Jenama fesyen terkemuka, Ariani mempersembahkan koleksi terbarunya, ‘1001 Tales of Ariani’, dalam sebuah majlis pertunjukan fesyen yang meriah bertempat di Kuala Lumpur Convention Cntre, baru-baru ini.

Tidak hanya tertumpu kepada pelancaran koleksi Lebaran 2024, tetapi acara itu juga mempamerkan inovasi dan kreativiti yang tiada tandingan dalam industri fesyen hijab dan busana Muslimah di Malaysia.

Istimewanya, majlis turut diserikan dengan kehadiran DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin yang berkenan berangkat mencemar duli ke majlis pertunjukan fesyen tersebut.

Malah, jenama itu masih mengekalkan tiga dutanya iaitu Lisa Surihani, Bella Dally & Uyaina Arshad, dan menambah muka baru iaitu keluarga pasangan selebriti Amar Bahrin & Amyra Rosli serta Fyza Kadir sebagai wajah terbaru Ariani RTW Premium.

             

IKLAN

Majlis fesyen yang bertemakan Arabic itu dibuka dengan segmen Galeri Ariani, mempamerkan lebih dari 40 koleksi hijab yang merangkumi tudung polos dan printed pelbagai rekaan.

Segmen kedua pula diteruskan dengan pertunjukan rekaan dari Ariani Luxe, iaitu rangkaian koleksi hijab premium dengan perincian lace dan Swarovski.

Dalam pada itu, koleksi pakaian lelaki, Aryan pula menampilkan pelbagai rangkaian koleksi pakaian lelaki bermula dari kanak-kanak sehinga golongan dewasa seperti baju melayu sedondon, kurta dan jubah.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Galeri Ariani (@galeriariani)

Lisa Surihani, Bella Dally & Uyaina Kekal Duta & Acara Diserikan Dengan Kehadiran DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Meganya ‘1001 Tales of Ariani’!Lisa Surihani, Bella Dally & Uyaina Kekal Duta & Acara Diserikan Dengan Kehadiran DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Meganya ‘1001 Tales of Ariani’! Lisa Surihani, Bella Dally & Uyaina Kekal Duta & Acara Diserikan Dengan Kehadiran DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Meganya ‘1001 Tales of Ariani’!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Galeri Ariani (@galeriariani)

Ia diteruskan dengan segmen Ariani RTW, menampilkan 110 koleksi lebaran yang merangkumi kurung moden polos, kurung printed moden, kaftan dan jubah.

IKLAN

Istimewanya tahun ini, setiap koleksi didatangkan dengan kepelbagaian size bermula XXS sehingga 6XL.

Koleksi The Premium Series by Ariani RTW yang merangkumi jubah dan abaya serta koleksi kurung turut dipertontonkan dan ia dijual dalam kuantiti yang terhad.

Majlis diserikan dengan persembahan istimewa oleh Zizi Kirana yang mendendangkan lagu yang dipopularkan oleh penyanyi Arab, ‘Sabry Aleel’ sebagai tema khas kepada keseluruhan majlis selain Datuk Jamal Abdillah dan anaknya, Zaki Yamani.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI