Ads

Penampilan Berhijab Jadi Perhatian, Misha Omar Terharu Ramai Doa Yang Baik-Baik – “Saya Rasa Bangga, Terinspirasi Dan Bersyukur Bila…”

Penyanyi Misha Omar meluahkan rasa syukur atas segala reaksi positif yang diterima susulan penampilannya yang mengenakan bertudung ketika membuat persembahan di Perlis, baru-baru ini.

Menurut Misha atau nama sebenarnya Samihah @ Aisah binti Omar, dia membaca pelbagai komen yang diberikan netizen, termasuk yang baik dan sebaliknya, serta menerima semuanya dengan hati terbuka.

Penampilan Berhijab Jadi Perhatian, Misha Omar Terharu Ramai Doa Yang Baik-Baik - “Saya Rasa Bangga, Terinspirasi Dan Bersyukur Bila…”

Penampilan Berhijab Jadi Perhatian, Misha Omar Terharu Ramai Doa Yang Baik-Baik - “Saya Rasa Bangga, Terinspirasi Dan Bersyukur Bila…”

“Saya ada membaca komen positif dan negatif berkenaan penampilan tersebut.

“Namun, saya menerimanya dengan hati yang terbuka,” katanya kepada MH.

Misha berkata demikian ketika ditemui selepas tamat konsert separuh akhir KES, pada Sabtu.

Ads

Dalam masa sama, penyanyi lagu Bunga Bunga Cinta itu mengakui terharu dan bersyukur apabila ramai yang menitipkan doa-doa yang baik terhadap dirinya.

Penampilan Berhijab Jadi Perhatian, Misha Omar Terharu Ramai Doa Yang Baik-Baik - “Saya Rasa Bangga, Terinspirasi Dan Bersyukur Bila…”

Penampilan Berhijab Jadi Perhatian, Misha Omar Terharu Ramai Doa Yang Baik-Baik - “Saya Rasa Bangga, Terinspirasi Dan Bersyukur Bila…”

“Saya berasa bangga, terinspirasi dan bersyukur apabila didoakan oleh netizen. Dalam hati, saya amat bersyukur.

Ads

“Kebanyakannya mendoakan perkara yang baik-baik untuk saya. Jadi, saya menerima semua doa tersebut dengan penuh rasa syukur. Terima kasih,” ujarnya lagi.

Pernah Tampil Berhijab Sebelum Ini

Mengulas lanjut, Misha menjelaskan ia bukanlah kali pertama dia tampil berhijab, sebaliknya pernah menampilkan imej sama ketika menjayakan persembahan di sebuah acara korporat lain.

Penampilan Berhijab Jadi Perhatian, Misha Omar Terharu Ramai Doa Yang Baik-Baik - “Saya Rasa Bangga, Terinspirasi Dan Bersyukur Bila…”

Penampilan Berhijab Jadi Perhatian, Misha Omar Terharu Ramai Doa Yang Baik-Baik - “Saya Rasa Bangga, Terinspirasi Dan Bersyukur Bila…”

Ads

“Ini bukanlah kali pertama saya berpenampilan sedemikian. Sebelum ini, saya pernah membuat persembahan untuk sebuah institusi perbankan patuh syariah.

Anda mungkin berminat dengan

“Sebagai seorang penyanyi, apa sahaja garis panduan yang diberikan, saya akan cuba memberikan yang terbaik,” jelasnya.

Terdahulu, penampilan Misha Omar menjadi sorotan warganet apabila tampil berhijab dalam sebuah acara di Perlis.

Menurut laporan media, pengurusnya Salmi Omar memaklumkan imej tersebut dibuat bagi memenuhi permintaan kerajaan negeri Perlis.

Penampilan tersebut turut mencetuskan persoalan dalam kalangan warganet, sama ada Misha bakal meneruskan imej berhijab dalam acara akan datang.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Lebih 25 Negara, 450 Pawagam! ‘Wanted By Family’ Ambil Lokasi Penggambaran...

Keterujaan penerbit dan ahli perniagaan kelahiran Iraq yang membesar di Malaysia, Abdulrahman Suud, kini berganda-ganda apabila filem terbitannya menerusi produksi Inifinity Films bersama produksi...