Astro terus memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju hiburan isi rumah di Malaysia dengan mengumumkan kemasukan rasmi Prime Video ke dalam ekosistem hiburannya.

Pelanggan kini boleh menikmati pelbagai siri TV, filem blockbuster, dokumentari dan rancangan realiti dari seluruh dunia secara terus tanpa perlu melanggan secara berasingan.

Lebih menarik, sempena pelancaran ini, Astro menawarkan promosi eksklusif kepada pelanggan Astro One, di mana mereka boleh menikmati akses selama dua bulan ke Prime Video tanpa sebarang caj tambahan.

Akses Momen Terbaik

Tawaran istimewa ini berlangsung dari 24 April hingga 23 Jun 2025, dan memberikan peluang keemasan kepada peminat hiburan untuk merasai pengalaman menyaksikan kandungan antarabangsa secara sah, mudah dan selesa dari rumah.

Dengan tema “Prime Moments Best with Astro”, kerjasama ini mempersembahkan pengalaman yang menyeluruh dan lancar dalam satu ekosistem yang tersusun. Segala kandungan eksklusif Prime Video seperti Amazon Originals, siri popular dan filem antarabangsa kini boleh diakses dalam satu platform.

Ads

Rancangan Menarik

Antara judul menarik yang kini tersedia dan tidak wajar dilepaskan termasuklah siri “The Divorce Insurance” yang merupakan sebuah drama penuh konflik dan emosi yang mengupas isu perkahwinan dalam dunia korporat. “Reacher” pula menghidangkan aksi dan ketegangan menerusi kisah Jack Reacher yang memburu kebenaran di sebalik pelbagai konspirasi.

Nak Catch Up Drama Luar Negara? Prime Video Kini Tiba di Astro One, Senang Nak Layan!

Bagi penggemar drama Korea, “Marry My Husband” hadir sebagai sebuah kisah romantik yang sarat dengan emosi dan penuh kejutan. Manakala “The Boys” merupakan siri adiwira yang memaparkan sisi gelap kuasa dan ketamakan, dengan pendekatan naratif yang lebih matang dan mendalam.

Tidak kurang menarik ialah “Beast Games”, sebuah rancangan realiti yang mencabar kekuatan fizikal dan mental para peserta dari pelbagai latar belakang, mencipta ketegangan dan inspirasi dalam setiap episod.

Ads

Selain tawaran kandungan antarabangsa, dengan Astro One, anda juga boleh menyaksikan rancangan tempatan yang tular kini seperti drama bersiri Dia Imamku dan First Wives. Pastinya lakonan daripada pelakon-pelakon hebat seperti Kamal Adli, Siti Saleha, Mimi Lana dan Malek McCrone bakal buat anda terpukau.

Nak Catch Up Drama Luar Negara? Prime Video Kini Tiba di Astro One, Senang Nak Layan!

Jika anda gemar rancangan berbentuk konsert, Big Stage Alpha akan menghiburkan hujung minggu. Membariskan 18 peserta, musim keenam ini menyuntik kelainan dengan menampilkan penyanyi lelaki sahaja.

Tidak ketinggalan untuk si cilik, rancangan seperti Mechamato The Movie sesuai untuk hiburan seisi keluarga dengan kelincahan karakter dan penyampaian mesej yang cukup positif.  Buat si kaki sukan pula, anda boleh menyaksikan Sepak Takraw League 2025 yang kini sedang berlangsung untuk mencari pasukan paling unggul di Malaysia.

Ads

Tawaran Hebat

Untuk menikmati akses Prime Video ini, pelanggan hanya perlu mendaftar pelan Astro One dalam tempoh promosi.

Kehadiran Prime Video secara rasmi di dalam platform Astro One bukan sekadar menambah satu lagi sumber hiburan, malah membuka pintu kepada dunia kandungan global dengan lebih mudah dan berbaloi. Menampilkan lebih 100,000 koleksi hiburan untuk anda, kesemua kandungan di Astro One boleh distrim bila-bila masa oleh empat peranti dalam tempoh yang sama.

Jangan lepaskan peluang ini. Langgan Astro One hari ini dan bersedia untuk layan drama, filem dan rancangan terbaik dunia terus dari ruang tamu anda. Untuk maklumat lanjut layari www.astro.com.my.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI