Pelakon berpengalaman, Nor Khiriah meluahkan rasa sebak dan gementar saat melakonkan babak di dalam liang lahad untuk drama Seribu Tahun, sebelum ini.

Menurut Khiriah, babak tersebut dilakonkan olehnya sendiri tanpa ada pelakon pengganti atas permintaannya kepada pengarah drama, Shahrulezad Mohameddin.

“Saat-saat memasukkan diri ke liang lahad. Akak yang minta dekat Abang Ezad nak masuk liang, lepas tu akak lupa.

“Nervous bercampur blur. Sampai dekat kubur, akak stuck dan air mata mengalir tak berhenti,” tulisnya dalam satu hantaran di Instagram.

Terima Kasih Buat Suami & Pengarah

Menerusi perkongsian sama, Khiriah turut menitipkan nasihat buat para pengikutnya agar tidak meninggalkan solat, meskipun diri mungkin belum sempurna.

Ini kerana azab kubur itu sangatlah nyata dan berat.

Ads

“Ya Allah, pesan akak satu sahaja, jangan tinggal solat waima kita ni jahat macam mana sekali pun jika ada rasa sayang dengan diri sendiri,” tulisnya lagi.

Lebih menyentuh hati, Khiriah juga mendedahkan, suaminya turut menghadiahkan kain kapan sempena hari lahirnya sebagai simbol sokongan terhadap penghayatan watak tersebut.

“Terima kasih Allah atas hadiah yang cukup besar. 9/4/2025 Allah izinkan akak masuk liang lahad dua hari sebelum birthday akak. Dan birthday akak, suami hadiahkan kain kapan.

“Dosa banyak sampai Allah bagi nikmat ini. Moment ni mahal,” kongsinya.

Ads

Norkhiriah Sebak Lakon Babak Dalam Liang Lahad – “Sampai Kubur, Akak Stuck Dan Air Mata Mengalir Tak Henti.” Norkhiriah Sebak Lakon Babak Dalam Liang Lahad – “Sampai Kubur, Akak Stuck Dan Air Mata Mengalir Tak Henti.” Norkhiriah Sebak Lakon Babak Dalam Liang Lahad – “Sampai Kubur, Akak Stuck Dan Air Mata Mengalir Tak Henti.” Norkhiriah Sebak Lakon Babak Dalam Liang Lahad – “Sampai Kubur, Akak Stuck Dan Air Mata Mengalir Tak Henti.”Norkhiriah Sebak Lakon Babak Dalam Liang Lahad – “Sampai Kubur, Akak Stuck Dan Air Mata Mengalir Tak Henti.” Norkhiriah Sebak Lakon Babak Dalam Liang Lahad – “Sampai Kubur, Akak Stuck Dan Air Mata Mengalir Tak Henti.”

Watak ‘Nor’ Satu Anugerah

Dalam pada itu, Khiriah merakamkan dedikasi kepada pengarah, Shahrulezad Mohameddin atas kepercayaan yang diberikan untuk menjayakan watak Nor.

Bintang itu menyifatkan, perjuangan Shahrulezad dalam menghasilkan karya ini sebagai luar biasa dan penuh keikhlasan.

Ads

“Buat Abang Ezad, mata Nor jadi saksi betapa struggle abang demi Seribu Tahun. Terima kasih abang. Semoga tiap ketukan abang menjadi saham pahala buat abang.

“Di mulut abang tak lekang ‘abang buat kerana Allah, NOR’. Akan Nor simpan rapi dalam hati. Semoga Allah membalas segala kebaikan abang.

“Percayalah berdirinya watak ‘Nor’ atas izin Allah. Tanpa izin Allah, kaku keras akak tak ke mana,” tulisnya lagi.

Drama Seribu Tahun yang menjadi perhatian pencinta drama Melayu ini turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Azhan Rani, Emma Maembong, Azrul Zaidi dan ramai lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @khiriah17

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI