Sebut je Qu Puteh, pasti anda terbayangkan pengasasnya yang vogue dan mempunyai mulut ramah jika berceloteh. Kebelakangan ini Datuk Seri Vida sekali lagi meraih perhatian netizen dengan penampilan terbaharu yang lebih langsing.
Aura usahawan kosmetik, Vida membuatkan dirinya mempunyai pengaruh dan peminatnya tersendiri. Rata-rata peminat yang mengikuti perkembangan Vida teruja apabila melihat usahawan itu sudah berjaya menurunkan berat badan.
Turun Berat Badan Salah, Berisi Lagi Salah
Selain itu, kapsyen Vida menerusi hantaran pada laman Instagram miliknya, seolah-olah memberi bayangan bahawa dia sememangnya sudah berjaya membuang ‘lemak tepu’ di badannya.
“Turun berat badan salah, berisi lagilah salah… semua tak kena,” tulis Vida ringkas.
Ads
Kurus Sebab ‘Bariatric Surgery’ Ke?
Meninjau keruangan komen, terdapat komen-komen ‘nakal’ dari netizen yang memoersoalkan adakah pelantun suara lagu Ku Ikhlaskan itu telah menjalani pembedahan bariatrik atau lebih popular dengan panggilan pembedahan potong usus atau perut.
“Datuk buat bariatric surgery ke? Wah tak lama lagi slim melim laa kan lagi cun,” tanya pengikutnya.
Menolak dakwaan dirinya melakukan pembedahan demi menguruskan berat badan, Vida sempat meninggalkan komen balas secara ringkas terhadap persoalan yang diajujan oleh peminatnya itu.
Namun, rata-rata netizen memuji penampilan terkini Vida yang kelihatan semakin cantik dan ayu, menyerlahkan kelas Vida yang tersendiri dan tampak lebih elegan.
“Pakaian dan make-up simple macam ni dah cukup cantik dan ayu Datuk.
Ads
“Pakai barang kemas yang simple jangan pakai hok besar-besar tu tak cantik.”
“Sukanya Datuk pakai macam ni. Lebih nampak style orang kaya, elegan gitu.”
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Doktor selebriti, Dr Say Shazril menegaskan penglibatannya sebagai petugas barisan hadapan bukan untuk pengiktirafan sebagai wira, sebaliknya demi bakti pada negara.
Namun jelas pengacara My Doctor ini, walaupun pada mula kedua ibu bapanya menghalang kerana bimbang akan keselamatan isteri dan anak yang masih kecil, namun dia tidak mampu menolak rasa tanggungjawab untuk berbakti kepada negara di saat yang sangat getir.
Tambahnya lagi, sebagai rakyat Malaysia, tindakan duduk di rumah ialah tindakan mematuhi arahan kerajaan, namun sebagai doktor dia tidak mampu hanya melihat rakan sejawat berperang dengan wabak bersendirian.
“Topik : I Am Not A Hero
“Sebulan lepas sebelum sy isi borang untuk sukarelawan sy bagitau parents sy dahulu akan niat sy untuk volunteer & mereka terus reject. Kata mereka “Its too dangerous boy. Think of Ace & Azura. What if u got the infection & spread it to them? Kesian kat Ace, dia kecik lagi”. Sy tahu sy patut dengar nasihat ibu bapa sy tapi kalau one day sy ditanya “Where were u when your country need u most?” apa sy nak jawab peeps?
“Kalau sy rakyat jelata, i’d be more than proud to say “i stayed at home like a responsible citizen should” tapi sy doktor, freelance pulak tu takkan sy nak tengok je rakan sejawat sy bertungkus-lumus sedangkan sy duduk rumah ber-dalgona coffee? Atas sebab ni sy terpaksa tolak tepi larangan parents sy. Pagi semalam sy mesej parents sy yg sy akan memulakan misi sukarelawan bersama @mercymalaysia.
“Pantas mak sy reply “Praises to your kind volunteerism. Just make sure you take very2 good care of yourself. Plz keep in touch and let us know your where about. Love you”
“Berair mata sy peeps. Bayangkan parents sy yg pada awalnya melarang keras kerana concern akan kesihatan sy & orang sekeliling sy akhirnya akur dengan keputusan sy, ia cukup bermakna buat sy. Kerana sy tahu pasti kita semua dah penat & meluat dengan COVID ni. Kita nak dia berakhir dengan cepat supaya kita dapat berjumpa yg tersayang, dapat menikmati masa bersama, dapat berpuasa & beraya bersama.
“Tapi selagi COVID masih ada, sy tahu kita tak berani nak merisikokan kesihatan orang tua kita.
“Maka here i am, answering my nation’s calling. I am not a hero but i am proud to say i am here when my country need me the most!” kongsinya menitipkan kesyukuran apabila mendapat restu ibu dalam melaksanakan tugas.
Pelakon Nora Danish mengakui dirinya turut terkesan dengan nasib menimpa pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir yang meninggal dunia selepas didakwa terjatuh dari bangunan di kawasan sekolah.