
Pempengaruh sensasi, Sajat Kamaruzzaman meluahkan rasa sebak apabila terpaksa berpisah dengan ibu tersayang selepas dua minggu meluangkan masa bersama, baru-baru ini.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Sajat menyifatkan perpisahan tersebut sebagai satu perkara yang berat untuk dilaluinya.


“Bersama dengan ibu tersayang selama dua minggu ini, terlalu banyak kenangan yang Sajat hargai dan akan Sajat simpan dalam hati.
“Orang kata, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Tapi bila sampai saat untuk berpisah dengan mak, baru Sajat betul-betul rasa betapa beratnya perasaan itu,” tulisnya.
Dua Minggu Yang Penuh Kenangan Bagi Sajat
Menurut Sajat, sepanjang tempoh dua minggu tersebut, mereka berpeluang meluangkan banyak masa bersama dan menyifatkan hari-hari yang dilalui sebagai momen istimewa.
“Selama dua minggu ni, mak masak untuk Sajat, jaga Sajat, tengok Sajat buat LIVE, kita jalan-jalan bersama, pergi sana sini, naik kapal terbang sama-sama, makan bersama dan spend time bersama.
View this post on Instagram
“Banyak sangat momen kecil yang sebenarnya sangat bermakna untuk Sajat.
“Rasa macam baru semalam mak sampai, tiba-tiba dah tiba masa untuk mak balik. Cepat sangat masa berlalu,” luahnya.
Malah, detik perpisahan itu turut menyaksikan kedua-duanya tidak dapat menahan air mata ketika terpaksa berpisah.
“Masa nak berpisah tu, Sajat menangis. Mak pun menangis. Sedih sangat sebab selepas ini Sajat akan rindukan mak lagi.
“Sajat faham mak kena balik sebab ayah pun dah lama tunggu dan rindukan mak di kampung. Cucu-cucu pun mesti dah rindu nenek mereka.
Titip Doa Untuk Pertemuan Akan Datang
Dalam hantaran sama, Sajat turut menitipkan doa agar mereka diberikan peluang untuk bertemu lagi pada masa akan datang.


Anda mungkin berminat dengan
“Tak apa… walaupun kita berjauhan, kasih sayang seorang anak kepada ibu tak pernah jauh.
“Insya-Allah, kita akan berjumpa lagi. Semoga Allah panjangkan umur kita, berikan kesihatan yang baik dan izinkan Sajat untuk luangkan lebih banyak masa bersama mak lagi nanti.
“Terima kasih untuk dua minggu yang sangat indah, mak. Sajat akan rindu mak sangat-sangat,” akhirinya.
Perkongsian tersebut turut menarik perhatian netizen yang tersentuh menyaksikan momen perpisahan antara Sajat dan ibunya.
Rata-rata warganet turut berkongsi rasa sebak selain menitipkan doa agar segala urusan mereka dipermudahkan.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

