Pengacara Hawa Ridzwana terkilan apabila ada pihak yang merendahkan-rendahkan mereka yang menyambung pengajian dalam bidang komunikasi dan seni persembahan di Institusi Pengajian Tinggi.

Menurut Hawa yang juga graduan Ijazah Sarjana dalam bidang komunikasi dan aktif dalam dunia pementasan teater, setiap bidang itu mempunyai ilmunya yang tersendiri.

“Kewartawanan Jadikan Saya Lebih ‘Manusia’,” – Rendahkan Kursus Komunikasi & Seni, Hawa Rizwana Terkilan

“Bagi saya, apa sahaja bidang sama ada seni, sains atau komunikasi, ada teori dan ilmunya yang tersendiri. Saya agak sedih bila ada yang merendah-rendahkan bidang komunikasi.

“Apa sahaja yang kita lakukan dalam kehidupan seharian, komunikasi adalah perkara utama.

“Kita belajar demi menuntut ilmu. Lain orang, lain minat dan kekuatannya.

“Pada saya, kenapa kita tidak meraikan setiap minat dan kursus-kursus orang lain daripada nak merendah-rendahkan,” katanya kepada MH.

Ads

Hawa berkata sedemikian ketika ditemui selepas berakhir Konsert MeleTOP TVS di Stadium Tertutup Miri, pada Sabtu.

“Kewartawanan Jadikan Saya Lebih ‘Manusia’,” – Rendahkan Kursus Komunikasi & Seni, Hawa Rizwana Terkilan

Lantaran itu, Hawa turut menyeru kepada pada pembikin konten untuk terus menuntut ilmu agar dapat memberikan manfaat kepada orang lain.

“Ada orang mampu untuk ke universiti dan ada juga yang tidak. Saya agak sedih bila ada yang mampu tapi memilih untuk tidak sambung belajar.

Ads

“Anda juga boleh menjadi pempengaruh bila berilmu. Saya ada rakan-rakan yang bekerja dalam bidang perubatan dan mereka berjaya jadi conten creator kerana berkongsi ilmu,” ujarnya lagi.

Mampu Lahirkan Insan Berjaya

Malah, pengacara program MeleTOP ini percaya bidang komunikasi dan seni ini juga mampu malahirkan manusia-manusia yang berjaya.

“Kewartawanan Jadikan Saya Lebih ‘Manusia’,” – Rendahkan Kursus Komunikasi & Seni, Hawa Rizwana Terkilan

“Alhamdulillah, terpulang kepada minat masing-masing. Saya ambil bidang kewartawanan kerana minat. Saya juga ikut nasihat keluarga terutama ayah.

Ads

“Mulanya saya minat fesyen tapi pada masa saya saya ingin menjadi wartawan. Ayah saya bagitahu, belajar sahaja bidang kewartawanan.

“Bila belajar bidang ini, kita boleh menulis tentang fesyen, pelancongan, sukan dan macam-macam lagi,” katanya lagi.

Jelas Hawa, bidang kewartawanan ini telah membuka mindanya terhadap keadaan dunia sebenar dan menjadikannya lebih manusia.

“Walaupun saya bekerja sebagai wartawan hanya tiga tahun, itulah yang membentuk saya jadi seperti ini. Ia jadikan saya lebih manusia.

“Belajarlah bidang apapun. Asalkan niat kita nak bekerja kerana Allah dan mencari rezeki untuk keluarga,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI