Ads

Kemenangan Album [RE.HAB] Di AIM25, Aisha Retno Ulas & Percaya Penilaian Juri – “Saya Terima Segala Pendapat Dengan Hati Terbuka.”

Penyanyi dan komposer Aisha Retno menerima dengan hati terbuka susulan tindakan segelintir pihak yang didakwa telah mempertikaikan kemenangan albumnya, [RE.HAB] yang diimumkan sebagai Album Terbaik pada Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-25, baru-baru ini.

Pertikaian dikatakan timbul selepas album mini (EP) tersebut hanya memuatkan lima buah lagu, berbanding calon lain yang mempertaruhkan album penuh pada acara pengiktirafan muzik berprestij itu.

Mengulas perkara tersebut, Aisha berkata, soal pemilihan dan penilaian bukan terletak di tangannya.

Kemenangan Album [RE.HAB] Di AIM25, Aisha Retno Ulas & Percaya Penilaian Juri - “Saya Terima Segala Pendapat Dengan Hati Terbuka.”

Sebaliknya ia diserahkan sepenuhnya kepada barisan juri yang membuat keputusan berdasarkan kriteria serta syarat pertandingan yang telah ditetapkan.

Kemenangan Album [RE.HAB] Di AIM25, Aisha Retno Ulas & Percaya Penilaian Juri - “Saya Terima Segala Pendapat Dengan Hati Terbuka.”

“Saya terima segala pendapat dengan hati terbuka. Tahun ini saya terbabit dengan pelbagai peranan seperti penyanyi, juri dan pelakon teater.

“Banyak perkara yang terjadi dalam satu masa tahun ini dan dibaluti dengan segala kecaman kiri dan kanan.

“Saya ambil masa yang cukup lama berdasarkan kisah sebenar diri saya. Saya hadapi sesi ‘rehab’ diri sendiri kerana kejadian dua hingga tiga tahun lalu yang membawa nama buruk kepada saya. Album ini adalah kelahiran semula.

Ads

“Saya berterima kasih kepada juri. Mungkin ada juga yang belum mendengarkan album ini.

“Mengenai kriteria, saya bukanlah orang yang tepat untuk menjawab kerana semuanya sudah ada terma dan syaratnya,” katanya kepada MH.

Penyanyi lagu Tak Adil itu berkata sedemikian ketika ditemui pada Majlis Khatam al-Quran, Bacaan Yasin dan Tahlil untuk Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali di Musollah Aisya, Titiwangsa, Kuala Lumpur pada Rabu.

“Biar Masa Yang Meredakan Segala.”

Dalam pada itu, Aisha turut menyifatkan segala kritikan sebagai alah bisa tegal biasa, lebih-lebih lagi selepas pelbagai isu berbangkit melibatkan dirinya sepanjang tahun ini.

Kemenangan Album [RE.HAB] Di AIM25, Aisha Retno Ulas & Percaya Penilaian Juri - “Saya Terima Segala Pendapat Dengan Hati Terbuka.”

Ads

“Sebenarnya, banyak yang berlaku secara berterusan kepada saya sepanjang tahun ini. Saya berdepan dengan kata-kata orang, sama ada baik atau buruk.

“Daripada saya jadi juri, muncul di Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW), isu fesyen di Keretaapi Sarong 2026. Kemudian datang pula isu AIM.

“Saya pun tak sempat hadap. Jadi, saya biarkan ia berlalu. Mungkin ini adalah ‘padang latihan’ untuk saya membiasakan diri. Ia sentiasa berlaku di isu yang berbeza.

“Biar masa yang meredakan segalanya kerana apa yang penting saya berada di tanda aras yang benar dan masih ada penasihat serta orang-orang di sekeliling kita yang selalu menasihat,” katanya lagi.

Dalam masa sama, Aisha menyifatkan segala kritikan yang diterima tidak akan mematahkan semangatnya, sebaliknya menjadi sebahagian daripada perjalanan yang perlu ditempuhnya dalam industri muzik.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Kemenangan Album [RE.HAB] Di AIM25, Aisha Retno Ulas & Percaya Penilaian Juri - “Saya Terima Segala Pendapat Dengan Hati Terbuka.”

“Saya pilih untuk jalan terus demi muzik. Saya sebenarnya seorang yang banyak berfikir. Saya teliti dengan apa yang orang berkata kepada saya.

“Namun, kalau adalah orang yang sama berkata saya sangat gembira kerana itu bermakud orang itu sedang meneliti saya dan dia nampak kewujudan saya dalam industri muzik,” katanya.

Menerusi kategori Album Terbaik AIM25, Aisha mengenepikan saingan empat karya hebat lain iaitu Sa25 oleh Shila Amzah, Album: Lelaki Gila (Naim Daniel dan Adnin Roslan), Gema Bumantara (Datuk Seri Siti Nurhaliza) dan Jati Diri (Faizal Tahir dan Let Zapin).

Kejayaan memenangi kategori Album Terbaik melayakkan Aisha membawa pulang wang tunai berjumlah RM200,000 menerusi Dana Kandungan Digital (DKK) oleh Kementerian Komunikasi melalui MyCreative Ventures.

Selain itu, Aisha turut membawa pulang dua lagi trofi iaitu Rakaman Album Terbaik dan Lagu Tempatan Bahasa Inggeris Terbaik menerusi lagu O.R.B.I.T..

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

“Saya Ambil Masa Sekitar Dua Bulan…,” – Arya Saloka Dedah Belajar...

Pelakon Indonesia, Arya Saloka mendedahkan dia mempelajari ilmu Rukyah bagi menjayakan watak ustaz menerusi filem seram terbaharu, Munafik: Melawan Iblis.