Pelakon terkenal Indonesia, Arya Saloka, disahkan telah sah bercerai dengan isterinya, Putri Anne, selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Mahkamah Agama Jakarta Selatan telah menerima permohonan cerai talak yang difailkan pada 15 April lalu oleh Arya secara verstek, iaitu tanpa kehadiran pihak tergugat dalam perbicaraan meskipun telah dipanggil secara sah.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh peguam mewakili Arya, Aflah Abdurrahim, dalam sidang media yang diadakan di Jakarta Selatan, hari ini.

“Alhamdulillah, permohonan cerai talak oleh Arya Saloka telah diputuskan dan diterima oleh mahkamah. Kini hanya menunggu proses lafaz talak yang perlu dilakukan sendiri oleh Arya di hadapan hakim,” katanya seperti dikongsi media tempatan.

Ads

Menurutnya, keputusan tersebut telah dihantar melalui sistem e-court dan kini menanti proses terakhir iaitu lafaz talak rasmi oleh anak guamnya.

BACA JUGA: Putri Anne Akui Tidak Lagi Berhijab Kerana Sudah Bercerai Dengan Arya Saloka

Dalam keputusan mahkamah itu, hak penjagaan anak diberikan kepada Putri Anne berdasarkan fakta-fakta yang dikemukakan semasa perbicaraan.

Ads

Isu berkaitan nafkah anak pula tidak menjadi pertikaian, sebaliknya telah dipersetujui secara bersama antara kedua-dua pihak

Tambah Aflah, hubungan antara Arya dan Putri Anne masih dalam keadaan baik meskipun sedang melalui proses perceraian.

Ads

“Setakat ini, komunikasi antara kedua-dua pihak berjalan dengan baik dan tiada sebarang tindakan defensif yang menjadi isu utama dalam kes ini,” katanya.

Pasangan selebriti itu berkahwin pada Ogos 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Ibrahim Jalal Ad Din Rumi yang kini bakal memasuki usia 6 tahun.

++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI