Ads

“Saya Tak Tahu, Mereka Pun Tak Ajak,” – Fadlan Hazim Ulas Ketiadaan Dalam ‘Reunion VIP’, Akui lHubungan Masih Baik Dengan Bekas Ahli

fadlan
fadlan

Pelakon Fadlan Hazim tampil menjelaskan mengenai ketiadaan dirinya ketika kumpulan boy band, VIP membuat kemunculan semula menerusi Konsert Tukang Gempak Adam, baru-baru ini.

Dakwa Fadlan, dia sebenarnya tidak mengetahui langsung mengenai perancangan reunion kumpulan tersebut dan mendakwa tidak menerima sebarang jemputan untuk turut serta membuat persembahan.

“Saya Tak Tahu, Mereka Pun Tak Ajak,” – Fadlan Hazim Ulas Ketiadaan Dalam ‘Reunion VIP’, Akui lHubungan Masih Baik Dengan Bekas Ahli

“Saya tak tahu dan mereka pun tak ajak. Kami sebenarnya masih lagi berhubung cuma kali ini, saya tidak dipelawa.

“Saya tidak terasa kerana perjalanan bersama kumpulan VIP memang sudah berakhir sejak 2012. Bila lihat mereka kembali membuat persembahan, saya jadi kagum melihat Adam.

“Dia adalah sifu saya. My brother is back. Dia sudah semakin kurus dan saya gembira melihat perubahan itu,” katanya kepada MH.

Fadlan berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Nar’sata: Sekutu Setan yang berlangsung di TGV Sunway Pyramid pada Selasa.

Baca Artikel Lain; https://www.mediahiburan.my/ada-yang-melebih-lebih-ni-saya-ambil-tindakan-nanti-fadlan-hazim/

Ads

https://www.mediahiburan.my/video-part-last-tu-epik-netizen-terhibur-tonton-video-fadlan-hazim-zul-ariffin-menari/

Terimbau Kenangan

Dalam masa sama, Fadlan mengakui dia tumpang gembira melihat kumpulan tersebut kembali bersatu di atas pentas, sekali gus mengimbau kembali memori ketika mereka aktif mengadakan konsert jelajah di seluruh negara suatu ketika dahulu.

“Saya Tak Tahu, Mereka Pun Tak Ajak,” – Fadlan Hazim Ulas Ketiadaan Dalam ‘Reunion VIP’, Akui lHubungan Masih Baik Dengan Bekas Ahli

“Bila lihat kumpulan VIP buat kemunculan semula, saya jadi terimbau dengan memori-memori lama. Dahulu kami selalu buat persembahan jelajah di seluruh negara.

“Sepanjang tempoh tersebut, pelbagai kenangan yang telah kami lalui. Ada yang kelakar, susah dan bermacam-macam perangai.

Ads

“Namun, jodoh kami pun tidak panjang kerana masing-masing ada ego sendiri. Itu memang lumrah yang biasa berlaku di dalam boyband. Pada saya itu semua cerita lama,” ujarnya lagi.

Masih Rindu Dunia Nyanyian

Sementara itu, Fadlan memaklumkan dia terbuka sekiranya bekas anggota kumpulannya mahu mengundangnya membuat persembahan bersama pada masa akan datang.

“Saya Tak Tahu, Mereka Pun Tak Ajak,” – Fadlan Hazim Ulas Ketiadaan Dalam ‘Reunion VIP’, Akui lHubungan Masih Baik Dengan Bekas Ahli

“Mungkin saya akan pertimbangkan. Perasaan rindu itu masih ada. Namun kata orang, rindu boleh, kembali jangan,” katanya lagi.

Pada masa sama, Fadlan turut menegaskan dirinya tidak pernah meninggalkan minat dalam dunia nyanyian dan masih aktif membuat persembahan, terutama di majlis-majlis perkahwinan rakan terdekat.

Ads

“Saya Tak Tahu, Mereka Pun Tak Ajak,” – Fadlan Hazim Ulas Ketiadaan Dalam ‘Reunion VIP’, Akui lHubungan Masih Baik Dengan Bekas Ahli

Anda mungkin berminat dengan

“Saya hari-hari masih menyanyi. Kalau berlakon, ia hanya berlaku di set penggambaran sahaja. Saya banyak menyanyi di rumah dan majlis perkahwinan kawan-kawan,” katanya.

Terdahulu, kumpulan VIP tampil membuat kemunculan istimewa di Konsert Tukang Gempak Adam dengan mempersembahkan lagu hit mereka berjudul Lagu Sedih.

Bagaimanapun, persembahan tersebut mengundang tanda tanya dalam kalangan peminat susulan ketiadaan anggota asal kumpulan itu iaitu Fadlan.

Untuk rekod, kumpulan VIP yang dianggotai lima ahli ditubuhkan pada awal tahun 2011.

Namun pada 2012, Fadlan mengumumkan pengundurannya daripada kumpulan tersebut kerana dikhabarkan tidak mempunyai keserasian bersama ahli lain.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

aliff

“Muka Saya Paling Banyak Diguna Untuk Scam!” – Aliff Syukri Bimbang...

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan kebimbangan apabila wajah dan identitinya didakwa menjadi antara yang paling kerap disalahgunakan oleh sindiket penipuan di media...
error: Hello. Cannot.