Ads

“Sebenarnya Tak Perlu Pun Sampai RM10 Juta, RM5 Juta Juga Saya Sudah Sangat Bersyukur,” – Pierre Andre

Pengarah terkenal, Pierre Andre bakal mempertimbangkan untuk tidak lagi mengarahkan filem bergenre seram sekiranya karya terbaharunya, Nar’sata: Sekutu Setan gagal mencapai kutipan yang diharapkan.

Menurut Pierre, sebagai seorang pengarah, dia turut menyimpan impian untuk melihat filem arahannya meraih kutipan tinggi seperti mana kejayaan yang pernah dikecapi pengarah tempatan lain.

“Sebenarnya Tak Perlu Pun Sampai RM10 Juta, RM5 Juta Juga Saya Sudah Sangat Bersyukur,” – Pierre Andre

Simpan Impian Filem Cecah Kutipan RM10 Juta

“Rasa kecewa itu timbul kerana seumur hidup saya, filem arahan saya tak pernah capai kutipan RM10 juta.

“Sebenarnya Tak Perlu Pun Sampai RM10 Juta, RM5 Juta Juga Saya Sudah Sangat Bersyukur,” – Pierre Andre

“Jika diberi pilihan untuk menerima anugerah Pengarah Terbaik atau menjadi pengarah yang pernah berada dalam kelompok kutipan RM10 juta, saya mungkin pilih pengarah yang pernah capai angka itu.

Ads

“Sebenarnya tak perlu pun sampai RM10 juta. RM5 juta juga saya sudah sangat bersyukur. Jika tidak sampai ke tahap ekspektasi itu, saya merasakan orang mungkin sudah tidak mahu lagi menonton filem seram arahan saya.

“Jadi, saya akan pertimbangkan untuk menjadi filem ini sebagai sebagai filem seram terakhir saya. Jika filem ini meletup, saya sudah ada idea untuk kembangkan genre ini lagi,” katanya kepada MH.

Pierre berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Nar’sata: Sekutu Setan yang berlangsung di TGV Sunway Pyramid pada Selasa.

Ads

Filem terbitan Metrowealth International Group itu bakal ditayangkan bermula 21 Mei ini dan menampilkan barisan pelakon seperti Trisha Ooi, Mawar Rashid, Khatijah Tan, Wan Hanafi Su, Aniq Suhair dan Fadlan Hazim.

“Sebenarnya Tak Perlu Pun Sampai RM10 Juta, RM5 Juta Juga Saya Sudah Sangat Bersyukur,” – Pierre Andre “Sebenarnya Tak Perlu Pun Sampai RM10 Juta, RM5 Juta Juga Saya Sudah Sangat Bersyukur,” – Pierre Andre

Pierre Sedia Hasilkan Karya Genre Romantik Komedi

Pada masa sama, Pierre turut memaklumkan dia juga bersedia untuk kembali menghasilkan filem bergenre romantik komedi selepas ini.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

“Sebenarnya Tak Perlu Pun Sampai RM10 Juta, RM5 Juta Juga Saya Sudah Sangat Bersyukur,” – Pierre Andre

“Jika filem ini tidak menjadi (minta dijauhkan), saya akan kembali ke cinta pertama saya iaitu filem bergenre romantik komedi.

“Saya ada sebuah idea kisah cinta yang saya nak sangat buat. Namun, belum diberikan peluang. Orang tetap nak saya menghasilkan filem seram,” katanya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Ashhry

Pempengaruh Ashhry Belanja Lebih RM10,000, Chef ‘Berperang’ Seawal 6 Pagi… Lebih...

Pempengaruh yang juga usahawan, Ashhry Atan sememangnya dikenali dengan sikap pemurahnya. Ashhry yang juga adik kepada pempengaruh terkenal iaitu Anas Zahrin itu percaya, amalan memberi...
error: Hello. Cannot.