Ads

Sekeping Poskad Misteri ‘E’ Gugat Bahagia? Sekuel Filem TV Sambung Fenomena Cinta Fattah & Amira

Platform penstriman tempatan, UTV terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri hiburan digital menerusi tayangan Filem TV (FTV) terbaharu berjudul Poskad Cinta Dari Istanbul, yang mula ditayangkan pada 29 April 2026, jam 9 malam.

Naskhah ini sebagai kesinambungan kepada kejayaan Poskad Cinta Dari Auckland yang sebelum ini mencetuskan fenomena luar biasa dalam kalangan penonton, khususnya peminat pasangan popular Fattah Amin dan Amira Othman.

Presiden UTV merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Group, Adzliana Hasan berkata, kejayaan luar jangka karya terdahulu menjadi pemangkin utama kepada penerbitan sekuel ini.

“Sebab jumlah tontonan yang tinggi bagi Poskad Cinta Dari Auckland, ketika itu penonton belum pernah melihat Fattah dan Amira bergandingan, telah memberi impak besar.

“Tambahan pula, ia ditayangkan seminggu sebelum hari pernikahan mereka, membuatkan peminat sangat teruja dan menyokong karya tersebut.

“Melihat sambutan luar biasa itu, kami tampilkan Poskad Cinta Dari Istanbul sebagai kesinambungan. Kali ini, penonton dapat menyaksikan mereka sebagai pasangan suami isteri di layar, sesuatu yang dinantikan ramai,” katanya.

Menurut Adzliana lagi, sokongan peminat bukan sahaja mengangkat kejayaan karya ini, malah turut memperkukuhkan jenama UTV sebagai platform pilihan.

“Apa yang kami hasilkan bukan hanya untuk kami, tetapi juga untuk peminat mereka yang sangat supportive. Kami amat menghargai sokongan ini, dan secara tidak langsung mereka kini juga menjadi peminat setia UTV,” tambahnya.

Ads

Mengulas kemungkinan kesinambungan cerita, pihaknya tidak menolak potensi Poskad Cinta diteruskan ke lokasi baharu.

“Memang sudah ada perbincangan awal untuk karya seterusnya. Namun, ia bergantung kepada perkembangan jalan cerita.

0Jika semuanya berjalan lancar, mungkin kita boleh lihat kesinambungan ini sebelum hujung tahun dengan latar musim dan negara yang berbeza. Itu masih kejutan,” katanya lagi.

 

Ads
Sekeping Poskad Misteri ‘E’ Gugat Bahagia? Sekuel Filem TV Sambung Fenomena Cinta Fattah & Amira
 
Sekeping Poskad Misteri ‘E’ Gugat Bahagia? Sekuel Filem TV Sambung Fenomena Cinta Fattah & Amira
 
Sekeping Poskad Misteri ‘E’ Gugat Bahagia? Sekuel Filem TV Sambung Fenomena Cinta Fattah & Amira
 
Sekeping Poskad Misteri ‘E’ Gugat Bahagia? Sekuel Filem TV Sambung Fenomena Cinta Fattah & Amira
 
Sekeping Poskad Misteri ‘E’ Gugat Bahagia? Sekuel Filem TV Sambung Fenomena Cinta Fattah & Amira
 

Konflik Emosi & Ujian Kepercayaan di Istanbul

Poskad Cinta Dari Istanbul mengisahkan kehidupan pasangan baharu, Mira dan Din, yang diuji apabila Mira menerima sekeping poskad misteri dari Istanbul bertanda huruf “E”.

Perjalanan mereka ke Istanbul menemukan Mira dengan Effa, iaitu cinta pertama Din yang sedang berdepan ujian hidup. Pertemuan tersebut membuka kembali kisah silam, sekali gus menguji kepercayaan dan kesetiaan pasangan itu.

Pelakon utamanya, Fattah Amin yang membawakan watak Din menyifatkan naskhah ini sebagai lebih mencabar dari segi emosi.

“Kali ini watak Din lebih kompleks kerana perlu berdepan masa lalu dan dalam masa sama menjaga perkahwinannya. Ia memberi dimensi baharu dalam lakonan saya,” katanya.

Ads

Manakala Amira Othman yang memegang watak Mira turut mengakui kekuatan cerita ini terletak pada kejujuran emosi.

Anda mungkin berminat dengan

“Mira bukan sekadar isteri, tetapi seorang wanita yang berdepan dilema antara kepercayaan dan kebenaran. Penonton akan dapat rasa konflik itu dengan sangat dekat,” katanya.

Naskhah ini berdurasi 1 jam 52 minit dan mengetengahkan genre komedi romantik, serta ditawarkan pada harga RM9.50 di platform UTV.

Ia diterbitkan oleh Datuk Nana Hasan dan diarahkan oleh Izuan Mokhtar.

Barisan pelakon turut diperkuatkan dengan kehadiran Nora Danish sebagai Effa, Sherry Alhadad sebagai Anggun, Bell Ngasri sebagai Bell dan Ajai sebagai Mehmet.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Radin Sedia Galas Tanggungjawab Jadi Bapa Kepada 3 Orang Cahaya Mata,...

Selepas setahun menyulam cinta dan mengenali hati budi, pengacara dan penyampaian radio Radin bersyukur apabila impian untuk mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihan hatinya, Nur Amirah akhirnya menjadi kenyataan.
error: Hello. Cannot.