Pelakon Zahirah Macwilson meluahkan rasa syukur dan gembira melihat penampilan terbaharu ibunya, Maslinda Yusoff yang kini sopan berhijab.
Menurut Zahirah, ibunya telah menyatakan hasrat untuk berhijab sepenuhnya sejak beberapa bulan lalu, selain bakal menunaikan ibadah haji dalam masa terdekat.
“Saya juga tumpang bahagia buat ibu saya. Sejak beberapa bulan lalu, dia ada bagitahu saya, dia memang berniat nak pakai tudung. Ibu juga bakal pergi menunaikan haji.
“Ketika ini, dia nampak sangat gembira. Sebagai anak, sudah tentu saya menyokong keputusan dia. Ini adalah perkara baik,” katanya kepada MH.
Zahirah, yang juga isteri kepada Aiman Hakim Redza, berkata demikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana siri terbaharu, Good Boys Go To Heaven yang berlangsung di TGV Cinema KLCC pada Rabu.
Ads
Dalam masa sama, Zahirah turut berkongsi bahawa ibunya akan berangkat ke Tanah Suci pada Mei ini.
Walaupun risau kerana kerana perlu berjauhan, Zahirah bagaimanapun reda dan yakin ibunya akan sentiasa dilindungi sepanjang mengenakan ibadah haji nanti.
“Sudah semestinya kita ada kebimbangan tapi Allah lebih mengetahui perkara yang lebih baik. Allah pasti akan melindungi dan memberikan petunjuk kepada ibu.
Ads
“Apa sahaja yang berlaku, Allah akan ada bersamanya,” kongsinya lagi.
Simpan Hasrat Ikut Jejak Langkah Ibu
Dalam pada itu, Zahirah tidak menolak kemungkinan untuk mengikut jejak langkah ibunya dengan berhijab sepenuhnya suatu hari nanti.
Ads
“InshaAllah saya juga menyimpan hasrat untuk ke arah itu juga satu hari nanti. Bila ibu sudah bersedia ke arah itu sekarang, saya sangat bersyukur,” katanya lagi.
Syarikat pengurusan Stars Powerhouse Entertainment, tampil menafikan dakwaan yang mengaitkan pelakon di bawah naungan mereka, Alya Iman, sebagai punca perceraian pasangan selebriti baru-baru ini.
Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di media sosial, wakil syarikat berkenaan menyifatkan tuduhan tersebut sebagai fitnah yang boleh mencalarkan imej serta reputasi artis mereka.
“Stars Powerhouse Entertainment memandang serius penyebaran kenyataan palsu yang mengaitkan artis kami, Alya Iman, dengan isu perceraian pasangan artis yang tular baru-baru ini.
“Tuduhan ini adalah tidak benar, berunsur fitnah, dan menjejaskan reputasi,” tulis pada paparan yang tertera.
Dalam masa sama, pihak Stars Powerhouse Entertainment turut meminta kepada mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab agar menghentikan penyebaran tuduhan tidak berasas tersebut.
Mereka turut menegaskan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas sekiranya perkara itu berterusan selepas ini.
“Kami tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terlibat.
“Hentikan penyebaran serta-merta dan turunkan semua kandungan berkaitan di semua platform,” kongsinya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Stars Powerhouse Entertainment
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi veteran, Jamilul Hayat, menitipkan pesanan kepada anaknya, Hussain agar sentiasa menjadi contoh teladan yang baik selepas membuat keputusan untuk menceburi bidang seni secara serius.
Menurut Jamilul, menjadi artis bukan sekadar bergantung kepada bakat semata-mata, sebaliknya perlu menjaga keperibadian serta memiliki imej yang bersih.
“Bila dapat tawaran untuk menyertai program Talk To My Manager 2 (TTMM2), saya bagitahu Hussain yang kita kena bertanding dengan serius. Hussain kena jaga akhlak dan disiplin. Inilah perkara yang paling utama.
“Kena merendah diri dan sentiasa buat bersungguh-sungguh. Bukan senang nak menjadi seorang figura awam. Kita kena beri contoh dan teladan yang baik,” katanya kepada MH.
Jamilul dan Hussain ditemui ketika menjadi tetamu undangan di program MeleTOP di Bukit Jalil pada Selasa.
Tambah Jamilul lagi, yang juga adik kepada penyanyi legenda Datuk Jamal Abdillah, Hussain perlu berusaha menjadi penyanyi yang versatil serta memiliki keunikan tersendiri sekiranya mahu melangkah jauh dalam industri seni.
“Saya beri penekanan kepada Hussain untuk menjadi penyanyi yang versatile dan ada kepelbagaian. Itulah harapan saya.
“Jika kita lihat pada bakat-bakat yang ada di dalam industri seni ini, jika tiada aspek-aspek yang saya katakan tadi, tak payah masuk pertandingan pun tak mengapa.
“Industri muzik ini boleh menjamin masa hadapan jika kita buat dengan betul,” ujarnya lagi.
Mengulas mengenai persiapan menjelang konsert pertama TTMM2 Ahad ini, Hussain mengakui dirinya pada awalnya berasa gementar.
“Pada awalnya, saya memang agak gementar. Selepas sudah biasakan diri, saya rasa lebih baik. Kini saya rasa lebih yakin. Bekerja dengan Abah sangat mudah.
“Bila saya bercakap tentang sesuatu lagu, dia akan teliti dahulu makna lagu dan cara penyampaian. Kemudian, barulah dia bagi input kepada saya.
“Bercakap soal persaingan, saya rasa segalanya masih awal lagi. Program pun belum mula. Mungkin pada konsert pertama nanti, kita akan boleh nampak,” katanya.
Dalam pada itu, Jamilul turut meluahkan rasa teruja melihat sambutan luar biasa daripada peminat ketika namanya diumumkan sebagai salah seorang pengurus di sidang media TTMM2 baru-baru ini.
“Saya pun terkejut melihat respon daripada peminat. Saya sudah meninggalkan industri ini hampir 20 tahun. Saya tak sangka peminat setia masih lagi mengingati dan menerima saya.
“Apapun, saya sangat bersyukur dan ingin berterima kasih dengan segala respon yang mereka berikan,” kongsinya.
Ditanya mengenai kebimbangannya jika Hussain tersilap langkah dalam dunia seni, Jamilul mengakui perasaan tersebut tetap ada, namun percaya anaknya mampu mengharungi cabaran dengan baik.
“Perasaan bimbang itu sudah tentu ada. Namun, kita tetap harus berjalan. Pada saya, industri seni ini merupakan satu pengembaraan dan ada cabaran-cabarannya.
“Hussain kena banyak bercakap dengan diri sendiri. Betul atau tidak segala tindak tanduk kita? Setakat ini, Hussain sangat mendengar kata dan boleh mengikuti segala nasihat yang kita berikan,” akhirinya.
Saingan TTMM2 bakal bersiaran bermula Ahad ini di saluran Astro Ria serta boleh distrim menerusi Astro One atau platform sooka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sorakan bergema, skrin besar menyala terang, dan setiap mata terpaku pada detik-detik mendebarkan menerusi aksi atas padang!
Peluang meloloskan jaringan membuatkan penonton bangun dari tempat duduk, manakala setiap jaringan yang berjaya diraikan seolah-olah mereka berada di stadium sendiri.
Itulah suasana yang dibawakan menerusi acara Astro BizOne Watch Party yang berlangsung serentak di tiga lokasi tumpuan iaitu COE Foodcourt, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Out of Africa, Petaling Jaya dan Restoran Habib, Johor Bahru, Ahad lalu.
Astro BizOne Watch Party bukan sekadar tempat menonton bola sepak, sebaliknya satu pengalaman kolektif yang menjadikan setiap detik perlawanan terasa lebih hidup dan mengujakan.
Selain menawarkan pengalaman tontonan yang lebih meriah dan interaktif, inisiatif ini turut memberi impak positif kepada sektor perniagaan melalui peningkatan kehadiran pelanggan serta merancakkan ekonomi setempat.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Smith, menerusi pakej Astro BizOne Rewards, pelanggan dalam segmen perniagaan berpeluang memanfaatkan pelbagai bentuk sokongan yang dirangka khusus untuk memperkukuh pertumbuhan operasi mereka.
“Inisiatif ini mencerminkan keupayaan Astro untuk mengintegrasikan kandungan, komuniti dan perniagaan melalui pendekatan yang menyeluruh dan berkesan.
“Dengan memanfaatkan kandungan sukan secara langsung bertaraf premium, kerjasama strategik jangka panjang bersama rakan seperti UNITEN dan TNB, serta penyelesaian perniagaan melalui Astro BizOne Rewards, Astro berjaya menyampaikan pengalaman yang meningkatkan penglibatan khalayak di samping menjana impak perniagaan yang ketara.
“Selain memperkukuhkan hubungan strategik dan mempromosikan kepentingan sukan, inisiatif ini turut menyumbang kepada peningkatan kehadiran pengunjung, di samping jualan makanan dan minuman yang lebih tinggi serta sokongan berterusan kepada perniagaan tempatan.
”Sambutan yang positif mencerminkan keberkesanan ekosistem bersepadu Astro, merangkumi kandungan, platform dan kerjasama dalam mewujudkan nilai bersama untuk rakan kongsi, komuniti dan perniagaan.”
Euan turut meluahkan keterujaannya apabila berpeluang turun padang menyertai acara Astro BizOne Watch Party di COE Foodcourt, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Ahad lalu.
“Pendekatan ini adalah untuk mengukuhkan hubungan, meningkatkan penglibatan serta menghargai rakan strategik kami seperti UNITEN dan TNB yang telah lama bekerjasama dengan Astro.
“Pada masa sama, ia juga membuka ruang untuk kami mempromosikan kandungan dan produk Astro secara lebih dekat kepada pengguna,” katanya lagi.
Tumpuan utama acara sudah tentu terarah kepada aksi di Stadium Etihad apabila Manchester City menerima kunjungan Arsenal dalam perlawanan yang dianggap antara ‘penentu’ perebutan kejuaraan Premier League musim ini.
Manchester City sekali lagi membuktikan status mereka sebagai juara 10 kali Liga Perdana apabila mengawal permainan dengan matang.
Berdepan Arsenal yang berdisiplin dan tersusun, skuad kendalian Pep Guardiola berjaya menyerap tekanan sebelum mencatat kemenangan 2-1.
Jaringan daripada Erling Haaland dan Rayan Cherki meletakkan The Citizens hanya tiga mata di belakang Arsenal dengan kelebihan satu perlawanan.
Sementara itu di Merseyside, Liverpool menarik nafas lega apabila gol saat akhir daripada kapten, Virgil van Dijk memastikan kemenangan 2-1 ke atas Everton, sekali gus membolehkan mereka terus mengekori rapat kelompok teratas liga.
Dalam masa yang sama, Astro BizOne Watch Party bukan sekadar menyajikan aksi di skrin besar, malah berperanan sebagai platform menyatukan komuniti.
Peminat daripada pelbagai latar belakang berkumpul, berkongsi minat yang sama dan menghayati setiap detik perlawanan bersama.
Sorakan beramai-ramai bukan sahaja mencetuskan adrenalin, tetapi turut membuka ruang kepada pengunjung untuk berkenalan dengan rakan baharu, sekali gus mengeratkan hubungan sosial dalam kalangan peminat sukan.
Lebih menarik, semangat kesukanan jelas terpancar apabila penyokong pasukan berbeza mampu duduk bersama dalam suasana harmoni walaupun wujud persaingan sihat sepanjang perlawanan.
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai pengalaman menonton perlawanan epik Liga Perdana pada masa akan datang bersama Astro BizOne Rewards Watch Party!
Astro dijangka bakal terus mencetuskan keterujaan untuk penganjuran Watch Party Watch Party kelebihbanyaklokasi dalamusahamemperkukuhekosistemperniagaanserta memperkayakanpengalamanpelanggan di seluruh negara.
Nak tahu lebih lanjut tentang kempen Astro BizOne Rewards? Layari laman sesawang rasmi di biz.astro.com.my untuk info penuh!
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Amira Othman berkongsi khabar gembira apabila mengesahkan dirinya kini sedang hamil anak sulung hasil perkahwinannya bersama aktor, Fattah Amin.
Menurut Amira, 33,...