Ads

“Naik Kereta Terus Laju Air Mata,” – Izreen Azminda Tak Dapat Tahan Sebak, Yang Baik Hanya Dari Allah SWT

Pelakon Izreen Azminda mengakui tidak mampu menahan sebak ketika bersemuka dengan bekas isteri suaminya, Intan Saleh, selepas kedua-dua mereka sepakat untuk berdamai sekali gus menamatkan konflik yang berpanjangan.

Menurut Izreen, dia sebenarnya cuba menahan air mata kerana terlalu tersentuh dengan keputusan Intan yang sama-sama memilih untuk melupakan segala sengketa demi kebaikan keluarga serta anak-anak.

“Naik Kereta Terus Laju Air Mata,” – Izreen Azminda Tak Dapat Tahan Sebak, Yang Baik Hanya Dari Allah SWT

“Sebak sangat masa ini tapi kutahan-tahan sahaja. Naik kereta terus laju air mata. Sebak itu rasa sampai sekarang. Terima kasih Intan.

“Terima kasih sudi memaafkan dan memilih untuk berdamai demi anak-anak kita bersama,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan Izreen menerusi satu hantaran di Instagram Stories.

Ads

Harapan Andai Masa Dapat Diputar

Izreen turut berkongsi, jika masa boleh diundurkan, dia pasti akan memilih jalan yang lebih baik bagi mengelakkan segala kemelut yang pernah berlaku.

“Naik Kereta Terus Laju Air Mata,” – Izreen Azminda Tak Dapat Tahan Sebak, Yang Baik Hanya Dari Allah SWT

“Sekali lagi saya minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Jika sesuatu itu dapat diputarkan kembali, tidak mungkin jalan ini yang dipilih.

“Kalau kesembuhan itu dapat dibeli segala usaha dan cara akan digalas untuk merawat luka itu tapi Allah lebih mengetahui apa yg terbaik untuk setiap hambaNya,” kongsinya lagi.

Ads

Percaya Ada Hikmah, Mohon Doa Semua

Dalam masa sama, Izreen percaya setiap yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri dan dia bersyukur atas kebaikan yang ditunjukkan Intan.

“Yang baik hanya dari Allah, yang tidak baik adalah dari saya sendiri. Terima kasih sekali lagi buat mu Intan.

“Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala kebaikkan. Buat awak-awak semua. Doakan kami semua ya. Sayang semua,” ujarnya.

Ads

Untuk rekod, sebelum ini Izreen pernah mengambil tindakan mahkamah terhadap Intan kerana mendakwa wanita itu melakukan provokasi secara sengaja terhadap dirinya.

Anda mungkin berminat dengan

Ude Wahid pernah mendirikan rumah tangga dengan Intan pada 1 Mac 2013 sebelum bercerai pada 22 Mac 2018. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arish Muqri dan Ariq Muqri.

Izreen dan Ude pula berkahwin pada 8 Ogos 2017 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata. Sementara itu, Intan telah selamat mendirikan rumah tangga dengan Mohd Aizam Yahya pada 20 Disember 2021.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Sumber & Kredit Foto: Instagram Izreen Azminda

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Nubhan Fail Kes Komital Terhadap Dr Fie, Mahkamah Tetap Tarikh Baharu…Sedia...

Prosiding pelanggaran perintah mahkamah membabitkan penyanyi Nubhan Ahmad terhadap bekas isterinya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfeq akan disambung pada 10 Ogos depan. Peguam syarie yang...
error: Hello. Cannot.