Ads

Afieq Shazwan Sasar Kahwin 28 Ogos 2028, Sudah Ada Perancangan – “Kalau Sudah Jodoh, Pastinya Tak Ke Mana. Tapi…”

Pelakon dan penyanyi Afieq Shazwan mendedahkan dia bakal mengakhiri zaman bujang dalam tempoh dua tahun lagi.

Menurut Afieq, dia sudah mempunyai perancangan ke arah perkahwinan, namun pada masa sama mengakui masih belum bersedia untuk melangkah ke fasa tersebut.

Afieq Shazwan Sasar Kahwin 28 Ogos 2028, Sudah Ada Perancangan - “Kalau Sudah Jodoh, Pastinya Tak Ke Mana. Tapi…”

Afieq Shazwan Sasar Kahwin 28 Ogos 2028, Sudah Ada Perancangan - “Kalau Sudah Jodoh, Pastinya Tak Ke Mana. Tapi…”

“Kami mensasarkan sekitar tahun 2028.

“Tarikh itu juga telah dipilih, iaitu pada 28 Ogos 2028.

“Kalau sudah jodoh, pastinya tak ke mana. Tetapi perancangan itu sudah ada,” katanya kepada MH.

Anggap Perkahwinan Satu Tanggungjawab Besar

Afieq berkata demikian ketika ditemui pada sidang media drama berjudul Sekali Lagi Bahagia yang berlangsung di A Quiet Place, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Selasa.

Ads

Afieq Shazwan Sasar Kahwin 28 Ogos 2028, Sudah Ada Perancangan - “Kalau Sudah Jodoh, Pastinya Tak Ke Mana. Tapi…”

Afieq Shazwan Sasar Kahwin 28 Ogos 2028, Sudah Ada Perancangan - “Kalau Sudah Jodoh, Pastinya Tak Ke Mana. Tapi…”

Dalam pada itu, pelakon drama Wadi tersebut menganggap perkahwinan sebagai satu tanggungjawab besar yang tidak seharusnya dilakukan secara terburu-buru.

“Saya melihat perkara ini sebagai satu tanggungjawab yang besar. Saya tidak mahu terlalu sibuk bekerja sehingga mengabaikan keluarga.

Ads

“Pada masa sama, saya juga tidak mahu menghalang apa yang diinginkan oleh pasangan.

“Jadi, biarlah kami mengejar impian masing-masing terlebih dahulu. Apabila benar-benar bersedia, barulah kami akan melangkah ke arah itu,” jelasnya lagi.

Pilih Simpan Hubungan Daripada Terlalu Didedahkan

Mengulas lanjut, Afieq memilih untuk tidak terlalu mendedahkan hubungan di media sosial kerana melihat pendekatan tersebut sebagai satu langkah yang lebih baik dalam menjaga keharmonian mereka.

Afieq Shazwan Sasar Kahwin 28 Ogos 2028, Sudah Ada Perancangan - “Kalau Sudah Jodoh, Pastinya Tak Ke Mana. Tapi…”

Ads

Afieq Shazwan Sasar Kahwin 28 Ogos 2028, Sudah Ada Perancangan - “Kalau Sudah Jodoh, Pastinya Tak Ke Mana. Tapi…”

Anda mungkin berminat dengan

“Apabila sesuatu hubungan terlalu didedahkan, kita tidak dapat menjangka kesannya. Kadangkala ia boleh menimbulkan salah faham.

“Buat masa ini, kami lebih selesa memberi tumpuan kepada kerjaya masing-masing.

“Jika orang tidak tahu, hubungan tersebut akan menjadi lebih mudah dari segi komunikasi. Tiada orang akan berkata apa-apa,” ujarnya.

Terdahulu, Afieq pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa bersama penyanyi Wani Kayrie ketika menyertai program Big Stage 2018.

Perkara tersebut turut menimbulkan persoalan dalam kalangan orang ramai apabila ada yang mendakwa mereka saling berbalas rasa menerusi lagu Cak Cak Cekuk dan Kepak Kepuk.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Selepas Keguguran Kali Kedua,” – Elizabeth Tan Kongsi Perjalanan IVF, Bakal...

Pelakon dan penyanyi, Elizabeth Tan teruja untuk berkongsi pengalaman menjalani prosedur persenyawaan in-vitro (IVF) bersama peminat menerusi platform media sosial miliknya.