Ads

“Dia Sentiasa Bersangka Baik…,” – Vida Anggap Azar Azmi Lurus Bendul, Puji Kesungguhan Mahu Bangkit Dalam Hidup

Setelah beberapa hari berkerja bersama, usahawan sensasi, Datuk Seri Vida menyifatkan pelakon, Azar Azmi sebagai seorang yang naif dan sentiasa bersangka baik dengan orang lain.

Menurut Vida, disebabkan hal itu, dia mungkin mudah percaya kepada orang lain seterusnya mendorongnya untuk membuat keputusan yang salah.

Bagaimanapun, Vida anggap setiap ujian yang berlaku di dalam hidup Azar pasti punyai hikmah yang tersendiri dan perkara itu dapat dilihat menerusi rezeki yang diperolehnya saat ini.

“Dia Sentiasa Bersangka Baik…,” – Vida Anggap Azar Azmi Lurus Bendul, Puji Kesungguhan Mahu Bangkit Dalam Hidup

“Bila beberapa hari duduk bersama Azar, barulah saya tahu mengapa ketika ini, dia sentiasa dimurahkan rezeki lebih-lebih lagi selepas keluar daripada lokap. Dia sebenarnya seorang yang lurus bendul.

“Dia ikut sahaja dan sentiasa berperasangka baik. Tak pernah berfikir buruk tentang orang lain. Saya ada bertanya kepada dia, kenapa perempuan secantik awak sanggup berkahwin dengan duda anak tujuh?

“Katanya, itulah diri dia. Dia tak pernah merasakan dirinya lebih baik daripada orang lain. Kalau terjadi kepada kita, kita akan berfikir panjang kerana takut jika tersalah orang,” katanya kepada MH.

Ads

Vida berkata sedemikian ketika ditemui di konsert minggu pertama Talk To My Manager musim ke-2 (TTMM2), baru-baru ini.

“Dia Sentiasa Bersangka Baik…,” – Vida Anggap Azar Azmi Lurus Bendul, Puji Kesungguhan Mahu Bangkit Dalam Hidup

Puji Kesungguhan Azar

Dalam masa sama, ibu bepada pempengaruh, Cik B ini turut memuji keperibadian Azar yang tidak pernah mengalah di dalam hidup meskipun ditimpa pelbagai ujian.

“Dia Sentiasa Bersangka Baik…,” – Vida Anggap Azar Azmi Lurus Bendul, Puji Kesungguhan Mahu Bangkit Dalam Hidup

Ads

“Dia seorang yang menyerahkan segalanya kepada takdir. Mungkin pilihan yang salah pada ketika itu menjadikan takdir yang baik buat dirinya saat ini.

“Bila saya nampak Azar ada anak yang hyper active, saya tahu dia seorang yang istimewa dan penyabar.

“Dia sanggup tinggal di surau bersama dua orang anaknya untuk buat nasi lemak. Itu menunjukkan dia seorang yang rajin berusaha dan tidak pernah menyerah kalah,” kongsinya lagi.

Ads

Disebabkan kesungguhan itu juga, Vida juga berbesar hati untuk menghadiahi Azar sebuah telefon bimbit baharu, Iphone 17 Pro Max bagi mudahkan dirinya berniaga dan bergiat aktif di media sosial.

Anda mungkin berminat dengan

“Dia Sentiasa Bersangka Baik…,” – Vida Anggap Azar Azmi Lurus Bendul, Puji Kesungguhan Mahu Bangkit Dalam Hidup

“Setelah empat hari bersama Azar, saya sangat optimis yang dia miliki bakat berniaga yang bagus. Sebab itu juga saya bawa dia untuk membeli telefon bimbit baharu.

“Dengan itu, dia dapat memulakan kerja yang baharu jika dia tidak dapat menjadi pelakon lagi. Nak jadi pelakon, bukannya kita dibayar terus.

“Jadi, biarlah dia sentiasa buat live dan konten di media sosial. Bila dia punyai ramai pengikut, lebih mudah dia nak berniaga. Ramai akan sokong dia nanti,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Saya Bukan Mengejar Kemenangan…,” – Aina Abdul Akui Silap, Keputusan Nak...

Penyanyi dan komposer, Aina Abdul, pernah membuat keputusan untuk berehat daripada bertanding di Anugerah Juara Lagu (AJL).
error: Hello. Cannot.