Ads

“Pengorbanan Paling Besar…,” – Lisa Surihani Luah Rasa Hati, Anak Sulung Tomok Pula Menangis Lepas Kedua Ibu Bapa Ke Tanah Suci

Dua selebriti terkenal, Lisa Surihani dan Tomok selamat berangkat ke Tanah Suci bersama para jemaah Irkaz Travel & Tours bagi menunaikan Rukun Islam kelima iaitu ibadah Haji untuk musim 1447H/2026M pada Khamis lalu.

Di sebalik senyuman, pelukan terakhir dan lambaian tangan ahli keluarga di lapangan terbang, tersimpan rasa rindu, air mata serta doa yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.

Namun demi mengejar Haji yang mabrur, para jemaah melangkah dengan penuh keikhlasan dan ketabahan.

“Pengorbanan Paling Besar…,” – Lisa Surihani Luah Rasa Hati, Anak Sulung Tomok Pula Menangis Lepas Kedua Ibu Bapa Ke Tanah Suci “Pengorbanan Paling Besar…,” – Lisa Surihani Luah Rasa Hati, Anak Sulung Tomok Pula Menangis Lepas Kedua Ibu Bapa Ke Tanah Suci

Berat Tinggalkan Keluarga Tercinta

Menurut Lisa, cabaran dan pengorbanan paling besar yang dirasainya sebelum berangkat ke Tanah Suci adalah meninggalkan insan tersayang, termasuk anak-anak, suami dan ibu tercinta.

“Pengorbanan paling besar yang saya rasa paling dirasai adalah meninggalkan suami, anak-anak dan mak,” kata Lisa menerusi video yang dimuat naik akaun Instagram rasmi Irkaz Travel di media sosial.

Ads

Menerusi video sama, turut kelihatan anak sulung Tomok iaitu Arrian Shah Akid gagal menahan emosi apabila terpaksa berjauhan dengan kedua ibu bapanya. Deraian air mata kanak-kanak itu nyata menyentuh hati ramai yang menyaksikan momen berkenaan.

“Pengorbanan Paling Besar…,” – Lisa Surihani Luah Rasa Hati, Anak Sulung Tomok Pula Menangis Lepas Kedua Ibu Bapa Ke Tanah Suci “Pengorbanan Paling Besar…,” – Lisa Surihani Luah Rasa Hati, Anak Sulung Tomok Pula Menangis Lepas Kedua Ibu Bapa Ke Tanah Suci

Cipta Sejarah Baharu

Dalam pada itu, tahun ini turut mencatat sejarah bermakna buat Irkaz Travel & Tours apabila diberikan kepercayaan sebagai antara pengelola bagi jemaah Haji.

Amanah besar itu diterima dengan penuh rasa syukur serta komitmen tinggi dalam memastikan kebajikan dan keselesaan para jemaah sentiasa menjadi keutamaan sepanjang berada di Tanah Suci.

Ads

Dalam usaha mempertingkatkan pengalaman para tetamu Allah, tahun ini juga menjadi langkah baharu buat keluarga Irkaz apabila Irkaz Gourmet menerusi Irkaz Gourmet Central Kitchen di Mekah bakal memulakan operasinya buat pertama kali.

Inisiatif tersebut membolehkan para jemaah Haji Irkaz menikmati sajian makanan yang disediakan sendiri di Aziziyah nanti.

Menurut pihak pengurusan mereka, usaha itu bukan sekadar mengurus perjalanan ibadah, malah memastikan setiap jemaah merasa lebih dekat, selesa dan terjaga seperti keluarga sendiri sepanjang berada di Tanah Suci.

“Menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan para jemaah bukan sahaja mendapat perkhidmatan terbaik, malah merasai ketenangan dan sokongan sepanjang melaksanakan ibadah Haji.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

“Kami berharap seluruh perjalanan ini dipermudahkan dan dikurniakan Haji yang mabrur buat semua jemaah,” katanya.

Malah pihaknya juga menzahirkan doa agar seluruh jemaah dipelihara kesihatan, diberikan kekuatan serta dipermudahkan setiap urusan ibadah sepanjang berada di Tanah Suci.

Semoga semua jemaah pulang nanti dengan hati yang lebih tenang, jiwa yang lebih dekat kepada Allah SWT serta dipertemukan semula bersama keluarga dalam penuh rahmat dan keberkatan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Marc Syahmie Cerita Pengalaman Masuk Peti Mayat Sebenar, Insaf Tentang Kematian...

Pelakon Marc Syahmie akui dia berdepan pengalaman paling mendebarkan sepanjang bergelar anak seni apabila perlu menjalani penggambaran di dalam peti mayat sebenar untuk drama...
error: Hello. Cannot.