
Tahniah diucapkan kepada penyanyi popular, Jaclyn Victor yang kini selamat kembali bergelar isteri kepada pelaki pilihannya, Calvin Samuel.
Walaupun tidak berkongsi secara rasmi mengenai hari bahagia itu, namun beberapa rakan selebriti tampil berkongsi momen indah tersebut.
Antaranya termasuk rakan baik Jac, penyanyi Liza Hanim yang berkongsi video pendek momen bersejarah itu.
“Tahniah Jac dan Calvin! Kamu memang layak menerima segala kebahagiaan di dunia ini.
“Calvin ialah lelaki paling bertuah kerana berjaya memiliki seseorang yang baik hati, penyayang dan sangat berbakat seperti kamu, Jac!
“Selamat pengantin baru,” tulisnya pada ruang kapsyen pada hantaran yang sudah pun menerima lebih 1,000 tanda suka itu.
View this post on Instagram
Sama Cantik, Sama Padan
Difahamkan, majlis berkenaan diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada Ahad secara tertutup dan hanya dihadiri oleh teman rapat dan keluarga kedua belah pihak.
Menerusi perkongsian sama, Jac, 48, anggun mengenakan gaun serba putih dipadankan dengan Calvin yang menyarung sut tuksedo dwi-rona hitam dan putih.
Selain Liza, hadir sama pada majlis berkenaan termasuk Datuk Ramli MS, Che Puan Sarimah, Nikki Palikat, Shila Amzah, Siti Nordiana, Anuar Zain dan ramai lagi.
Untuk rekod, Jac pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi asal Amerika Syarikat, Shawn Rivera pada Julai 2014 namun bercerai lima tahun kemudian.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Jonah Joshiah Rivera, 10, dan Molly Marguerite Rivera, 8.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
@mediahiburanofficial Tahniah diucapkan kepada penyanyi, Jaclyn Victor yang kini bergelar isteri kepada lelaki pilihan, Calvin Samuel. Momen majlis membahagiakan itu dikongsikan rakan stylist, Vee Mukhtaram menerusi IGs, hari ini. 💕 #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ original sound – Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI