahun Astro Bersama Lebih 40,000 Pengunjung

Malam berprestij itu turut memberi penghormatan kepada wira dan ikon sukan negara yang telah mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia, termasuk Datuk Nicol David, Karamjit Singh, Farah Ann Abdul Hadi, Aniq Kasdan, serta trio sepak takraw kebangsaan Syahir Rosdi, Farhan Adam dan Azlan Alias.

‘Light Up Astro’ Raikan 30 Tahun Astro Bersama Lebih 40,000 Pengunjung ‘Light Up Astro’ Raikan 30 Tahun Astro Bersama Lebih 40,000 Pengunjung

Menambah kemuncak suasana, ruang langit Kuala Lumpur diterangi dengan pertunjukan drone spektakular, sementara visual berskala besar menghiasi Bangunan Sultan Abdul Samad, menampilkan perjalanan 30 tahun Astro dalam satu naratif yang penuh emosi dan kebanggaan.

‘Light Up Astro’ Raikan 30 Tahun Astro Bersama Lebih 40,000 Pengunjung ‘Light Up Astro’ Raikan 30 Tahun Astro Bersama Lebih 40,000 Pengunjung

Persembahan itu turut menampilkan karya-karya tempatan yang bakal mencuri perhatian rakyat Malaysia, termasuk Terbang dan Kudrat 1968, menggabungkan teknologi, seni visual dan kekuatan penceritaan tempatan dalam sebuah pengalaman yang memukau.

‘Light Up Astro’ Raikan 30 Tahun Astro Bersama Lebih 40,000 Pengunjung

Ads

Astro Terus Angkat Kisah Malaysia Sebagai Nadi Perjalanan

Menerusi temu bual bersama Astro Awani, Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, acara berkenaan dianjurkan sebagai tanda penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia yang menjadi sebahagian daripada perjalanan Astro sepanjang 30 tahun.

‘Light Up Astro’ Raikan 30 Tahun Astro Bersama Lebih 40,000 Pengunjung

Menurutnya, deretan karya tempatan yang diketengahkan Astro sepanjang tempoh tersebut menjadi antara nadi utama dalam perjalanan syarikat itu.

“Apa yang kami harapkan hari ini adalah untuk meraikan seluruh rakyat Malaysia yang sudah menjadi sebahagian daripada perjalanan kami.

“Kisah-kisah Malaysia yang kami paparkan ini adalah nadi dalam perjalanan Astro sepanjang 30 tahun.

Ads

“Kami akan teruskan komitmen untuk membawakan karya-karya yang baharu seperti Kudrat 1968 dan Terbang untuk lebih dekat dengan rakyat Malaysia,” katanya.

Persembahan Bintang Tempatan Lengkapi Pentas Light Up KL

Momentum diteruskan dengan kemunculan Noryn Aziz, yang memukau hadirin melalui medley istimewa lagu-lagu ikonik daripada filem terbitan Astro Shaw seperti Ombak Rindu, Keluang Man, Cinta Kristal dan Evolusi KL Drift, membawa penonton mengimbau pelbagai era penceritaan tempatan yang pernah mencipta fenomena.

‘Light Up Astro’ Raikan 30 Tahun Astro Bersama Lebih 40,000 Pengunjung

Turut mencuri perhatian ialah barisan pelakon filem Terbang iaitu Zizan Razak, Irfan Zaini, Jack Tan dan Qarina Karim, yang tampil menyantuni peminat serta berkongsi keterujaan menjelang tayangan filem tersebut.

‘Light Up Astro’ Raikan 30 Tahun Astro Bersama Lebih 40,000 Pengunjung ‘Light Up Astro’ Raikan 30 Tahun Astro Bersama Lebih 40,000 Pengunjung

Ads

Sorakan penonton semakin bergema dengan kemunculan pelakon-pelakon Kudrat 1968 termasuk Mierul Aiman, Zarif Ghazzi, Dai Fuad, Akmal Asyraf, Chech Harith dan Everett Gomez, sekali gus membawa aura siri yang dinanti-nantikan itu terus ke tengah-tengah khalayak.

Anda mungkin berminat dengan

‘Light Up Astro’ Raikan 30 Tahun Astro Bersama Lebih 40,000 Pengunjung

‘Light Up Astro’ Raikan 30 Tahun Astro Bersama Lebih 40,000 Pengunjung

Lebih istimewa, pentas Light Up Astro turut membuka pintu ke Universe Projek: High Council, apabila Sharul Kamal bersama barisan pancaragam menghidupkan malam dengan persembahan bertenaga menerusi lagu-lagu seperti Kudrat, Test Drive dan Manifestasi yang menjadi siulan peminat.

‘Light Up Astro’ Raikan 30 Tahun Astro Bersama Lebih 40,000 Pengunjung ‘Light Up Astro’ Raikan 30 Tahun Astro Bersama Lebih 40,000 Pengunjung

Sebagai penutup, persembahan penuh adrenalin itu menjadi simbol kepada semangat Astro yang terus berani melangkah ke hadapan. Bukan sekadar meraikan kemerdekaan negara, Light Up Astro membuktikan bahawa selepas 30 tahun, Astro masih menjadi rumah kepada kisah-kisah yang menyatukan, menginspirasikan dan mewarnai perjalanan rakyat Malaysia

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Imranul Effendy

Imranul Effendy Cerita Cabaran Penggambaran, Impian Buat ‘Stunt’ Tercapai – “‘Rigging’...

Pelakon dan penari, Imranul Effendy berkongsi pengalaman sepanjang menjalani penggambaran naskhah Nar’Sata yang kini sedang ditayangkan menerusi platform penstriman Netflix.