Ads

“Mereka Sayang Saya…,” – Ernie Zakri Ambil Positif Kritikan Peminat, Ada Mahu Dirinya Fokus Muzik Sahaja

Penyanyi Ernie Zakri mengambil maklum terhadap segala komen dan teguran peminat yang mahu dirinya memberi sepenuh tumpuan kepada kerjaya muzik berbanding perkara lain.

Menurut Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, dia terbuka untuk melihat setiap teguran itu dari sudut positif kerana percaya komen sedemikian hadir daripada rasa sayang peminat terhadap dirinya.

“Mereka Sayang Saya…,” – Ernie Zakri Ambil Positif Kritikan Peminat, Ada Mahu Dirinya Fokus Muzik Sahaja

“Saya hanyalah manusia biasa. Ada kalanya, bila terbaca komen-komen seperti itu, emosi saya jadi terusik. Pada masa sama, saya juga rasa sangat bersyukur. Namun, itu bukanlah bermakna saya suka dikutuk.

“Ia menunjukkan orang masih menilai saya sebagai penyanyi. Bila saya terlibat dengan hal-hal lain, mereka mahu saya fokus menyanyi sahaja.

“Jadi, saya rasa sangat berbangga dan berterima kasih. Senang cerita, orang masih sayangkan saya dan peminat sangat mengambil berat.

“Sebab itu saya suka bergurau dengan komen-komen sebegitu. Itulah cara saya untuk tidak terlalu memberatkan fikiran,” katanya kepada MH.

Segala Teguran, Ernie Bawa Berbincang Bersama ‘Team’

Isteri kepada penyanyi Syamel itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media pelancaran lagu Tak Berlagu yang berlangsung di The Serai Hall, KLGCC, pada Isnin.

Karya ciptaan Rendra Zawawi dan NJWA itu turut dipilih sebagai lagu runut bunyi (OST) filem Khadam yang bakal ditayangkan di pawagam bermula 11 Jun ini.

Ads

“Mereka Sayang Saya…,” – Ernie Zakri Ambil Positif Kritikan Peminat, Ada Mahu Dirinya Fokus Muzik Sahaja

Dalam pada itu, Ernie turut menjelaskan segala pandangan dan maklum balas peminat akan dibawa berbincang bersama pasukannya demi memperbaiki diri dan kerjaya seni.

“Mereka Sayang Saya…,” – Ernie Zakri Ambil Positif Kritikan Peminat, Ada Mahu Dirinya Fokus Muzik Sahaja

“Jika ada input yang saya boleh ambil, saya akan simpan. Saya juga akan maklumkan kepada pasukan saya. Jika anda tidak percaya, tanyalah kepada pasukan saya.

“Apa sahaja luahan peminat di Threads, saya akan bawa ke meja persidangan. Bukanlah saya buat tak tahu sahaja. Saya berjaya menjadi penyanyi hasil daripada sokongan peminat.

“Jika mereka tak suka dan beri perhatian kepada saya, tiada siapa nak dengarkan karya-karya saya. Lebih baik saya bersyukur daripada menjadi orang yang negatif,” ujarnya lagi.

Ads

Akui Mudah Tersentuh Dengan Komen Keterlaluan

Bagaimanapun, ibu kepada seorang cahaya mata itu mengakui ada kalanya dirinya turut terkesan secara emosi, lebih-lebih lagi apabila menerima komen yang agak keterlaluan.

“Mereka Sayang Saya…,” – Ernie Zakri Ambil Positif Kritikan Peminat, Ada Mahu Dirinya Fokus Muzik Sahaja

“Ada kalanya, bila orang kutuk dan cakap buruk mengenai kita, kita akan mudah terasa. Saya bukan sejenis manusia yang boleh tolak tepi sahaja bila orang lemparkan kata-kata sebegitu.

“Bila bergelar artis, rasa sensitif kita akan jadi lebih tajam. Saya memang ada terasa dengan beberapa perkataan.

“Namun, saya merasakan ada beberapa perkara yang tak perlu dimasukkan ke kepala. Saya akan cuba elak,” katanya lagi.

Ads

Ditanya sama ada dia merasakan setiap tindak-tanduknya agak terbatas demi menjaga hati semua pihak, Ernie bagaimanapun menegaskan dia lebih selesa menjadi dirinya sendiri daripada hidup berpura-pura.

Anda mungkin berminat dengan

“Mereka Sayang Saya…,” – Ernie Zakri Ambil Positif Kritikan Peminat, Ada Mahu Dirinya Fokus Muzik Sahaja

“Setakat ini, saya okay sahaja. Ada orang yang akan suka dan tidak. Mahu atau tidak, kita tetap kena jalani kehidupan. Jika menjadi orang lain, saya rasa tak best pula.

“Saya hanya mahu menjadi diri sendiri. Kita kena ingat, orang suka kita kerana diri kita sendiri dan tak mencuba menjadi orang lain.

“Itulah hal yang saya percaya dan saya akan sentiasa berfikir sepositif yang mungkin,” akhirinya.

Baru-baru ini, keputusan Ernie untuk terlibat dan membuka reruai di sebuah pesta buku mengundang kritikan segelintir pihak.

Ramai beranggapan penyanyi itu seharusnya memberi fokus sepenuhnya terhadap penyusunan semula diskografi muzik serta menyiapkan album terbaharunya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Intan Najuwa

“Hati Ini Benar-Benar Dipenuhi Rasa Syukur,” – Datin Intan Najuwa Bakal...

Pelakon Intan Najuwa meluahkan rasa syukur apabila bakal menimang cahaya mata perempuan kedua tidak lama lagi.
error: Hello. Cannot.