Ads

Hadiah Ulang Tahun Pertama… Zul Ariffin & Siti Khadijah Belum Pernah Dipertemukan Sebagai Hero-Heroin, Julung Kali Disatukan Dalam ‘Takdirnya Cinta’

Sempena meraikan ulang tahun pertama platform penstriman digital eksklusif (OTT), UTV, sebuah lagi karya istimewa dilancarkan, iaitu telefilem terbaharu berjudul Takdirnya Cinta yang menemukan dua bintang popular, Zul Ariffin dan Siti Khadijah buat julung kali dalam satu naskhah.

Selepas setahun mewarnai landskap kandungan digital tempatan dengan pelbagai karya original, Takdirnya Cinta menjadi antara taruhan istimewa UTV dengan membawa penonton menyusuri sebuah kisah percintaan matang yang berlatarbelakangkan keindahan kota Istanbul, Turkiye.

Lebih menarik, telefilem ini merealisasikan gandingan yang sudah lama dinantikan apabila Zul dan Siti Khadijah, dua nama yang cukup sinonim dengan drama serta filem tempatan, akhirnya dipertemukan buat pertama kali di layar.

Presiden UTV merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Group, Datuk Adzliana Hasan berkata, pihaknya sememangnya sudah lama berhasrat membawa Zul menerusi karya terbitan UTV dan melihat Takdirnya Cinta sebagai naskhah tepat untuk menemukan aktor berkenaan dengan Siti Khadijah.

“Sejak awal, kami memang mahu Zul menjadi sebahagian daripada karya UTV. Apabila melihat kepada Takdirnya Cinta, kami merasakan ini peluang terbaik untuk menggandingkan Zul dengan Siti Khadijah kerana sepanjang pengetahuan kami, mereka belum pernah dipertemukan sebagai pasangan utama dalam satu naskhah.

“Selepas melihat mereka bersama, saya dapat rasakan chemistry yang sangat menarik. Kedua-duanya mempunyai kekuatan tersendiri tetapi apabila disatukan, mereka saling melengkapi dan memberikan sesuatu yang segar kepada Takdirnya Cinta.

“Tidak mustahil juga kita akan melihat Takdirnya Cinta 2 sekiranya karya ini menerima sambutan hangat dan tentunya jika Zul serta Siti Khadijah bersedia untuk kembali bersama,” katanya.

Menurut Adzliana, pemilihan Istanbul sebagai antara lokasi utama penggambaran pula dibuat bagi memberikan identiti tersendiri kepada naskhah tersebut.

“Istanbul mempunyai sisi romantik yang cukup kuat, tetapi dalam masa sama masih mempunyai elemen dan suasana Islamik yang dekat dengan kita. Seni bina, budaya dan pembangunan kotanya memberikan visual serta suasana yang sangat menarik untuk perjalanan kisah cinta ini.

“Kami mahu penonton bukan sahaja mengikuti cerita Sofea (lakonan Siti Khadijah), tetapi turut merasai perjalanan emosi watak menerusi suasana dan keindahan Istanbul,” katanya lagi.

Hadiah Ulang Tahun Pertama… Zul Ariffin & Siti Khadijah Belum Pernah Dipertemukan Sebagai Hero-Heroin, Julung Kali Disatukan Dalam ‘Takdirnya Cinta’

Hadiah Ulang Tahun Pertama… Zul Ariffin & Siti Khadijah Belum Pernah Dipertemukan Sebagai Hero-Heroin, Julung Kali Disatukan Dalam ‘Takdirnya Cinta’

Terus Cipta Kandungan Pilihan Penonton

Dalam pada itu, Adzliana berkata, kemunculan Takdirnya Cinta juga cukup signifikan kerana hadir ketika UTV meraikan perjalanan setahun sebagai platform penstriman digital eksklusif (OTT).

Ads

Dalam tempoh tersebut, UTV berjaya memperkenalkan pelbagai kandungan original yang mendapat perhatian serta mencipta momentum tersendiri dalam kalangan penonton digital.

Antara karya yang mencuri perhatian termasuk Poskad Cinta Dari Istanbul, Poskad Cinta Dari Auckland, Fantasi Fiksi, Dink! I Love You serta pelbagai lagi kandungan yang diterbitkan khusus untuk penonton UTV.

“Paling penting, kami mahu UTV mempunyai identiti sendiri. Kami tidak mahu sekadar menjadi sebuah lagi platform penstriman, sebaliknya mahu membina sebuah ruang yang menawarkan kandungan berkualiti, dekat dengan penonton dan pada masa sama berani meneroka idea serta gandingan baharu.

“Takdirnya Cinta menjadi antara hadiah istimewa kami sempena perjalanan setahun UTV dan kami berharap ia membuka lembaran kepada lebih banyak karya menarik selepas ini,” katanya.

Baca Artikel Lain; 

https://www.mediahiburan.my/sekeping-poskad-misteri-e-gugat-bahagia-sekuel-filem-tv-sambung-fenomena-cinta-fattah-amira/

Kisah Cinta Lebih Matang

Sementara itu, pengarah Takdirnya Cinta, Izuan Mokhtar pula tidak menafikan antara faktor yang membuatkannya teruja mengarahkan telefilem berkenaan adalah peluang menyatukan Zul dan Siti Khadijah.

Menurut Izuan, kedua-dua pelakon itu sendiri menyedari mereka tidak pernah menerima tawaran untuk digandingkan sebelum ini.

“Memang antara sebab saya teruja dengan projek ini adalah kerana saya sendiri sudah lama mahu melihat Zul dan Siti Khadijah digandingkan. Zul juga ada memberitahu bahawa sebelum ini mereka tidak pernah mendapat tawaran untuk dipasangkan bersama.

Ads

“Jadi apabila peluang itu datang menerusi Takdirnya Cinta, saya mahu memastikan gandingan ini diberikan sebuah cerita yang sesuai dengan kematangan mereka sebagai pelakon,” katanya.

Izuan berkata, Takdirnya Cinta juga sengaja dibentuk berbeza berbanding karya UTV terdahulu, khususnya Poskad Cinta Dari Istanbul yang lebih menjurus kepada genre romantik komedi.

“Kalau Poskad Cinta Dari Istanbul lebih ringan dan mempunyai elemen romantik komedi, Takdirnya Cinta pula membawa percintaan yang lebih matang.

“Saya tidak mahu menghasilkan kisah cinta yang terlalu klise. Menariknya, perjalanan hubungan mereka dibina melalui emosi, dialog dan pandangan tanpa perlu bergantung kepada sentuhan fizikal antara dua watak utama.

“Bagi saya, itu cabarannya. Bagaimana kita mahu membuatkan penonton percaya bahawa dua individu sedang jatuh cinta hanya melalui chemistry dan emosi yang mereka tonjolkan,” katanya.

Hadiah Ulang Tahun Pertama… Zul Ariffin & Siti Khadijah Belum Pernah Dipertemukan Sebagai Hero-Heroin, Julung Kali Disatukan Dalam ‘Takdirnya Cinta’

Hadiah Ulang Tahun Pertama… Zul Ariffin & Siti Khadijah Belum Pernah Dipertemukan Sebagai Hero-Heroin, Julung Kali Disatukan Dalam ‘Takdirnya Cinta’

10 Hari Penggambaran, 8 Hari Di Istanbul

Takdirnya Cinta menjalani penggambaran selama 10 hari, membabitkan dua hari di Kuala Lumpur dan lapan hari di Istanbul.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Menurut Izuan, antara cabaran terbesar produksi adalah berdepan cuaca sejuk ketika menjalani penggambaran di Turkiye dengan suhu berada di bawah 10 darjah Celsius.

“Kebanyakan babak di Istanbul dilakukan di luar. Apabila suhu berada di bawah 10 darjah Celsius, ia bukan sahaja mencabar dari segi fizikal tetapi turut memberikan kesukaran kepada pelakon untuk berdialog dengan baik.

“Namun semua itu menjadi sebahagian daripada pengalaman yang menjadikan Takdirnya Cinta istimewa. Kami mahu mendapatkan visual sebenar Istanbul dan memberikan pengalaman yang autentik kepada penonton,” katanya lagi.

Takdirnya Cinta mengisahkan Sofea, seorang wanita yang baru bertunang sebelum hidupnya berubah apabila tunangnya meninggal dunia dalam satu kemalangan tragis.

Berpegang kepada amanat terakhir yang ditinggalkan, Sofea berangkat ke Istanbul untuk mencari abang tunangnya yang tidak pernah dikenalinya.

Di kota asing itu, Sofea bertemu seorang lelaki misteri yang tanpa disedari mula mendekati hidupnya dan perlahan-lahan membuka kembali pintu hatinya.

Namun, di sebalik pertemuan yang tidak pernah dirancang itu tersimpan rahsia masa lalu yang bakal mengubah segala-galanya.

Dengan gabungan kisah percintaan, kehilangan, takdir dan rahsia serta latar indah Istanbul, Takdirnya Cinta menjadi antara karya istimewa UTV dalam meraikan perjalanan tahun pertamanya, sekali gus meneruskan komitmen platform itu untuk menawarkan kandungan tempatan berkualiti kepada penonton.

Selain Zul dan Siti, karya yang akan mula menemui penonton hari ini turut dibintangi Fattah Amin.

Muat turun aplikasi UTV di Playstore dan Appstore.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Siti Nurhaliza Dominasi 14 Pencalonan Di AIM25 Merangkumi 8 Kategori, Aisha...

Selepas menerima sebanyak 600 pencalonan, acara muzik paling berprestij tanah air, Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) kini memasuki fasa seterusnya apabila Persatuan Industri Rakaman...