Luahan penuh emosi penyampai radio Gegar FM, Fizie Roslan, sempena sambutan Hari Ibu cukup menyentuh hati ramai.
Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik ke media sosial baru-baru ini, Fizie menyampaikan puisi bertajuk Pelita Hatiku, sebagai tanda penghargaan buat ibunya, Sarimah Bahazin, 62.
Hantaran tersebut turut disertai kapsyen berbunyi;
“Kalau ini kali terakhir kami boleh…”, mencerminkan rasa syukur dan kasih yang mendalam.
Fizie turut berkongsi bahawa ibunya merupakan seorang suri rumah yang tidak pernah jemu mencurah kasih sayang kepada dirinya serta dua adik beradiknya yang lain.
Ads
“Bila diberikan tugasan untuk membuat ‘content’ itu, saya memilih untuk membaca puisi sebagai luahan penghargaan buat ibu saya.
“Tidak ternilai pengorbanan seorang ibu dan tidak ada penghargaan yang mampu membalas jasa yang diberikannya kepada kita sebagai anak,” jelasnya.
Dalam pada itu, Fizie mengingatkan semua agar menghargai ibu selagi mereka masih ada.
Ads
Katanya, meskipun sibuk bekerja, dia akan sentiasa mencari ruang untuk menghubungi ibunya di kampung.
“Saya sendiri akan sentiasa mencari masa untuk hubungi ibu saya di kampung setiap kali ada peluang meskipun sibuk bekerja,” jelasnya.
Tambah Fizie lagi, bukan hanya ibu kandung yang perlu dihargai, bahkan ibu mentua juga wajar disayangi seperti ibu sendiri.
“Alhamdulillah ibu mentua saya, Hasmah Mohamad, yang juga banyak menyokong kerjaya seni dan mempercayai kebolehan saya,” tambahnya.
Ads
Sokongan Ibu Mentua & Langkah Lebarkan Bisnes
Fizie yang juga duta bagi produk Maamy Mineral Essence memaklumkan, dia berjaya memujuk ibu mentuanya untuk melebarkan empayar perniagaan ke Lembah Klang.
“Ada juga cerita menarik, sempena Hari Ibu juga ibu mentua saya akhirnya setuju untuk mempunyai pejabat di Avenue Crest, Shah Alam dalam usaha memperkenalkan produknya ke pasaran lebih luas,” katanya lagi.
Tidak pernah putus dalam mengenang jasa dan pengorbanan orang tua, Fizie sekali lagi melahirkan rasa syukur kerana masih berpeluang menikmati kasih dua insan penting dalam hidupnya.
“Macam saya katakan, selagi Allah berikan kita peluang dan ibu masih bernyawa kita perlu menghargai dan memberikan yang terbaik,” katanya penuh makna.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi asal Singapura yang kini bersaing di pentas Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Hazrul Nizam mengakui sehingga kini dia masih solo dan tidak pernah mendirikan rumah tangga.
Terbuka untuk berkongsi statusnya itu kepada peminat, Hazrul bagaimana pun tidak menafikan dia sebenarnya lebih gemar untuk tidak terlalu berkongsi hal privasi.
“Saya selesa begini memandangkan saya seorang yang ‘private’, termasuk mengenai ahli keluarga dan sebagainya. Biarlah keluarga sokong saya di belakang dan saya ke depan.
“Kalau ada orang bertanya (hal peribadi) juga, kita tengoklah sejauh mana. Kalau soal status saya tak pernah kahwin, masih solo.
“Saya terbuka jugalah untuk kongsi, selagi ia tidak menyentuh mengenai ahli keluarga. Kalau libatkan saya seorang, saya okay saja,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Hazrul,42, yang kian mendapat rentak selepas menerima markah rendah pada konsert pengenalan GV9 mengakui kini lebih selesa untuk membuat persembahan tiap minggu.
“Saya sudah rasa makin selesa membuat persembabahan. Pada masa sama, ramai juga penyokong yang beri kata semangat. Jujurnya pada minggu pertama saya lakukan riviu lihat balik persembahan, betul ke aku nyanyi begitu.
“Jadi saya kena buktikan sesuatu. Minggu kedua saya betul-betul nak buat yang terbaik dari segi nyanyian dan penghayatan juga. Alhamdulillah dan saya syukur bila lagu saya dikenali sehingga ke Malaysia, memang tak sangka,” katanya lagi.
Penyanyi dan komposer, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Aina berkata, keputusan itu dibuat bagi memberikan keselesaan dan suasana eksklusif untuk para peminat.
“Konsep ini lebih dekat dengan jiwa saya selain mahu peminat benar-benar mendengar, merasai dan menghayati setiap lagu yang dibawakan.
“Saya berharap dengan perubahan yang dibuat menambah keterujaan kepada peminat serta penonton untuk menyaksikan persembahan demi persembahan yang bakal ditampilkan,” katanya.
Dalam masa sama, Aina turut mengumumkan potongan eksklusif sebanyak 30 peratus untuk tiket di semua kategori bagi memberikan peluang kepada lebih ramai peminat untuk menyaksikan persembahannya.
Tawaran itu termasuk untuk dua lokasi lain yang bakal berlangsung di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 14 Disember ini dan Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 11 Januari depan.
“Saya berharap tawaran ini akan membuka peluang kepada lebih ramai peminat untuk menyaksikan setiap detik persembahan saya,” katanya.
Bagi lokasi di Zepp KL harga tiket akan dijual bermula dengan harga RM288 sehingga RM6666 bagi VIP Box.
Untuk harga tiket di UMS dan UUM pula bermula daripada RM100 (CAT 2), RM150 (CAT 1) dan RM180 (IMAJI Zone).
Tiket boleh dibeli di laman rasmi di ticket2u.com.my atau membuat pembayaran dengan menggunakan sistem Buy Now Pay Later seperti Atome dan SPayLater.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon filem adaptasi aksi nyata Lilo & Stitch terbitan Disney, David Hekili Kenui Bell, dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 46 tahun, menurut kenyataan...