Belum rezeki menimang cahaya mata, isteri kepada pelawak popular, Shuib iaitu Watie Hanifiah memaklumkan dia mengalami keguguran, Sabtu lalu.

Menerusi hantaran di Instagram, Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah meluahkan rasa sayu dan mendedahkan dia seakan sudah mendapat petanda tentang kejadian tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Watie Hanifiah (@iamwatie)

“Siang malam mummy berendam air mata fikirkan kamu. Maaf kerana tak menjaga kamu dengan baik saat kamu ada di dalam rahim mummy.

“Maaf kerana tak menghargai kehadiran kamu di saat mummy terlupa begitu senang dan baiknya Allah berikan kamu.

“Walhal Mummy dah dapat petanda dari mimpi yang Mummy akan keguguran. Setiap masa Mummy fikir adakah mimpi itu akan jadi kenyataan.

“11 Mei mummy dapat berita kamu betul-betul pergi tinggalkan mummy,” tulisnya.

Reda & Anggap Ada Hikmah

Bagaimanapun, Watie reda atas kehilangan selain menyifatkan ujian ini mempunyai hikmaknya tersendiri.

“Ada Ibu Yang Menjaga Kamu Di Syurga…,” – Sahkan Keguguran, Luahan Isteri Shuib Buat Ramai Sebak

Ads

“Mungkin Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat mummy.

“Mungkin mummy masih belum mampu jadi mummy yang baik dan adil buat kamu, kakak dan abang-abang kamu.

“Mungkin masih banyak yang perlu mummy pelajari sebelum kamu lahir ke dunia ini.

“Dan mungkin Allah nak mummy lebih menghargai anak-anak yang mummy ada sebelum adanya kamu.

“Mummy redha walau ianya terasa perit untuk mummy hadapi.

Ads

“Mummy tetap bersyukur Allah titipkan kamu walau hanya untuk beberapa bulan yang indah,” kongsinya.

Mohon Diberikan Ruang

Dalam pada itu, Watie memohon kepada semua pihak untuk memberikannya ruang dalam melalui fasa sukar.

“Ada Ibu Yang Menjaga Kamu Di Syurga…,” – Sahkan Keguguran, Luahan Isteri Shuib Buat Ramai Sebak

“Terima Kasih untuk kata-kata semangat dari kalian sekalian. Mummy tak mampu lagi untuk berjumpa dan berbalas. Maaf atas kerja-kerja yang tergendala.

“Mummy masih dalam fasa perasaan paling sedih yang Mummy rasakan dalam hidup Mummy.

Ads

“Tapi dengan kata-kata dari kalian ini jugalah sedikit sebanyak dapat memujuk hati Mummy ketika ini,” kongsinya lagi.

Sebelum ini, ramai yang membuat teki-teki Watie sedang berbadan dua menerusi beberapa foto dan video tular di media sosial.

Bagaimanapun, Watie mahu pun Shuib tidak membuat apa-apa kenyataan rasmi mengenai perkara itu.

Watie dan Shuib bertemu jodoh pada 23 Jun 2023 dan Shuib memiliki empat orang cahaya mata hasil perkahwinan dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

Sumber & Kredit Foto: Instagram Watie Hanafiah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI