Siapa sangka, selepas dimahkotakan sebagai juara pertama America’s Next Top Model (ANTM) pada tahun 2003, kehidupan Adrianne Curry akan berubah sepenuhnya, bukan ke arah kemasyhuran yang dijanjikan, tetapi kepada kehidupan sederhana sebagai seorang usahawan kosmetik.

Ketika namanya mula melonjak naik hasil kemenangan dalam rancangan realiti popular itu, Adrianne menjadi wajah baharu dunia fesyen. Menerima kontrak peragaan dan penampilan di majalah sebagai ganjaran kemenangan, ramai menyangka beliau bakal melangkah ke pentas antarabangsa dengan penuh glamor.

Namun, kini dia memilih jalan yang sangat berbeza. Menetap di kawasan pergunungan Montana, Amerika Syarikat, dia menjalankan perniagaan Avon secara dalam talian dan berkongsi tip kecantikan serta kehidupan melalui media sosial.

Dulu Model Terkenal, Kini Jual Avon. Adrianne Curry Bahagia Hidup Sederhana

“Orang tegur saya di jalan kerana menyangka kami pernah satu sekolah. Saya terlalu segan nak mengaku saya dulu selebriti TV,” katanya dalam satu hantaran video TikTok yang meraih perhatian ramai.

Ads

Kehidupan Seorang ‘Has-been’

Menyedari bahawa popularitinya telah pudar, bekas model berusia 42 tahun itu mengakui bahawa kehidupannya kini lebih tenang, namun penuh keinsafan. DIa menggelarkan dirinya sebagai ‘has-been’, istilah yang digunakan untuk menggambarkan seseorang yang pernah terkenal, namun kini dilupakan.

Meskipun ada yang masih mengenalinya, komen yang diterima kadangkala tidak menyenangkan. “Oh, itu model menjengkelkan dari TV tu,” katanya mengulangi kata-kata seorang individu yang mengecamnya.

Menurutnya, pengalaman dalam dunia realiti TV bukanlah seperti yang digambarkan. Dia mendakwa berasa tertipu selepas rancangan ANTM tamat, malah menyifatkan industri peragaan sebagai kejam, penuh janji manis dan berunsur eksploitasi.

Ads

Dalam temu bual bersama People Magazine pada tahun 2024, Adrianne menyatakan, “Industri ini penuh penipuan. Saya belajar bahawa saya tak boleh percaya sesiapa, tapi saya tetap juga terkena.”

Dulu Model Terkenal, Kini Jual Avon. Adrianne Curry Bahagia Hidup Sederhana
Adrianne (tiga dari kanan) bersama peserta lain ketika menyertai ANTM musim pertama.

Dia juga membuka kisah rumah tangganya bersama pelakon Christopher Knight yang bermula dari rancangan My Fair Brady, sebagai satu perkahwinan yang penuh kepura-puraan.

“Kami hanya berpura-pura bahagia kerana tahu sedang dirakam. Di sebalik kamera, semuanya jauh lebih buruk,” katanya jujur.

Ads

Berkahwin dengan Christopher pada 2006 dan kemudiannya bercerai pada 2013, kini Adrianne bahagia di samping suami tercinta, Matthew Rhode, yang dikahwininya kira-kira tujuh tahun lalu.

Syukur Dengan Jalan Hidup Sekarang

Walaupun laluan hidupnya berliku, Adrianne tidak menyesal dengan keputusan meninggalkan dunia glamor. Katanya, jika dia benar-benar berjaya sebagai supermodel, mungkin dirinya akan berubah menjadi orang yang tidak disukainya.

“Saya bersyukur semuanya tak menjadi seperti yang dirancang. Kalau saya terlalu berjaya dulu, mungkin saya jadi manusia yang teruk,” ujarnya.

Kini, Adrianne fokus kepada kehidupan lebih realistik, menjual produk kecantikan dan berkongsi pengalaman sebenar tentang kecantikan, penuaan dan penerimaan diri.

++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI