Ads

“Dia Undur Diri Secara Baik…,” – Ajak Luah Rasa, Pekerja Didakwa Seleweng Duit Restoran Ke Akaun Peribadi?

Pelawak dan usahawan, Ajak meluahkan rasa apabila salah sebuah cawangan restoran miliknya, Bumbu Babah, dipercayai berdepan kes penyelewengan yang didakwa dilakukan oleh seorang pekerja.

Menurut Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Razak, individu terbabit didakwa telah menukar kod Quick Response (QR) di premis berkenaan sehingga transaksi bayaran pelanggan disalurkan ke akaun peribadinya.

Bagaimanapun, penyampai radio itu juga memaklumkan isu tersebut telah berjaya diselesaikan dan berharap kejadian sama tidak akan berulang pada masa hadapan.

“Dia Undur Diri Secara Baik…,” – Ajak Luah Rasa, Pekerja Didakwa Seleweng Duit Restoran Ke Akaun Peribadi?

“Alhamdulillah, buat masa ini, kita sudah tangani masalah tersebut. Sebelum ini, ada beberapa cawangan berdepan masalah sebegitu. Sedikit sebanyak, saya agak kecewa.

“Saya bayangkan, bila kita buka banyak cawangan, kita dapat bantu ramai orang untuk bekerja. Sekiranya ada pekerja kita lakukan hal sebegini, ia akan merosakkan syarikat.

“Jadi, saya berharap kepada semua pekerja dan bukan di Bumbu Babah sahaja agar berkerja dengan ikhlas.

“Saya percaya mereka yang bekerja dengan ikhlas lebih kaya daripada mereka yang mencuri,” katanya kepada MH.

Ads

Ajak berkata demikian ketika ditemui pada acara Panggung Suria, baru-baru ini.

Pelanggan Diminta Lebih Peka, CCTV Bakal Dipasang

Mengulas lanjut, Ajak berkata perkongsiannya mengenai isu tersebut di media sosial telah membuka mata ramai pihak sehingga pelanggan kini lebih berhati-hati ketika membuat pembayaran di restorannya.

“Dia Undur Diri Secara Baik…,” – Ajak Luah Rasa, Pekerja Didakwa Seleweng Duit Restoran Ke Akaun Peribadi?

“Bila saya kongsikan di media sosial, ramai yang cakna mengenai isu ini. Jadi selepas ini, mana-mana pelanggan yang datang ke Bumbu Babah dan kena buat bayaran ke akaun peribadi, jangan buat bayaran.

“Awak jalan keluar pun tak mengapa,” ujarnya lagi.

Ads

Dalam pada itu, Ajak berkata sebelum ini dia sengaja tidak memasang kamera litar tertutup (CCTV) kerana mahu memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada para pekerja.

“Dia Undur Diri Secara Baik…,” – Ajak Luah Rasa, Pekerja Didakwa Seleweng Duit Restoran Ke Akaun Peribadi?

“Pada mulanya, saya tak pasang CCTV kerana saya mahu para pekerja rasa dipercayai. Sebagai pekerja, kita kurang selesa bila diperhatikan.

“Bila kita cuba buat baik, ada pihak yang cuba ambil kesempatan. Hal ini masih dalam pertimbangan. Mungkin kita akan pasang CCTV selepas ini,” kongsinya.

Ads

‘Dia Undur Diri Secara Baik’

Dalam perkembangan sama, Ajak memaklumkan individu yang didakwa sudah tidak lagi bekerja di syarikatnya selepas diberikan teguran.

Anda mungkin berminat dengan

“Dia Undur Diri Secara Baik…,” – Ajak Luah Rasa, Pekerja Didakwa Seleweng Duit Restoran Ke Akaun Peribadi?

“Kita tegur dan lepaskan individu tersebut. Pada mulanya, bila kita minta dia berhenti, dia ugut kita dan nak buat laporan kepada Jabatan Tenaga Kerja.

“Hakikatnya kita ada beberapa orang saksi. Bila dia tahu kita ada saksi, dia undur diri secara baik. Lagipun, kita tidak akan menuduh seseorang tanpa bukti.

“Tak ramai pun pekerja yang sebegitu. Saya punyai lebih ramai pekerja yang jujur, baik dan sopan santun. Tak adil kita nak menilai semua pekerja buruk.

“Staf-staf saya bekerja keras dari pukul 10 malam hingga 10 pagi. Ada pekerja yang buat perkara betul. Jangan pukul rata pekerja kedai makan,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

‘KOPLOVE LIVE’ Bakal Gegarkan KL, START KOPLO & Lilo Pimpin Pesta...

Fenomena muzik koplo yang mencetuskan ledakan besar dalam industri hiburan Indonesia sejak beberapa tahun kebelakangan ini kini semakin mendapat tempat dalam kalangan peminat muzik...
error: Hello. Cannot.