Ads

Lelaki Berdepan Hukuman Denda RM155,166 & Penjara, Didakwa Bocorkan Filem The Legend of Aang: The Last Airbender

Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.

Memetik laporan CNA, suspek didakwa mengakses sebuah pelayan media tanpa kebenaran sebelum memuat turun filem tersebut dan menyebarkan sebahagian kandungannya di platform media sosial.

Pihak polis dalam satu kenyataan memaklumkan, laporan berhubung penyebaran rakaman filem berkenaan diterima pada 16 April selepas klip-klip daripada naskhah yang masih belum ditayangkan itu mula tular di media sosial.

Hasil siasatan pantas, lelaki itu berjaya dikenal pasti dan ditahan dalam tempoh sehari selepas laporan dibuat.

Peranti Elektronik Dirampas

Ads

Beberapa peranti elektronik milik suspek turut dirampas termasuklah salinan filem berkenaan yang ditemui dalam simpanannya.

“Siasatan awal mendapati lelaki tersebut telah memperoleh akses jarak jauh tanpa kebenaran ke pelayan kandungan media dan memuat turun filem itu.

Ads

“Dia kemudiannya memuat naik sebahagian daripada filem tersebut ke dalam talian,” katanya seperti yang dipetik.

Ketika ini, lelaki berkenaan sedang disiasat atas kesalahan mengakses bahan komputer tanpa kebenaran yang boleh membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda maksimum S$50,000 (RM155,166) atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Ads

Memetik laporan Straits Times, insiden ini telah menarik perhatian ramai selepas filem yang dijadualkan ditayangkan di platform penstriman Paramount Plus pada Oktober depan, didakwa telah dibocorkan lebih awal oleh seorang individu yang berpangkalan di Singapura menggunakan akaun media sosial @ImStillDissin.

Anda mungkin berminat dengan

Dalam satu hantaran bertarikh 12 April di platform X, individu itu mendakwa syarikat produksi dari Amerika Syarikat, Nickelodeon, secara tidak sengaja menghantar keseluruhan filem tersebut kepadanya melalui e-mel.

Bagaimanapun, Paramount Studio mengesahkan kebocoran tersebut tidak berpunca daripada pihaknya.

Sumber & Kredit Foto: CNA & Straight Times

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Senang Saya Nak Tanya Khabar…,”- Hafidz Roshdi Gesa Shuhada Berikan Nombor...

Pelakon Hafidz Roshdi menggesa bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri untuk tidak menyekat komunikasi diantara dirinya dengan anak sulung Humairah.
error: Hello. Cannot.