Penyanyi dan usahawan, Sufian Suhaimi, berkongsi berita menggembirakan apabila isterinya, Rania Al Sadat, telah selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka pada 24 April.
Perkhabaran tersebut dimaklumkan Sufian menerusi hantaran terbaharu di platform media sosial miliknya.
Dalam perkongsian itu, penyanyi lagu Di Matamu itu meluahkan rasa syukur kerana impiannya untuk bergelar seorang bapa akhirnya tercapai.
“Alhamdulillah, sampai juga momen yang saya tunggu selama ini. Hari ini, dengan penuh rasa syukur, saya ingin berkongsi yang saya sudah pun bergelar seorang ayah.
Ads
“Sukar untuk saya gambarkan perasaan kali ini. Rasa sebak dan bahagia, semua bercampur menjadi satu,” katanya.
Ucapan Syukur & Penghargaan
Dalam hantaran yang sama, Sufian turut berkongsi momen indah selepas kelahiran anaknya di sebuah pusat perubatan di Selangor.
Ads
Pada masa yang sama, dia tidak ketinggalan merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang sentiasa memberi sokongan dan mendoakannya sepanjang perjalanan hidupnya.
“Terima kasih kepada anda semua yang sentiasa menyokong saya daripada kosong sehinggalah saya dapat bina sebuah keluarga yang saya impikan hari ini,” kongsinya lagi.
Sebagai rekod, Sufian dan Rania telah mendirikan rumah tangga pada 2 Mei 2025.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dianggap sebagai antara pelakon tempatan yang versatil, berkarisma serta memiliki aura hero yang kuat, tidak menghairankan apabila nama Beto Kusyairy sering menjadi pilihan sebagai idola dalam kalangan bakat baharu yang ingin menceburi dunia lakonan.
Mengulas perkara tersebut, Beto atau nama sebenarnya Nur Kusyairy Zakuan Osman berkata, dia berbesar hati sekiranya hasil kerjanya selama ini mampu menjadi inspirasi kepada pendatang baharu yang serius berkarya.
“Saya tiada sebarang masalah untuk bekerja dengan pelakon dan pelapis-pelapis baharu. Asalkan mereka serius dengan apa yang mereka mahukan.
“Jika menjadikan saya sebagai idola itu boleh menginspirasikan, menaikkan semangat atau menjadi insiatif untuk mereka memperbaiki mutu lakonan, alhamdulillah. Teruskanlah,” katanya.
Beto berkata demikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Gayong 2 di TGV One Utama, Petaling Jaya, pada Rabu.
Bagaimanapun, Beto tidak pernah meletakkan dirinya di satu tahap berbeza berbanding pelakon lain. Sebaliknya, fokus utamanya adalah untuk terus memperbaiki kualiti lakonan dalam setiap projek yang disertainya.
Dalam masa sama, Beto turut menyambut baik kehadiran pelakon baharu sebagai pelapis industri seni tanah air.
“Namun, saya tidak pernah meletakkan diri saya di situ (menjadi idola). Bukan hak saya juga nak meletakkan diri sendiri sebagai idola kepada orang lain.
“Mereka yang melihat saya sebegitu. Apapun, saya akan tetap menunjukkan sokongan kepada pelapis-pelapis baharu yang punyai potensi.
“Siapa lagi yang nak jadi pengganti kalau bukan mereka,” ujarnya lagi
Dalam perkembangan lain, Beto turut mengulas mengenai hantaran di Threads oleh pelakon Norreen Iman yang menyatakan hasrat untuk berlakon bersamanya.
Menurut Norreen, dia tidak kisah walaupun hanya diberikan watak kecil, asalkan impiannya untuk berkongsi layar dengan Beto menjadi kenyataan.
Menjawab perkara itu, Beto berkata dia terbuka untuk bergandingan bersama Norreen sekiranya terdapat naskhah yang menarik daripada pihak pengarah.
“Kalau ada skrip yang menarik, saya tiada masalah. Lagipun saya sudah lama tak terlibat dalam projek romantik komedi,” ujarnya.
Terdahulu, filem Gayong 2 arahan Faisal Ishak bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 9 April ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan komposer, Aina Abdul, pernah membuat keputusan untuk berehat daripada bertanding di Anugerah Juara Lagu (AJL).
Namun, dia kini mengakui langkah tersebut disiafatkan sebagai satu tindakan yang mementingkan diri sendiri.
Menurut Aina, keputusan tersebut tidak sepatutnya dibuat kerana masih ramai yang percaya terhadap bakat serta karya seninya.
“Sebelum ini, mungkin saya pernah bercakap yang saya ingin berehat seketika daripada bertanding di AJL. Namun, bila difikirkan semula, itu adalah pemikiran yang sangat mementingkan diri sendiri.
“Kenapalah saya terfikir untuk berhenti? Siapa saya nak buat keputusan seperti itu? Saya masih ada perjalanan yang jauh untuk ditempuhi.
“Ada banyak lagi lagu yang akan dilancarkan. Banyak lagi perkara yang harus saya buktikan kepada diri sendiri. Saya bukan kena buktikan kepada netizen. Ada banyak lagi hal-hal di dalam diri yang perlu saya usahakan,” katanya kepada MH.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di separuh akhir Anugerah Juara Lagu ke-40, baru-baru ini.
Bakal kembali beraksi di pentas berprestij itu buat kali ketujuh, Aina menegaskan matlamatnya bukan semata-mata untuk mengejar kemenangan, sebaliknya lebih kepada kepuasan dalam berkarya.
“Alhamdulillah, ini bakal menjadi tahun ketujuh saya bertanding di AJL. Ada kalanya, kita bukan sentiasa mengejar kemenangan. Jika anda tanya saya secara peribadi, saya hanya ingin mahu mencari kepuasan berkarya.
“Saya seorang anak seni yang sentiasa menghidupkan segala rasa yang muncul di hati saya. Saya tak nak rasa itu mati.
“Saya tak nak semangat menjadi anak seni, keluarkan lagu atau nak pakai baju yang bagaimana itu pudar. Ini adalah perasaan yang perlu kita hargai.
“Kalau rasa itu datang, kita kena layan perasaan itu. Sebab itu saya masih lagu mahu lakukan perkara ini lagi,” kongsinya lagi.
Dalam masa sama, Aina meluahkan rasa syukur apabila lagu Kamu berjaya mara ke pentas akhir AJL40, meskipun persembahannya di peringkat separuh akhir berdepan beberapa masalah teknikal.
“Alhamdulillah, ini rezeki Allah, ibu dan semua pihak yang sentiasa menolak saya untuk tidak berputus asa.
“Walaupun saya selalu dapat peluang bertanding di AJL, namun cabarannya akan sentiasa datang dari tempat yang lain.
“Pada saya, jika kita selalu bertanding di AJL, ia tidak menjanjikan apa-apa. Saya sandiri menjadi blueprint kepada perkara ini.
“Saya juga pernah mencuba banyak kali. Walaupun sudah berdepan dengan pelbagai cabaran, saya tetap merasakan AJL merupakan pentas yang penting untuk anak seni,” ujarnya lagi.
Ditanya mengenai perancangan persembahan untuk pentas akhir nanti, Aina memaklumkan beliau masih belum mempunyai idea yang jelas dan memerlukan masa untuk mencari inspirasi.
“Saya belum ada bayangan persembahan lagi. Idea tidak akan datang semudah-mudahnya. Mungkin saya perlu pergi mengembara atau ‘bertapa di hutan’ untuk dapatkan idea.
“Apapun, saya sangat gembira apabila orang memberikan penghargaan kepada lagu Kamu. Ini adalah antara karya yang saya banggakan di dalam album Imagi,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Ozlynn Waty tampil memberikan penjelasan mengenai identiti wanita yang sering dilihat bersama anaknya, Ariq, selepas perkara itu hangat diperkatakan susulan beberapa hantaran tular di media sosial.
Menurut Ozlynn, wanita berkenaan yang dikenali sebagai Giya, rakan kepada Ariq dan mereka mula berkenalan ketika melanjutkan pelajaran di Dublin, Ireland.
“Anak saya tak pernah berkongsi tentang keakraban mereka di media sosial. Yang berkongsi ialah pihak perempuan. Kami menyambut Giya dengan baik. Malah, dia juga baru sahaja memeluk Islam sebelum Ramadan lalu.
“Jadi, kami menyantuni Giya dan bawa dia merasai pengalaman berpuasa dengan keluarga kami. Dia juga ikut beraya dan bercuti bersama kami, baru-baru ini.
“Selepas itu, barulah kami menghantarnya pulang. Dia adalah gadis asal Filipina tapi dibesarkan di Dublin,” katanya kepada MH.
Ozlynn berkata demikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Libang Libu, baru-baru ini.
Ozlynn turut menjelaskan dia melihat Giya sebagai seorang gadis yang baik, malah keluarganya kini banyak membantu memberi tunjuk ajar berkaitan agama kepada wanita tersebut.
“Dia seorang yang sangat baik. Kini, kami sedang di dalam proses untuk mengajarnya mengenai batas-batas masyarakat kita.
“Saya selalu tekankan kepada dia bahawa keputusan untuk memeluk Islam bukan kerana sebab-sebab lain tapi kerana dirinya sendiri.
“Katanya, sebelum ini, dia sudah pernah membaca Al-Quran. Rakan-rakan dan lingkungannya juga ramai yang sudah memeluk Islam.
“Dia mahu kembali kepada fitrah. Itu adalah kehendaknya sendiri. Bukan kerana dia berkawan dengan anak saya. Ariq juga boleh berkongsi tentang terjemahan Al-Quran. Kalau ada kekeliruan, dia juga akan menghubungi Johan,” ujarnya.
Dalam pada itu, Ozlynn menegaskan hubungan antara Ariq dan Giya masih di peringkat awal dan belum ada perancangan ke arah yang lebih serius.
“Untuk ke arah yang lebih serius, rasanya belum lagi. Mereka masih lagi menikmati fasa berkawan. Sebagai ibu, saya tak pernah menilai dengan siapa anak saya ingin berjodoh.
“Yang akan menentukan masa hadapan dan legasi hidup adalah mereka sendiri. Buat masa ini, kami belum memberikan apa-apa kata putus.
“Berkawan sahajalah dahulu. Giya pun kata, dia selesa berkawan dengan Ariq,” kongsinya lagi.
Dalam masa sama, Ozlynn turut menasihati Ariq agar sentiasa menjaga batas serta nama baik keluarga, memandangkan mereka adalah anak kepada selebriti.
“Saya selalu berpesan kepada Ariq untuk menjaga diri dan batas. Dia adalah anak selebriti. Orang pasti nak cari salah.
“Kami sudah berikan didikan agama yang baik. Pandai-pandailah bawa haluan hidup. Alhamdulillah, Ariq adalah anak yang mendengar kata.
“Saya sebenarnya tak nak kisah mereka jadi perhatian. Yang artis adalah ibu bapa mereka. Saya nasihatkan Ariq, kesianlah dekat bapa mereka. Apa-apa yang berlaku, orang akan bercakap tentang bapa dahulu,” akhirinya.
Terdahulu, hubungan rapat antara Giya dan Ariq mula mencuri perhatian apabila kedua-duanya dilihat terbuka berkongsi video bersama di media sosial.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.