Pelawak Jep Sepahtu mencuri perhatian apabila menitipkan nukilan istimewa menerusi ruangan Direct Message (DM) Instagram buat pemain bola sepak kegemarannya, Cristiano Ronaldo yang bakal mengetuai cabaran Portugal di kejohanan Piala Dunia FIFA 2026.
Menurut Jep, dia merupakan antara jutaan peminat yang mengharapkan Ronaldo dapat menjulang trofi paling berprestij itu bersama Portugal sebelum menamatkan kariernya sebagai pemain bola sepak profesional.
Bagaimanapun, Jep berpandangan Ronaldo perlu menyesuaikan diri dengan perubahan era bola sepak moden memandangkan kemampuannya kini tidak lagi sama seperti ketika berada di kemuncak prestasi suatu ketika dahulu.
“Dear Ronaldo, saya salah seorang daripada berbillion peminat anda. Saya betul-betul mengharapkan Portugal dapat menjadi juara kali ini.
Ads
“Namun, awak kena tahu, awak bukanlah pemain yang sama seperti satu ketika dahulu. Kepantasan awak sudah berubah dan gelecekkan awak kini boleh diramal,” tulisnya.
Jep berkongsi hantaran tersebut menerusi Instagram pada Jumaat.
Fokus Penyudah & Tandukan
Dalam pada itu, suami kepada pelakon Sari Yanti itu turut berpendapat Ronaldo perlu memberikan tumpuan terhadap aspek penyudah sebagai seorang penyerang, khususnya dalam menghasilkan percubaan tepat ke arah gawang.
Ads
“Untuk Piala Dunia 2026 ini, saya harap awak memberikan fokus untuk membuat percubaan tepat ke gawang dan tandukkan sepatutnya kekal menjadi senjata utama awak.
“Kekalkan dua perkara ini sahaja,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, Jep sempat berseloroh dengan mengharapkan Ronaldo membalas mesejnya sekiranya Portugal berjaya muncul juara dunia pada edisi kali ini.
Selepas sembilan minggu bersaing, teka-teki mengenai siapakah pasangan artis dan pengurus yang berjaya melangkah ke konsert Grand Finale Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) akhirnya terjawab.
Konsert Grand Finale TTMM2 bakal menyaksikan persaingan sengit melibatkan lima pasangan artis dan pengurus yang akan berentap bagi merebut gelaran juara, sekali gus membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM30,000 serta kontrak rakaman bernilai RM50,000.
Pasangan Jamilul Hayat dan Hussain sekali lagi membuktikan kehebatan mereka apabila berjaya merampas semula kedudukan pertama pada saingan separuh akhir.
Bukan itu sahaja, Jamilul Hayat turut mencipta sensasi apabila dinobatkan sebagai pemenang Manager Paling Perform buat minggu keempat berturut-turut.
Malah, saingan separuh akhir TTMM2 kali ini menjadi malam yang cukup bermakna buat pasangan anak beranak tersebut apabila mereka turut diumumkan sebagai penerima Anugerah Inspirasi Kasih Eskayvie.
Jamilul Hayat dan Hussain membawa pulang wang tunai RM5,000 menerusi kemenangan itu sebelum pihak penaja mengambil keputusan untuk memberikan insentif tambahan sebanyak RM5,000 sebagai persediaan menjelang konsert Grand Finale minggu hadapan.
Empat lagi pasangan yang berjaya menempah tempat ke Grand Finale TTMM2 ialah Azeva (Datuk A. Aida), Anggrek (Adira Suhaimi), Kim Khairii (Safura Yaacob) dan Cik B (Datuk Seri Vida).
Bagaimanapun, hasrat penyanyi remaja, Amarra bersama pengurusnya, Azad Jazmin untuk melangkah ke pentas Grand Finale tidak kesampaian apabila mereka diumumkan sebagai pasangan yang tersingkir pada malam Ahad.
Persembahan Amarra menerusi lagu Intan Payung serta tugasan berkumpulan gagal menambat hati barisan juri, sekali gus menyaksikan mereka meraih markah keseluruhan paling rendah.
TTMM2 dikendalikan oleh pengacara legenda Aznil Nawawi bersama dua juri tetap iaitu Sarimah Ibrahim dan AC Mizal.
Turut hadir sebagai juri jemputan pada minggu ini ialah penyanyi terkenal, Datuk Yusry Abdul Halim dan Noryn Aziz.
Setiap pasangan pengurus dan artis dinilai secara keseluruhan dengan pecahan markah sebanyak 60 peratus untuk pengurus dan 40 peratus untuk artis.
Saksikan Talk To My Manager 2 setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), yang bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA.
Program ini juga boleh distrim secara On Demand menerusi aplikasi Astro GO dan Sooka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Fenomena muzik koplo yang mencetuskan ledakan besar dalam industri hiburan Indonesia sejak beberapa tahun kebelakangan ini kini semakin mendapat tempat dalam kalangan peminat muzik di Malaysia.
Cabang muzik dangdut itu turut membina kelompok pengikutnya sendiri di negara ini.
Menyedari perkembangan positif itu, Zona Joget tampil menganjurkan KOPLOVE LIVE IN KUALA LUMPUR 2026yang bakal berlangsung pada 1 Ogos, jam 8 malam di VOX Live Kuala Lumpur (Platinum Park).
Konsert berkenaan bukan sekadar menjanjikan hiburan, malah menjadi platform untuk memperkenalkan keunikan muzik koplo kepada khalayak tempatan.
Acara itu bakal menampilkan dua DJ terkenal dari Indonesia, START KOPLO dan Lilo, selain turut diserikan dengan persembahan DJ tempatan, DJ Alink.
Walaupun penerimaan muzik koplo di Malaysia masih belum setanding Indonesia, rentaknya yang rancak dan mudah menangkap halwa telinga berjaya mencetuskan keterujaan pendengar untuk menyanyi serta bergoyang bersama.
Pengarah Urusan Ace Talents selaku penganjur, Azuein Alonto berkata, Kuala Lumpur dipilih kerana dilihat sebagai sebuah bandar yang terbuka menerima kepelbagaian budaya dan aliran muzik baharu.
“Di Malaysia, daripada pop, indie sehinggalah dangdut dan koplo yang semakin mendapat perhatian di media sosial. Kami percaya ia bukan sekadar genre muzik, tetapi satu pengalaman yang menyatukan orang ramai melalui nyanyian, tarian dan interaksi bersama.
“Sebab itu kami yakin KOPLOVE mempunyai ruang untuk berkembang di sini. Selain komuniti Indonesia besar di Malaysia, kami juga melihat minat semakin meningkat daripada penonton tempatan yang ingin merasai pengalaman muzik berbeza dan lebih interaktif,” katanya.
Mengulas pemilihan START KOPLO dan Lilo sebagai teraju utama konsert itu, Azuein berkata kedua-dua penghibur berkenaan membawa identiti tersendiri yang mencerminkan evolusi budaya koplo moden.
“START KOPLO terkenal dengan pendekatan kreatif menggabungkan lagu-lagu popular dengan identiti koplo yang segar dan relevan kepada generasi muda.
“Mereka sudah membina komuniti peminat yang kuat dan sering mencipta suasana sangat meriah di setiap persembahan.
“Lilo pula mempunyai gaya persembahan bertenaga serta kemampuan membaca emosi penonton dengan sangat baik.
“Kehadirannya melengkapkan pengalaman KOPLOVE kerana kami mahu memberikan gabungan persembahan yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi mampu menyatukan seluruh dewan dalam satu suasana sama,” katanya lagi.
Menurut Azuein, muzik koplo bukan sekadar sebuah cabang muzik, sebaliknya telah berkembang menjadi satu gerakan budaya yang semakin kukuh di Indonesia dan menjadi sebahagian daripada identiti komuniti penggemarnya.
Tambahnya lagi, semangat sama ingin diterapkan menerusi konsert ini dengan matlamat menghimpunkan lebih ramai pencinta muzik ini, sekali gus membantu genre itu terus berkembang di Malaysia.
“Matlamat utama kami adalah membina sebuah komuniti. Kami mahu ia menjadi ruang di mana orang ramai boleh berkumpul, berhubung dan meraikan budaya yang mereka cintai tanpa mengira latar belakang.
“Kami sering menggunakan frasa “Be Part of The Movement” kerana kami percaya KOPLOVE bukan hanya tentang siapa yang berada di atas pentas, tetapi tentang semua orang yang hadir dan menjadi sebahagian daripada pengalaman itu.
“Kami berharap acara ini menjadi titik permulaan kepada komuniti koplo yang lebih besar di Malaysia dan membuka lebih banyak peluang kolaborasi budaya antara Malaysia dan Indonesia pada masa akan datang,” tambahnya.
Bagi edisi sulung penganjuran, Zona Joget menyasarkan kehadiran kira-kira 1,000 penonton di VOX Live Kuala Lumpur.
Walaupun majoriti peminat genre ini terdiri daripada golongan muda, acara itu sebenarnya terbuka kepada semua lapisan masyarakat.
“Kami melihat koplo sebagai muzik yang merentas generasi. Ini kerana ramai membesar dengan lagu-lagu dangdut, pop Indonesia dan muzik rakyat yang mempunyai elemen serupa. Pada akhirnya, KOPLOVE adalah tentang kebersamaan dan pengalaman dikongsi bersama.
“Kami mengalu-alukan kehadiran rakyat Malaysia, komuniti Indonesia di Malaysia, pelajar, pekerja profesional, pencipta kandungan serta sesiapa sahaja yang sukakan muzik dan suasana positif,” katanya.
Tiket ditawarkan pada harga RM69 (Early Bird) dan RM148 (Normal) menerusi laman web ticket2u, manakala tiket berharga RM169 boleh dibeli di pintu masuk pada hari acara.
Sebagai tawaran istimewa, pembelian lima tiket akan melayakkan peminat menerima satu tiket percuma selain berpeluang memenangi sebuah Apple Watch. Promosi tersebut sah sehingga 15 Julai, tertakluk kepada terma dan syarat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Iman Troy tampil berkongsi pandangannya mengenai tindakan pasangan pempengaruh, Ryzal Ibrahim dan Maryam Younarae yang merakam detik cemas ketika membawa anak kedua mereka, Rian, ke hospital, baru-baru ini.
Sebelum itu, Rian dilaporkan tidak sedarkan diri selepas dipercayai terjatuh dari katil, sekali gus ia turut mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengikut mereka di media sosial.
Iman berpendapat, tindakan Ryzal dan Maryam merakam situasi tersebut mungkin mempunyai tujuan tertentu, termasuk sebagai rujukan kepada pihak doktor selain memberi kesedaran kepada ibu bapa lain.
“Saya rasa Abang Ryzal ni rakam untuk rujukan doktor. Mesti dia dan isteri trauma. Jadi, dia sebarkan kesedaran pada ibu bapa lain.
“Kita tiada anak, kita tak tahu macam mana rasa bila tengok anak sakit dan tak sedarkan diri.
“Jadi, benda ni penting untuk ibu bapa dekat luar sana, macam mana nak bertindak,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan oleh penyanyi lagu Teman menerusi satu hantaran di aplikasi Threads.
Dalam masa sama, Iman turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa berfikiran positif dan tidak terlalu cepat menjatuhkan hukum terhadap individu yang sedang berdepan situasi sukar.
“Kita nampak benda ni macam kecil tapi mungkin membantu untuk ibu bapa di luar sana. Kita cuba pandang yang positif ya,” kongsinya lagi.
Tidak semua individu memilih untuk ‘healing’ dengan cara yang sama.
Bagi pempengaruh dan suami kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Ubai, melakukan servis e-hailing menjadi antara...