Selepas hampir 10 tahun berehat, pengarah dan pelakon Pierre Andre tidak cemburu dengan kejayaan yang telah diraih oleh dua rakan pengarah lain, Syamsul Yusof dan Syafiq Yusof yang kini ‘mendonia’ dalam industri perfileman tanah air semasa.

Tidak menafikan dirinya agak ketinggalan, Pierre bagaimanapun optimis dan mahu menjadikan dua beradik itu sebagai sumber inspirasi untuk terus menghasilkan karya yang terbaik.

Pierre Andre Tak Cemburu, Syamsul & Syafiq Sumber Inspirasi – “Musuh Tentangan Sebenar Ialah Saya Sendiri.”

“Saya tak rasa tersaingi. Musuh dan tentangan sebenar adalah diri saya sendiri. Kejayaan mereka memberi inspirasi kepada saya untuk menjadi pengarah yang lebih baik.

“Ketika ini, filem Blood Brothers sudah mencapai RM76 juta. Kalau Syafiq boleh buat, saya pun mesti boleh. Cuma saya belum jumpa ‘kuncinya’ lagi.

“Saya akui memang saya agak tertinggal berbanding Syamsul dan Syafiq tapi saya tidak cemburu. Syamsul juga kawan saya tapi kami sudah lama tidak berhubung,” katanya kepada MH.

Anak kepada pelakon terkenal Khatijah Tan itu berkata sedemikian ketika ditemui di Majlis Doa Selamat Filem ‘Nar’Sata: Sekutu Setan’ di Ibu Pejabat Metrowealth, Petaling Jaya pada Rabu.

Ads

Hasilkan Filem Terbaharu

Katanya lagi, filem ‘Nar’Sata: Sekutu Setan’ bakal menjadi medan terbaik buat dirinya untuk menunjukkan taring sebagai salah seorang pengarah filem seram terbaik di negara ini.

Pierre Andre Tak Cemburu, Syamsul & Syafiq Sumber Inspirasi – “Musuh Tentangan Sebenar Ialah Saya Sendiri.”

“Saya nak tunjuk yang saya juga mampu memberikan saingan. Saya tak mahu jadi pengarah yang ketinggalan zaman. Saya kena ikut perkembangan semasa.

“Kalau mengikut carta di zaman ini, Syamsul dan Syafiq sudah berada di tahap yang lebih tinggi. Kalau dahulu, mungkin lain ceritanya.

“Ketika ini, saya hanya ‘underdog’. Untuk berada di satu tahap yang sama seperti mereka, memang bukan mudah. Mereka ada ilmu dan bajet yang bagus serta orang-orang di sekeliling mereka juga hebat,” ujarnya lagi memberi pendapat.

Ads

Tambah Pierre, dia juga memasang impian untuk menghasilkan filem yang mampu meraih jumlah kutipan pecah panggung.

Pierre Andre Tak Cemburu, Syamsul & Syafiq Sumber Inspirasi – “Musuh Tentangan Sebenar Ialah Saya Sendiri.”

“Hasil kutipan RM100 juta dan RM2 juta sangat berbeza. Ketika ini, jika filem meraih RM2 juta, itu tidak membanggakan langsung dan dikira tidak berjaya.

“Kebanyakan hasil kutipan filem saya hanya di bawah RM5 juta dan tak pernah dapat lebih RM10 juta. Jika berjaya cecah RM11 juta sekali pun, saya dah gembira.

“Saya nak buktikan kepada semua yang saya juga mampu meraih kejayaan sama,” katanya lagi.

Ads

Tiada Istilah Menyesal

Ditanya adakah dia menyesal kerana berehat panjang daripada dunia pengarahan, Pierre menganggap setiap anak seni mempunyai perjalanan tersendiri.

Pierre Andre Tak Cemburu, Syamsul & Syafiq Sumber Inspirasi – “Musuh Tentangan Sebenar Ialah Saya Sendiri.”

“Saya tidak menyesal. Sebaliknya, saya bersyukur. Dalam tempoh 10 tahun itu, nilai saya semakin meningkat. Harga saya juga jadi lebih mahal berbanding dahulu.

“Pertamanya, mungkin orang susah nak mendapatkan khidmat saya. Saya mahu berterima kasih kepada isteri kerana banyak berikan dorongan,” akhirinya.

Dalam pada itu, filem genre seram berkenaan bakal memulakan penggambaran pada 20 Mei depan.

Ia membariskan pelakon seperti Trisha Oii, Fadlan Hazim, Mawar Rashid, Khenobu dan ramai lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI