Pelakon terkenal Korea Selatan, Kim Bo Ra disahkan telah bercerai dengan suaminya yang juga pengarah filem, Jo Ba Reun, kurang daripada setahun selepas mendirikan rumah tangga.
Perkara tersebut diumumkan oleh agensinya, noon company, menerusi satu kenyataan rasmi pada 10 Mei lalu yang turut mengesahkan semua proses berkaitan perceraian telah diselesaikan secara baik.
“Selepas mempertimbangkan pelbagai aspek serta mengadakan perbincangan secara teliti, Kim Bo Ra dan suaminya telah mengambil keputusan untuk bercerai secara baik atas persetujuan bersama. Proses perceraian telah pun selesai baru-baru ini,” kata kenyataan itu.
Ads
Dalam kenyataan sama, pihak agensi turut meminta agar semua pihak menghormati keputusan peribadi artis mereka dan tidak membuat spekulasi liar yang boleh mencetuskan kekeliruan.
“Kami merayu agar orang ramai tidak membuat spekulasi tidak berasas, mengelakkan laporan bersifat sensasi dan menghentikan penyebaran maklumat palsu berkaitan perkara ini,” tambah mereka.
Ads
Kim Bo Ra dan Jo Ba Reun mula menjalin hubungan selepas bekerjasama dalam penggambaran filem The Grotesque Mansion. Pasangan itu kemudian mengikat tali pertunangan dan melangsungkan perkahwinan pada Jun tahun lalu selepas tiga tahun bercinta.
Ads
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pendakwah bebas, PU Riz terkilan dengan sikap segelintir pihak yang didakwa sengaja mencetuskan provokasi sewaku perlawan di antara Manchester United dan ASEAN All-Star, kelmarin.
Menurut PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail, tindakan bersorak dan mengibarkan skarf pasukan lain ketika stadium dipenuhi penyokong Manchester United sememangnya agak keterlaluan.
“Walaupun masih lagi kalah tapi itulah resam permainan sebuah perlawanan. Tidaklah terlalu sedih kerana ASEAN semalam memang ada orang kita.
“Disebalik perasaan yang bercampur aduk, adalah seorang manusia ini, tiba tiba buat provokasi tak tahu kenapa. Mungkin hanya gurauan tapi tak molek.
“Pendapat peribadi saya, walaupun saya tidak terlalu terasa dengan kelakuan tersebut tetapi adab mendahului segala hal aspirasi agama,” tulisnya.
Luahan itu dikongsikan oleh suami kepada selebriti Neelofa itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Katanya lagi, tindakan tersebut secara tidak langsung telah mencetuskan perbalahan dan laungan kata-kata kesat sehingga menyebabkan keadaan menjadi kurang selesa terutamanya buat kanak-kanak.
“Nabi diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Ada yang hampir bergaduh semalam. Kata-kata kesat itu sudah lancar dibibir masing masing.
“Jadi, untuk apa semua ini? Kita datang untuk meraikan sukan bukan perbalahan yang dicari. Tambah pula Ada yang bawa anak anak kecil semalam. Sangatlah tak Wajar.
“Saya pula datang dengan ibu sedikit sedih tapi cuba alihkan perhatian,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, PU Riz turut memaklumkan situasi tersebut tidak berlaku sewaktu dia dan isteri menonton perlawanan di antara Manchester United menentang Manchester City di Stadium Wembley, tahun lalu.
“Sewaktu saya dan isteri ke Wembley Stadium tahun lepas, suasana sedikit berbeza. Mengapa? Walaupun ada yang tersalah seat penyokong Manchester city dalam seat MU.
“Walaupun kalah mereka hanya diam dan sedikit pulang dengan wajah sedih. Benar tak dinafikan di jalanan pun ramai orang yang menyanyi dan tunjuk sifat sokongan, provokasi aman dan lebih terkawal.
“Tulisan saya ini bukanlah mewakili semua, tapi ini sekadar pengalaman peribadi yang punyai nilai moral yang dapat dikutip sebagai pedoman. Walau apapun, tanah airku adalah yang terutama,” kongsinya lagi.
Terdahulu perlawan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu menyaksikan pasukan ASEAN All-Star mencipta kejutan apabila menewaskan pasukan Manchester United 1-0.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram PU Riz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penerbit Eksekutif TV3, Muhamad Sufian Che Isa, 54, mengesahkan dia dan penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu, 53, telah sah bercerai pada 4 Mac lalu di Mahkamah Syariah Shah Alam.
Ia sekaligus meleraikan spekulasi di kalangan warganet mengenai desas-desus itu, sebelum ini.
“Memang betullah gosip itu. Kami dah sah bercerai pada 4 Mac lalu di Mahkamah Syariah Shah Alam. Punca perceraian, saya anggap kami sudah tiada jodoh saja,” katanya, lapor Harian Metro.
Bagaimanapunm, walaupun ikatan perkahwinan yang dibina sejak September 2022 berakhir, hubungan mereka masih kekal baik sebagai sahabat.
Pada masa sama, Sufian turut memaklumkan bahawa mereka melalui proses perpisahan secara damai dan tidak menyimpan sebarang perasaan buruk antara satu sama lain.
“Bagaimanapun, hubungan antara kami masih lagi baik sebagai sahabat. Tapi, jodoh kami nampaknya sampai di sini saja dan saya positif menerima takdir yang sudah ditetapkan ini.
“Pada usia saya yang sudah tua ini, nak bermasam muka atau bergaduh pun buat apa? Bagi saya, memang jodoh kami sampai di sini saja,” katanya lagi.
Sebagai hambaNya, dia menerima ketentuan jodoh dengan reda walaupun tiada pasangan yang berkahwin mahu berakhir dengan penceraian.
Sufian turut menyatakan kesediaannya untuk terus bekerjasama secara profesional bersama Mas Idayu, khususnya dalam program-program terbitan TV3 selepas ini.
“Saya pun tetap bersedia untuk terus bekerjasama dengan dia dalam program dijalankan stesen TV. Kami pun berpisah secara baik.
“Setakat ini, hubungan antara kami pun masih tetap baik walaupun sekarang sudah bercerai. Saya akan terus beri sokongan pada kerjaya seninya, termasuk sebagai juri program,” katanya.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada September 2022, selepas kembali rapat pada tahun 2021 walaupun telah saling mengenali sejak program Mentor 3 pada tahun 2008.
Mas Idayu pernah bertemu jodoh dengan pelakon Aman Graseka pada tahun 1997 namun bercerai pada 2006 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Dayini Asyiqa, 27.
Sementara itu, Sufian juga pernah mendirikan rumah tangga dengan personaliti TV, Intan Suraya, dan hasil perkahwinan itu mereka mempunyai seorang cahaya mata.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan, 31, mengakui dirinya seorang peminat tegar permainan video sejak dari kecil.
Menurut Elizabeth atau lebih dikenali sebagai Lizzy, minat tersebut tercetus daripada pengaruh abangnya yang juga merupakan seorang kaki permainan video.
“Saya memang gemar bermain permainan video sejak kecil lagi. Mungkin kerana terpengaruh dengan abang saya yang merupakan kaki game, saya pun secara tidak langsung terikut sekali,” katanya.
Antara permainan yang digemarinya termasuk Lineage2M, dan Lizzy mengakui sanggup berjaga malam tanpa pengetahuan ibu bapanya demi menyertai sesi permainan bersama pemain luar negara.
“Antara yang saya suka main ialah Lineage2M. Boleh dikatakan agak ‘hardcore’ juga.
“Saya sanggup berjaga malam tanpa pengetahuan ibu bapa semata-mata untuk menyertai permainan ini dengan pemain dari luar negara,” katanya lagi.
Lizzy menambah, permainan tersebut bukan sahaja menyeronokkan, malah pernah menjadi platform kepada rakannya untuk menemui jodoh.
“Ada satu lagi trivia, kalau nak tahu, saya ada seorang kawan yang bertemu jodoh ketika bermain Lineage2M.
“Gara-gara ‘game’ ini, dia berkenalan dan akhirnya berkahwin dengan suaminya sekarang,” katanya.
Mengulas mengenai persepsi negatif sesetengah pihak terhadap permainan video, Lizzy menjelaskan, hobi tersebut boleh mendatangkan manfaat jika dilakukan secara seimbang.
“Saya percaya jika dilakukan secara sederhana, bermain permainan video mampu melatih minda, meningkatkan daya fokus dan kemahiran berfikir secara pantas,” katanya.
Menurut Lizzy, banyak permainan memerlukan strategi dan kecekapan reaksi yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan harian.
Dalam perkembangan berkaitan, Lizzy turut berkongsi keterujaannya apabila menerima kotak misteri Lineage2Mmenerusi penghantaran menggunakan dron, sesuatu yang dianggapnya unik dan moden.
“Ini pengalaman pertama saya. Saya rasa benar-benar teruja. Saya pernah melihat video penghantaran menggunakan dron di luar negara.
“Tak sangka saya sendiri menerima penghantaran seperti ini di Malaysia. Memang sangat ‘advance’!,” katanya lagi.
Lizzy antara selebriti yang terlibat dalam kempen khas menjelang pelancaran Lineage2M di Asia Tenggara pada 20 Mei ini. Turut menerima kotak eksklusif sama ialah Khairy Jamaluddin, Cathryn Li, dan Han Xiiao Aii.
Kempen yang menggunakan penghantaran dron itu telah menjadi tular dengan meraih lebih 350,000 tontonan dalam masa lima hari.
Lineage2M, sekuel kepada francais permainan terkenal Lineage, pertama kali dilancarkan pada tahun 1998.
Kini ia kembali dengan penambahbaikan grafik menggunakan Unreal Engine, menawarkan pengalaman sinematik 4K, pertempuran masa nyata berskala besar serta permainan rentas platform antara telefon pintar dan PC.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan penulis lagu, Aisha Retno tidak menyangka muzik video lagu raya terbaharunya, Jodoh Lebaran menerima sambutan luar biasa apabila berjaya meraih lapan juta tontonan dalam tempoh dua minggu ia dilancarkan di YouTube.